Pengikut

Ahad, 28 Februari 2010

berita dari indon , korang bacalah






TKI Indonesia paling banyak mengirim wang ke Indonesia


Jakarta MI: Pemasukan devisa dari remitansi yang dikirimkan 2,7 juta tenaga kerja indonesia (TKI) sampai akhir 2009 mencapai Rp6,6 triliun. Dana sebesar itu menyamai dana talangan (bailout) pemerintah kepada Bank Century, yang bermasalah.

Demikian diungkapkan Menteri Tenaga Kerja dan Tranmigrasi (Menakertrans) Muhaimin Iskandar dalam siaran persnya di Jakarta,
Minggu (28/2).

Menurut data Kementrian Tenaga Kerja dan Transmigrasi, Malaysia masih tetap menjadi negara penempatan terbesar bagi TKI.

Jumlah TKI yang bekerja di Malaysia menurut data resmi pemerintah mencapai 1.200.000 orang. Sedangkan Arab Saudi menempati urutan kedua terbesar. Di Arab Saudi tercatat 927.500 orang TKI yang bekerja di negara tersebut.



ADA YANG TAK KENA DIHATI







ada yang tak kena dengan gambor ni...?




shahidan menuntut nak jadi mb...noh dianggap penderhaka kepada umno selangor..

KALAU BEGINI , SAHLAH PRK DI PERAK






Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Perak, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini menafikan desas-desus bahawa satu pilihan raya negeri mengejut akan diadakan di Perak menjelang September ini.


Desas-desas pilihan raya mengejut di Perak timbul selepas seorang Timbalan Presiden sebuah parti komponen BN dikatakan menyerahkan senarai nama calon daripada parti itu kepada Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dalam satu perjumpaan tertutup di kediaman rasmi Menteri Besar pada petang semalam.





Sumber daripada parti komponen BN itu turut mendakwa bahawa pilihan raya mengejut berkenaan akan berlangsung pada September ini mengikut perancangan awal Zambry.



KOBAR DARI BEHRANG






Di dengor perkabaran dari tanah Behrang...Jamal akan dilantik sebagai EXCO Kerajaan Negeri...ni adalah sebahagian daripada pakej dan janji BN kepada adun behrang ni...?

Cakap-cakap sesama deme...suka ria puak-puak bebas ni...bila majlis angkat sumpahnye...?



nantikan cerita selanjutnya

sakit kepala laa









sakit kepala....
apa balak nak sampai pulak nii.....

Khamis, 25 Februari 2010

GUA HAIRAN ! ??






Tan Sri Muhyiddin Yassin hairan dengan tindakan serta kenyataan yang dibuat oleh Tengku Razaleigh Hamzah berhubung keputusan kerajaan Persekutuan mengenai isu royalti minyak Kelantan sedangkan pelbagai penjelasan sudah diberikan.


Timbalan Perdana Menteri berkata tindakan dan kenyataan Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu bercanggah dan tidak sehaluan dengan keputusan kerajaan Persekutuan.




Rabu, 24 Februari 2010

SAMPAI MATI......?






Kertas cadangan mengenai tarif elektrik masih dalam pertimbangan kabinet.
( sumber : utusanonline , beritaharianonline, bernama , malaysiakini dll )


timbang guna apa....?
guna kati lagi ke....?
berapa lama nak guna kati....?
sampai mati.....?


AKHIRNYA DIA MINTA MAAF..TQ TAN !






Ahli parlimen PKR bagi kerusi Nibong Tebal Tan Tee Beng hari ini memohon maaf kepada Syed Husin Ali dan menarik bidasan yang dibuatnya itu kepada timbalan presidennya.


Tan membuat permohonan maaf selepas sessi dua jam bersama jawatankuasa disiplin PKR di Kuala Lumpur yang berakhir jam 5 petang tadi.

Jawatankuasa disipilin bermesyuarat sejak tengah hari tadi bagi mendengar penjelasan Tan berhubung kritikannya terhadap dua pemimpin Pakatan Rakyat.


Tan diberikan surat tunjuk sebab minggu lalu kerana beberapa kenyataannya yang dianggap celupar dan keterlaluan.Pada sidang medianya 3 Feb lalu, Tan mencadangkan Syed Husin supaya meletakkan jawatan berikutan kenyataan timbalan presidennya di Malaysiakini.


Selain Syed Husin, Tan juga membidas setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng yang juga adalah ketua menteri Pulau Pinang.


Tan pernah mendakwa Lim sebagai Ketua Menteri yang bongkak dan DAP tidak ketandusan pemimpin untuk menerajui Pulau Pinang.


Beliau berkata terserah kepada jawatankuasa disiplin menentukan nasibnya berhubung kenyataan berkenaan.


2 EXCO KEDAH DIGUGURKAN






SIAPA...DAN PARTI MANA...SUDAH PASTI 2 EXCO SEDIA ADA AKAN DIGUGURKAN....


Kerajaan Kedah dijangka mengadakan rombakan Exco negeri dengan beberapa Exco mungkin digugurkan atau ditukar bagi memberi peluang kepada muka baru, sempena istiadat angkat sumpah jawatan yang akan diadakan minggu depan.


Azizan berkata, beliau akan menghadap Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah bagi memaklumkan baginda mengenai rombakan itu, selain memohon perkenan terhadap senarai barisan Exco baru dalam tempoh terdekat.

"Istiadat mengangkat sumpah jawatan akan diadakan awal bulan depan dan saya akan menghadap Tuanku Sultan untuk mendapat perkenan baginda.

HANYA 8 SEN SAHAJA






Bagi kebanyakan rakyat biasa, sistem tender terbuka seolah-olah tidak ada kaitan dengan kehidupan seharian mereka. Tetapi ia telah menimbulkan kemarahan UMNO dan penyokong-penyokong parti itu.


Mereka marah apabila saya membuat pengumuman bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan melaksanakan sistem tender terbuka bagi semua pemerolehan dan kontrak kerajaan selepas saya mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang pada tahun 2008. Mereka menuduh saya cuba menidakkan hak-hak orang Melayu, mendakwa ia satu dasar pro-Cina untuk meminggirkan orang Melayu di Pulau Pinang.


Walaubagaimanapun, menyedari pentingnya satu dasar yang adil dan telus, sistem tender terbuka terus dilaksanakan. Sepanjang tempoh pelaksanaannya hampir dua tahun ini, bilangan syarikat yang berjaya mendapatkan tender dengan harga tawaran terendah agak banyak juga dan persaingannya begitu sengit sekali, malah melangkaui batas imaginasi saya.



Tujuan pelaksanaan sistem tender terbuka ialah untuk mengamalkan meritokrasi supaya kerajaan dapat menguruskan kewangan secara berhemah dan menghentikan budaya kronisme. Persaingan secara terbuka membolehkan kerajaan membuat lebih banyak pilihan yang mana pada akhirnya rakyat juga yang mendapat keuntungan.


Amalan ini sememangnya tidak menyenangkan kroni-kroni pihak tertentu.
Persaingan hebat tender terbuka Program Perlindungan Insurans Komprehensif untuk Bangunan dan Harta Tetap Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) baru-baru ini sememangnya menakjubkan saya dan ahli-ahli Lembaga PDC.


Terbukti persaingan sihat dalam pasaran akan dapat membantu meningkatkan daya saing sektor swasta.
PDC mengadakan Program Perlindungan Insurans Komprehensif untuk Bangunan dan Harta Tetap PDC setiap tahun. Sebelum ini, Program Perlindungan Insurans Komprehensif PDC tersebut adalah dikendalikan oleh satu Konsortium di bawah Syarikat Takaful Berhad dengan jumlah premium RM821,550.88.


Memandangkan tempoh perlindungan insurans komprehensif yang sedia ada akan tamat pada 31 Januari 2010, tawaran telah dibuka kepada syarikat-syarikat insurans dan broker insurans yang mempunyai Lesen Bank Negara dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan untuk mengemukakan tawaran.



Sebanyak 5 syarikat insurans dan broker insurans telah membeli dokumen tender melalui sistem e-perolehan. Pada tarikh tutup tawaran iaitu pada 11 Disember 2009, tiga syarikat telah mengemukakan tawaran dengan jumlah premium masing-masing, iaitu Syarikat Takaful Malaysia Berhad sebanyak RM777,351.40, Sterling Insurance Brokers Sdn Bhd RM777,351.48 dan Sime Darby Lockton Insurance Brokers Sdn Bhd RM816,738.96.
Tawaran yang tertinggi pun 20% lebih rendah daripada peruntukan RM1,020,000.00 yang telah disediakan oleh PDC untuk tujuan tersebut.


Apa yang lebih menakjubkan ialah perbezaan tawaran terendah dan tawaran kedua terendah hanya sebanyak 8 sen sahaja.


Selepas pertimbangan, ahli-ahli Lembaga Tawaran memutuskan Program Perlindungan Insurans Komprehensif untuk Bangunan dan Harta PDC ditawarkan kepada Syarikat Takaful Malaysia Berhad yang mengemukakan tawaran terendah.


Dengan kata lain, Syarikat Takaful Malaysia Berhad telah mengalahkan pesaingnya dengan perbezaan tawaran 8 sen sahaja.
Ini amat memberangsangkan kerana ia telah mencatat sejarah sistem tender terbuka. Lebih-lebih lagi syarikat yang mendapat tawaran itu merupakan sebuah syarikat yang dimiliki seratus peratus (100%) oleh orang Melayu.


Siapa kata orang Melayu akan hilang daya saing kerana sistem tender tebuka?
Asyik manjakan orang Melayu, memberi “tongkat” dan meletakkan mereka di bawah payung naungan tidak akan dapat membantu dalam meningkatkan daya saing orang Melayu.



Sebaliknya, membuka pasaran, menggalakkan persaingan yang adil akan membolehkan lebih banyak syarikat Melayu berpeluang untuk menonjolkan kebolehan mereka dan membuktikan kejayaan mereka dengan mengalahkan pesaing-pesaing yang lain.
Persaingan inilah akhirnya akan menghasilkan orang Melayu yang lebih kental, lebih berdikari dan lebih berkeyakinan diri.



Inilah legasi yang terunggul untuk orang Melayu.
Negara China pernah digelar “Orang Sakit Asia” (The Sick Man of Asia) kerana kelemahan ekonomi sistem komunis. Tetapi kini ia telah menjadi kuasa ekonomi kedua terbesar di dunia. Dasar pasaran terbukalah yang menyumbang kepada kejayaan negera China. Faktor penting untuk meningkatkan daya saing rakyat sesebuah negara sebenarnya terletak pada satu sistem yang tidak mengira warna kulit, bukannya payung naungan kerajaan.



Sekiranya negara China boleh berjaya, saya yakin Pulau Pinang dan Malaysia juga akan berjaya. Saya optimistik setelah melihat keputusan tender terbuka PDC tersebut. Nilai 8 sen sahaja sudah mampu menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu tender. Ini menjelaskan betapa kuatnya kuasa pasaran.



Namun tidak perlu mana-mana pihak risau kerana pihak kerajaan akan tetap memantau untuk memastikan pihak swasta tidak mengabaikan tugas dan tanggungjawab mereka untuk rakyat.






Lim Guan Eng,
Ketua Menteri Pulau Pinang.


SUHAKAM TEMUAI ANAK RAJA PETRA ESOK






Kumpulan kerja aduan dan siasatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan menemui Raja Azman Raja Petra
di Penjara sungai Buloh pagi esok.



Menurut satu kenyataan hari ini, kumpulan tersebut akan diketuai oleh pesuruhjaya Suhakam, Datuk N siva Subramaniam.



Kumpulan tersebut ke Penjara Sungai Buloh untuk berbincang dengan anak Raja Petra Kamarudin itu dan pihak penjara berhubung laporan media mengenai keadaannya di penjara serta perkara lain yang berkaitan.



Menurut kenyataan tersebut, pertemuan tersebut dijadualkan pada jam 10 pagi esok.

TOK PA NAK MENGAMUK DI BANK NEGARA





Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini melahirkan rasa malu apabila isu kesukaran perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mendapat pembiayaan masih lagi tidak selesai.


Beliau akan berjumpa secara peribadi dengan pengurusan tertinggi Bank Negara Malaysia untuk berbincang mengenai isu tersebut.



"Saya akan membawa isu ini pembiayaan untuk dibincangkan supaya dapat memahami situasi sebenar, mengenal pasti kenapa masalah itu masih wujud dan mencari penyelesaian bagi mengurangkan masalah ini.




p/s: wang ehsan...dah abis najib guna/pakai/buang



kesian tok pa...!


terpaksa ke bank negara...




KISAH KUIL HINDU DI KELANTAN





Saya dibesarkan di Tumpat, sejak dua bulan dilahirkan, sehinggalah Tingkatan Lima. Semasa zaman remaja, kami bersembahyang di Kuil Sri Maha Mariaman Hindu di Tumpat, Kelantan. Kuil tersebut dibina kelas pekerja India landasan keretapi semasa zaman penjajahan.



Kuil Hindu ini dibina di kawasan yang terdiri daripada 99.99% Melayu-Islam dan diperintah PAS. Dua tahun yang lepas, semasa saya melawat ke kuil ini, saya diberitahu bahawa hanya dua keluarga India sahaja yang tinggal di Tumpat. Namun, kuil Hindu kami tersergam sehingga hari ini di jalan utama menuju ke Tumpat.



Saya menunjuk kepada isteri dan anak-anak kuil Hindu yang menemani saya ketika membesar dengan penuh nostalgia. Kuil ini kekal sebagai warisan sejarah Kelantan sehingga hari ini.



Kuil Hindu kami ini boleh dirobohkan atau dipindahkan dari Kelantan memandangkan kawasan ini terdiri daripada 99.99% Melayu-Muslim, atau kerana negeri ini digelar "Serambi Mekah".



Saya percaya bahawa idea ini tidak terlintas dalam minda Menteri Besar, Nik Aziz. Inilah amalan kepelbagaian agama di kawasan yang diperintah 99% Melayu-Muslim PAS. Patung Buddha Tidur yang terbesar bukan terletak di Thailand, Kembodia atau India, di mana Buddhism berasal, tetapi di Kg.Neting, Tumpat Kelantan.



Kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia memerlukan kewujudan bersama (religious coexistence), daripada toleransi agama. Maka kita tidak akan berdepan dengan kes bantahan kuil Hindu di mana kawasan majoriti dan didominasi UMNO seperti Seksyen 19 dan 22 Shah Alam, dengan alasan bahawa kawasan ini didominasi Melayu Muslim.




Ektremis agama yang berarak protes dengan kepala lembu tidak akan ditangkap, dan tidak akan didakwa secara serius oleh peguam negara dalam "1Malaysia" yang disarankan PM Najib Razak. Justeru itu, extremism perkauman dan agama berterusan di Malaysia.




Pada hakikatnya, mereka memperoleh sokongan Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein yang menghalalkan tindakan mereka. Kerajaan Persekutuan yang dikawal UMNO, dan kerajaan negeri Selangor yang dikawal PKR, dan kerajaan negeri yang perintah PR di Barat Malaysia, perlu belajar dari Kelantan yang diperintah PAS.



PM Najib Razak berkuasa untuk mengeluarkan surat pekeliling yang memperuntukkan kuasa kepada Menteri Besar Selangor PKR dan Menteri Besar atau Ketua Menteri di negeri pemerintahan Pakatan Rakyat, untuk memberi hak milik tanah kepada semua kuil Hindu yang sedia ada dan digazetkan sebagai kuil Hindu, seperti yang berlaku di kawasan 99% tanah rizab Melayu di negeri Kelantan.



Maka, ia akan menoktahkan pemecahan dan ketegangan kaum dan agama di Malaysia yang baru, tidak pernah berlaku malah tidak perlu berlaku ini.



Begitu juga ia perlu dilakukan terhadap semua Hindu crematorium, sekolah Tamil dan tempat duduk India seperti Kg.Buah Pala. Ini sebenarnya akan menyelesaikan setengah masalah yang dihadapi kelas pekerja India untuk selama-lamanya.



Namun, kedua-dua UMNO, PKR di Selangor dan negeri pantai Barat lain yang diperintah PR hanya bermain politik wayang kulit, dengan "mandores" India mereka melalui media cetak dan elektronik, dengan pengumuman kosong tentang tanah sementara untuk kuil Hindu, sekolah Tamil dan crematorium. Kemudian, dihebohkan bak pepatah "ayam telur sebiji riuh sekampung."



Kerajaan negeri yang mempunyai kuasa mutlak dalam isu tanah negerinya, tidak mengeluarkan surat bertulis untuk tanah sementara tersebut yang diumumkan oleh mereka, memberi hak milik tanah atau gazet kepada kuil Hindu, sekolah Tamil dan crematorium Hindu.




Maka, keadaan kelas pekerja India baru-baru ini, di Kampung Buah Pala dan Seksyen 19 dan 22, Shah Alam, hanyalah sebahagian kecil masalah kritikal yang dihadapi kelas pekerja India di Malaysia.


Hanya di Malaysia, dan terutamanya atas nama pembangunan, kuil Hindu, crematorium Hindu, sekolah Tamil dan tempat duduk orang India yang miskin dijadikan sasaran utama.



Kami menyimpan rekod ribuan kes sedemikian. Masalah ini jarang berlaku di komuniti Melayu, Cina, orang asli, Iban atau Kadazan di Malaysia. Ia berlaku kepada hampir semua kelas pekerja India. Mengapa? Kerana BN, PKR, DAP, PAS, NGO dan masyarakat sivil mendakwa diri mereka "berbilang kaum" dan "berbilang agama."



Ini semua kerana kelas pekerja India tidak memiliki kuasa politik atau pengaruh ekonomi, dan seterusnya tiada dalam hampir semua UMNO, PKR, DAP, PAS (kecuali Kelantan), NGO yang sudi untuk menguruskan masalah kritikal India.



*P.Uthayakumar, Setiausaha Agung (pro-tem) Parti Hak Asasi Manusia (Human Rights Party, HRP).



MAAFKAN SAYA , SAYA MENYESAL : BELLA







"Saya mohon maaf dan menyesal tinggalkan keluarga dan pergi (ke Lombok) tanpa izin keluarga."
Demikian kata pelakon remaja, Salsabila Yunan, 15, atau Bella, sejurus tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) dari Lombok, Jawa Tengah, Indonesia petang tadi selepas tujuh bulan dilarikan teman lelakinya yang berasal dari situ.







Bercakap kepada pemberita, Bella yang pernah membintangi beberapa drama tempatan termasuk "Gerak Khas" dan "Renjis", memohon maaf dan menyesal meninggalkan keluarga tanpa izin mereka.



"Saya berasa gembira dapat pulang ke tanah air namun agak sedih sedikit kerana suami tak dapat ikut sama, lebih-lebih lagi apabila saya sudah hamil lima bulan," katanya.



Sementara itu, Yunan berkata, beliau tidak menjangka dapat menemui kembali anaknya setelah mengetahui dia berada di Lombok bersama suaminya.



Menurutnya, beliau akan berusaha agar Bella dapat menyambung pelajarannya kembali sehingga sekurang-kurangnya ke peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bella dikatakan dilarikan teman lelakinya, Hafiz Sukma, 26, ke Lombok 7 Ogos tahun lalu sebelum bernikah di sana.




Yunan berkata, beliau tidak lena tidur setiap malam kerana sering memikirkan keadaan anaknya itu, terutama setelah mendengar pelbagai berita mengenai kesusahan hidup di sana.

Selasa, 23 Februari 2010

NAMANYE PERAK






  • Menurut satu cerita yang menarik sebagaimana yang dititahkan sendiri oleh Almarhum Paduka Seri Sultan Idris A'fifullah Shah (Sultan Perak ke-33) mengatakan di zaman kerajaan Melayu Melaka sebelum wujudnya nama NEGERI PERAK, Negeri Perak terbahagi kepada tiga daerah iaitu Beruas, Manjung dan Janin (Hulu Perak di bawah pemerintahan Tun Saban). Manjung dan Beruas dibawah takluk Melaka. Penghulu Manjung ketika itu ialah Tok Mahsuka.


  • Dikatakan ketiga-tiga Ketua Daerah telah bermesyuarat untuk menyatukan daerah-daerah mereka menjadi satu negeri dengan memakai nama yang khusus. Mereka bercadang untuk menamakan MELAKA tetapi didapati tidak begitu sesuai kerana Negeri Melaka masih wujud walaupun dibawah kekuasaan Portugis. Lantas mereka teringatkan pula bahawa salah satu punca utama yang membawa kepada keunggulan, kebesaran dan keharuman nama Melaka ialah peranan dan tanggung jawab Bendahara Tun Perak. Maka ketiga-tiga Ketua Daerah tersebut bersetuju untuk menamakan negeri baru ini sebagai Negeri Perak. Oleh sebab pada ketika itu Negeri Perak belum mempunyai Raja lalu Tok Mahsuka berkehendakkan supaya Negeri baru ini mempunyai Raja yang berdaulat.

  • Hikayat Merong Mahawangsa pula mengatakan bahawa nama Negeri Perak ini ada kaitannya dengan cerita putera Raja Marong Mahapudi Sat yang di katakan telah pergi meneroka untuk membuka sebuah negeri baru, Putera tersebut telah sampai sebuah sungai besar dan terdapat pula bertasik, melingkungi tiga atau empat buah pulau. Putera tersebut telah berkata.. " Tempat ini elok dijadikan sebuah negeri...", lalu baginda pun memanah ke udara dengan menggunakan sebilah anak panah yang diperbuat daripada 'perak' dan busarnya dinamakan 'Indera Sakti'. Apabila anak panah tersebut jatuh terjunam ke atas sebuah daripada pulau-pulau yang berkenaan maka dinamakanlah tempat itu sebagai Pulau Indera Sakti dan negerinya dinamakan Negeri Perak.

  • Dalam cerita-cerita yang lain terdapat juga kisah-kisah saperti : seekor ikan Haruan besar mengicah-ngicah anaknya hingga air sungai menjadi keruh putih berkilat saperti perak.

  • Warna bijih timah yang putih berkilat apabila dipanah cahaya matahari dan berbagai-bagai cerita lagi.

Adunan daripada fakta sejarah dan unsur lagenda hingga terciptanya nama 'Negeri Perak' itu menggambarkan bahawa pemilihan nama "PERAK" itu sangat bertetapan dengan kekayaan khazanah yang dikandungi oleh bumi Perak itu sendiri. Justeru kekayaan ini lah pergolakan sejarah Negeri Perak semakin bergelora satelah empayar Kerajaan Melayu Melaka berpecah pada tahun 1511 dan munculnya kuasa-kuasa Portugis, Acheh, Bugis, Siam, Minangkabau, BelandaInggeris yang berkeliaran di merata perairan Nusantara ini. dan akhir sekali





sumber:wikipedia

SENARAI MENTERI BESAR PERAK TERKINI





sumber : wikipedia




Berikut merupakan senarai Menteri Besar Perak:

Nama Tempoh perkhidmatan Parti
Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz 1948 - 1957 Parti Kebangsaan
Perak
Mohamed Ghazali bin Jawi 1957 - 1960 UMNO
Shaari bin Shafie 1960 - 1964 UMNO
Ahmad bin Said 1964 - 1970 UMNO
Kamaruddin bin Mohd Isa 1970 - 1974 UMNO
Mohamed Ghazali bin Jawi 1974 - 1977 UMNO
Wan Mohamed bin Wan Teh 1977 - 1983 UMNO
Tan Sri Ramli Ngah Talib 1983 - 1999 UMNO
Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Mohd Ghazali 1999 - 2008 UMNO
Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin* 2008 - 2009 PAS
Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir** 2009 (96 Hari)[2] UMNO
Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin 2009 (17 Jam)[3][4] PAS
Dato' Seri Dr.Zambry Abdul Kadir*** 2009 - kini UMNO

LAGI-LAGI UMNO OMONG " 0 " YA PAK !





Pakar ekomoni, Charles Santiago mempersoal kesahihan kenyataan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kononnya Malaysia telah pulih dari kemelesetan ekonomi.



Kedua-kedua individu itu patut memberikan angka sebenar dan tidak berselindung di sebalik kekaburan fakta yang mengelirukan rakyat. Hakikatnya, Malaysia bukan lagi negara pilihan pelabur.



Semalam Najib dan Zeti dalam sidang media berasingan menyatakan, kononnya Malaysia telah pulih daripada kemelesetan global berikutan prestasi suku keempat 2009 lebih baik daripada jangkaan.



Mereka dilihat cuba memberi gambaran positif mengenai situasi ekonomi negara yang bertujuan meraih sokongan rakyat yang sekian lama terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barangan.



“Kedua-dua Tan Sri Zeti dan Perdana Menteri tidak memberikan apa-apa angka pemulihan ini telah berlaku. Apa yang kita baca dari akhbar-akhbar ekonomi bahawa pelabur-pelabur asing tidak begitu minat untuk melabur di Malaysia kerana daya saing telah jatuh dan sekarang bersaing berdasarkan kepada upah rendah dengan Vietnam dan Kemboja, malah Indonesia telah memintas Malaysia.



“Sebenarnya daripada tahun lalu, kita dapati pelabur asing dan dalam negara telah keluarkan pelaburan mereka ke luar negara ini menunjukkan ekonomi parah, sebab itu saya mengatakan bahwa penganalisa dan sebagainya akan tunggu angka yang akan dikeluarkan esok menunjukan benarkah ekonomi Malaysia telah pulih semula,”katanya.



Mengikut Charles, faktor yang mendorong keengganan pelabur asing ke negara ini termasuk masalah kestabilan politik dan guna tenaga kerja. Jadi, kurang bijak untuk mana-mana syarikat menjalankan perniagaan berskala besar.



Beliau yakin Najib menyedari faktor itu tetapi cuba memutar belit isu ekonomi untuk tujuan politik, selain kerap bertemu dan meminta ahli perniagaan Malaysia supaya tidak mengeluarkan pelaburan dari negara ini.



“Mereka tidak datang ke Malaysia kerana keadaan politik dan juga isu berkait agama dan juga kaum, mereka fikir Malaysia tidak stabil seperti dulu. Ketiga Malaysia tidak ada teras pengurusan untuk menjalankan perniagaan mereka.



“Ini menunjukkan kerajaan takut ada trend untuk keluarkan pelaburan peniaga dan pelabur-pelabur Malaysia. Jadi ini tidak menunjukkan sebenarnya ekonomi Malaysia telah pulih balik, bila angka keluar esok oleh Bank Negara dan Kementerian Kewangan kita akan dapati secara terperinci apa sebenarnya berlaku.



Charles menyifatkan Malaysia berdepan isu ketidakkeyakinan pelabur dalam mahupun luar negara. Masalah kepimpinan dan ketidakcekapan pengurusan kementerian bertanggungjawab, antara punca utama.



“Kalau orang luar tidak mahu melabur kita faham, tetapi kalau orang Malaysia sendiri tidak mahu melabur kerana tiada kepercayaan, ini menunjukkan mereka tidak yakin dengan kepimpinan yang ada sekarang dan Kementerian yang menguruskan ekonomi dalam Malaysia atau tidak percaya dengan dasar-dasar Malaysia.



oleh: Yusmawati Mohd Yusof

KERJA -KERJA YAHUDI LAKNAT



oleh :Maahadian Al-Mualim


p/s : macam mana le negara ni boleh ambil firma yahudi sebagai penasihat kepada PM...


Gambar2 yg tak pernah disiarkan


















NO 1 dan NO 2 , SUDAH LAWAN !






Dalam dunia politik penafian bererti benar, manakala diam bererti tidak menafikan tuduhan orang terhadap kita. Begitu juga bila Muhyiddin menafikan dakwaan Lim Kit Siang yang beliau tidak sekata dengan Najib ia memberi gambaran dan pengertian tuduhan itu sebagai benar.




Secara psikologi juga bila beliau melenting dengan menempelak Lim Kit Siang di dalam kepalanya penuh masalah, orang akan mempercayai atau pun orang akan mula membelek dari juring dan sudut manakah Muhyiddin tidak suka dengan gagasan 1 Malaysia.


Selepas ini semua orang akan memerhati gerakan body, kata-kata dan hubungan ghaib antara keduanya. Hatta kalau mereka berdua berada di meja makan ianya akan diperhatikan.



Orang juga kini akan mulai teperasaan yang Muhyiddin tidak begitu bersungguh dalam memprojekkan 1 Malaysia. Memangpun dalam ucapan politiknya jarang Muhyiddin menyebut perkataan 1 Malaysia.


Hanya semasa bersama Najib di satu-satu majlis sahaja Muhyiddin mengangkat tangan meluruskan telunjuk sambil melaungkan “1 Malaysia”. Itu belum dapat ditentukan apakah laungan Muhyiddin itu senyaring dan sekuat Najib dan Rosmah Mansor.



copy/edit: msomelayu( baca seterusnya )

LGE : POLIS MAU JUMPA






Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diminta menghubungi polis Negeri untuk menetapkan masa dan tarikh bagi memberi kenyataan berhubung enam laporan polis yang dibuat terhadapnya.





Menurut notis dari Polis, siasatan tersebut dijalankan berdasarkan laporan yang dibuat Sungai Nibong, Kg Baru, Kubang Semang, Seberang Jaya, Sungai Pinang dan Kepala Batas.


Menurut notis itu, empat laporan ialah mengenai dakwaan menyertai perhimpunan haram, satu lagi berkaitan Akta Hasutan 1948 dan tiga laporan mengenai dakwaan jenayah fitnah.




p/s : LGE lakukan jenayah....? LGE menyertai himpunan HARAM...?


cepat bebenor polis nak siasat noo...


Najib n Rosmah apa macam...polis tak mau jumpa ke...?


memang power tukang report...polis pantas ambik tindakan...!!!





PERARAKAN TERBESAR ABAD INI...






Orang ramai daripada pelbagai persatuan, syarikat swasta dan agensi kerajaan hari ini dipelawa mengambil bahagian dalam Perarakan Maulidur Rasul anjuran Pertubuhan Liga Muslim Pulau Pinang pada Jumaat ini.


Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Perarakan Maulidur Rasul, Abdul Kader Haja Mydin berkata, perarakan itu akan bermula pada pukul 5 petang dari Masjid Kapitan Keling melalui Lebuh Chulia, Jalan Penang, Komtar, Lebuh Campbell dan kembali ke Masjid Kapitan Keling.




p/s : apa maknanya...2 perarakan ke...?



KERAJAAN HARAM SAMPAI HUJUNG APRIL..BYE BYE !






Keputusan Speaker mengantung Adun Pangkor adalah sah...SPRM tutup kes , kerana kuasa yang ada pada Speaker waktu adalah sah dan tidak boleh dipertikai...!!!!

Jadi Adun Pangkor tak boleh masuk dewan , termasuklah 3 orang adun lagi yang kini bebas lanang....

say no to Adun Pangkor....
Kerajaan UBN hanya sampai hujung April....bye ! bye ! to adun Pangkor
\tak caya pi baca kat suaraperak

ADA PIHAK MINTA DSAI LETAK JAWATAN






p/s : hoi banggang , suruh Najib letak jawatan dulu...!
hoi banggang, suruh Ali Rustam letak jawatan dulu !
hoi banggang , suruh kaki raba letak jawatan dulu !
hoi banggang, suruh AG / IGP letak jawatan dulu !



Rais Yatim berkata beliau bersetuju dengan pendapat beberapa pihak supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim melepaskan jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen ekoran pertuduhan liwat yang dihadapinya itu.



Beliau berkata negara sudah banyak melihat kes apabila mereka yang menghadapi pertuduhan di mahkamah meletakkan jawatan seperti Tan Sri Kasitah Gaddam sebagai menteri beberapa tahun dulu dan juga penjawat awam lain apabila menghadapi tuduhan di mahkamah.




"Dari segi keluhuran undang-undang atau perimbangan hak asasi, sebaik-baiknya seseorang yang pegang jawatan sama ada sebagai ahli parlimen, ketua pembangkang, menteri atau anggota pentadbiran harus meletak jawatan dulu dan menghadapi dakwaan yang dikemukakan padanya.




"Pandangan supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim juga berbuat demikian bukan sahaja memenuhi tuntutan perimbangan kesejagatan undang-undang tetapi juga dari segi prinsip perjuangan beliau sendiri sebab beliau banyak berhujah tentang keadilan sosial dan masyarakat madani," kata Rais ketika diminta mengulas laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini mengenai perkara itu.




Laporan Utusan Malaysia itu memetik pandangan ahli akademik yang berkata bahawa Anwar perlu melepaskan jawatan itu dan digantikan sama ada oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Penasihat DAP Lim Kit Siang agar mereka boleh menumpukan sepenuh masa kepada perjalanan Dewan Rakyat kerana Anwar perlu banyak masa mempersiapkan diri menjalani prosiding mahkamah.




"Saya setuju dengan pandangan yang dikemukakan oleh pihak-pihak ke arah itu. Jadi sekarang perkara itu sudah sampai ke batang hidung beliau (Anwar), saya percaya beliau harus berfikir dan jalan keluar terbaik ialah meredakan keadaan dan letak jawatan.




"Tapi ini bukan mudah dan terserahlah kepada beliau."