
MAKMAL KHAS yang akan diwujudkan untuk mengumpul pandangan daripada golongan muda melalui platform pergerakan Pemuda Barisan Nasional , adalah untuk membantu membentuk dasar-dasar kerajaan yang lebih mesra kepada generasi muda.
Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin yang juga Ketua Pemuda UMNO yang benggong berkata , walaupun idea itu hasil dari perjumpaan Exco Pemuda Umno dengan Najib Rabu lalu, ianya akan dikendalikan oleh Pemuda BN kerana ianya melibatkan semua golongan muda Malaysia.

"Apa yang Najib minta kita buat adalah lebih kepada wujudkan satu mekanisme, satu makmal untuk mendapatkan pandangan yang boleh dijadikan cadangan kepada kerajaan untuk golongan mud , kata ketua pemuda umno banggang itu...
"Istilah dipakai PM sepertimana digunapakai oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) iaitu makmal-makmal untuk keenam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ... Tetapi ini khusus untuk Pemuda. Kita panggil Makmal Pemuda, tapi dikendalikan Pemuda BN bersama Pemuda Umno," katanya .
Beliau juga berkata , satu mesyuarat akan diadakan selepas ini bagi penubuhan sebuah jawatankuasa bagi memantau penubuhan makmal khas mengendali tugasan tersebut dimana laporan pertama dijangka dikemukakan dalam masa tiga bulan.
p/s : satu lagi projek barisan nasional yang menghabiskan duit rakyat !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan