Ahli parlimen PKR bagi kerusi Nibong Tebal Tan Tee Beng hari ini memohon maaf kepada Syed Husin Ali dan menarik bidasan yang dibuatnya itu kepada timbalan presidennya.
Tan membuat permohonan maaf selepas sessi dua jam bersama jawatankuasa disiplin PKR di Kuala Lumpur yang berakhir jam 5 petang tadi.
Tan diberikan surat tunjuk sebab minggu lalu kerana beberapa kenyataannya yang dianggap celupar dan keterlaluan.Pada sidang medianya 3 Feb lalu, Tan mencadangkan Syed Husin supaya meletakkan jawatan berikutan kenyataan timbalan presidennya di Malaysiakini.
Selain Syed Husin, Tan juga membidas setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng yang juga adalah ketua menteri Pulau Pinang.
Tan pernah mendakwa Lim sebagai Ketua Menteri yang bongkak dan DAP tidak ketandusan pemimpin untuk menerajui Pulau Pinang.
Beliau berkata terserah kepada jawatankuasa disiplin menentukan nasibnya berhubung kenyataan berkenaan.
dia nak lompat dah.....tunggu la dalam seminggu dua ni.....
BalasPadam