Pengikut

Rabu, 17 Februari 2010

TOK PA BERCAKAP PASAL LIWAT






Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Muhamed, menegaskan kepada masyarakat antarabangsa bahawa perbuatan liwat adalah bertentangan dengan agama Islam dan budaya timur Malaysia.

Beliau berkata, masyarakat antarabangsa harus memahami bahawa kepercayaan, budaya dan undang-undang yang wujud di negara ini dan tidak menerima perbuatan meliwat kerana ia satu kesalahan.

"Baru-baru ini sekumpulan 50 orang Senator dan Ahli Parlimen Australia menghantar surat protes meminta Malaysia tidak meneruskan dakwaan liwat ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan alasan ia akan merosakkan imej negara.

"Mereka tidak faham budaya, kepercayaan dan undang-undang di negara kita. Mereka seharusnya menghormati kedaulatan negara Malaysia, memahami bahawa perbuatan itu (liwat) bertentangan dengan agama, kepercayaan dan undang-undang negara ini," katanya ketika berucap pada pertemuan beliau dengan pemimpin Barisan Nasional di sini hari ini.



Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata masyarakat antarabangsa tidak boleh mentafsirkan perbuatan meliwat melalui kaca mata mereka, iaitu ada negara yang menerima perbuatan berkenaan.



"Seperti di Amerika, di negara mereka wujud undang-undang yang membolehkan pasangan sejenis berkahwin. Lelaki boleh berkahwin dengan lelaki dan wanita boleh berkahwin dengan wanita.



"Amalan seperti itu pada pandangan umat Islam di negara ini dan seluruh dunia ianya bertentangan dengan lumrah manusia. Jadi ada dunia perlu menilai kes Anwar melalui kaca mata Malaysia dan bukannya pandangan liberal mereka," katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan