Pengikut

Ahad, 14 Februari 2010

ROSMAH KESAL ATAS APA YANG BERLAKU...






Datin Seri Rosmah Mansor hari ini membayangkan kemungkinan mewujudkan rangkaian kerjasama dengan pelbagai pihak bagi membendung gejala pembuangan bayi yang semakin kritikal sejak kebelakangan ini.



Menurutnya, beliau akan berbincang dengan pihak berkenaan terlebih dahulu sebelum melaksanakan sebarang kempen kesedaran dalam menangani masalah ibu yang melahirkan anak luar nikah.



"Insya-Allah, saya rela bekerjasama dengan badan kerajaan serta pihak lain bagi membendung isu pembuangan bayi . "



Rosmah, yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), juga melahirkan rasa kesal terhadap kes pembuangan bayi terutama kes terbaru di mana mayat seorang bayi lelaki yang hampir rentung dalam sebuah tong sampah ditemui di Kuala Krai, Kelantan, semalam.



"Saya berasa amat dukacita dengan kejadian ini kerana ia perbuatan yang sangat zalim dan berharap pihak berkenaan dapat mengambil tindakan wajar bagi membendung keadaan ini supaya tidak lagi berleluasa," katanya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan