Pengikut

Rabu, 17 Februari 2010

DARI " Z " SAMPAI " I " , DARI" N" SAMPAI " N"







hebat betoi mamat ni...berpuluh wartawan.....

ZULKEFLI Nordin kata ada usaha di kalangan jawatankuasa disiplin PKR hendak buang beliau dari parti berkenaan. "Ada usaha firaun kecil nak buang saya," katanya. Dia mempertikaikan mesyuarat lembaga disiplin parti itu esok dibuat semasa beliau berada di Korea menghadiri persidangan bersama rakan pembangkang lain.



Aduh Saleha, sedap sungguh bunyi kata-kata Zulkefli. Hanya mereka yang pekak dan buta akal saja akan terpengaruh dengan kata-kata manis si Zulkefli ini. Lama sebelum ini saya sudah menulis ke mana hujung jatuh politik Zulkefli Nordin. Saya sudah meramal mengenai pengakhiran perahu kecil politiknya. Dia sedang berkluk klik dan mencari jalan berliku untuk keluar parti bagi mengekalkan kedudukan kerusi Parlimen Kulim - Bandar Baru.



Dia akan melakukan apa saja untuk itu. Penarikan balik petisyen pilihan raya parlimen Kulim - Bandar Baru adalah dirancang dan strategi itu bijak baginya kerana menguntungkan peribadinya.



Bila saya menulis menceritakan mengenai munafiknya ahli parlimen bertubuh kecil ini para penyokong otak kemetotnya marahkan saya. Ada yang mengatakan saya membuat fitnah. Mereka ini adalah orang-orang Pas dan PKR sendiri.



Tetapi hari ini semakin hari semakin 'terbahar' dan terdedah apa yang berlaku sebenarnya. Anwar Ibrahim sendiri juga sudah mula merasa jengkil dan muak dengan politik hama Zulkefli Nordin ini. Apa yang dianggap fitnah perlahan-lahan bertukar menjadi kebenaran.




Saya tidak berhajat menulis apa yang saya tahu mengenai dirinya dan juga agenda yang disusunya selama ini dalam usaha mengekalkan statusnya sebagai ahli Parlimen. Sila buka dan rujuk kepada tulisan saya yang lepas dalam blog ini. Atau kalau sudi hubungi sdr Md Radzi Mustapa, peguam yang menguruskan soal petisyen ke atas kerusinya. Tanya Radzi apa yang berlaku sebenarnya dan bagaimana pendirian, sikap, perangai dan temberang Zulkefli Nordin ini.




Ataupun tanya peguam
Pakwan Cheek Marican atau Kamar Aniah Kamaruzaman. Kedua mereka ini tahu dari Z sampai I dan dari N sampai N tentang diri zulkefli.



Cuma apa yang saya nak sebut di sini, Zulkefli tidak payah main wayang banyak sangat nanti orang jeluak. Kalau nak tinggal PKR dan nak bersama Umno silakan. Rasanya tidak ada siapa nak marah pun. Dan mereka yang selama ini menjadi penyokong beliau termasuk yang menjadi penampal postal di Kulim - Bandar Baru pun tidak akan marah. Malahan saya rasa sangat bersetuju dengan kerana sudah mual temberang beliau itu.



Sementara orang Umno yang terdiri rakan-rakan lamanya di Bukit Bintang akan mengalu-alukan langkah itu. Kepulangan Zulkefli ke Umno bagaikan sireh pulang ke ganggang.



Dan sekiranya Zulkefli menyertai Umno mungkin apa yang diharap dan katanya ditawarkan kepadanya sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi menjaga hal ehwal agama akan terpenuhi. Mana tahu? Cuma sayang menteri berkenaan kini sudah bertukar porfolio tidak mungkin apakah yang diimpikan itu menjadi kenyataan.



Usahlah buat macam-macam rekaan itu dan ini. Rasanya PKR tidak akan menangis kalau beliau keluar parti hatta menyertai Umno. Anwar, Wan Azizah, Syed Husin Ali dan sesiapa saja dalam PKR rasanya bahagia dengan tindakan itu nanti kecuali mereka yang sejenis dan sepecies dengan beliau saja.



Zulkefli boleh bergabung dengan bekas-bekas PKR, seperti Ezam Mohd Noor dan gengnya untuk menentang dan memburukkan Anwar sehabisnya.



Eloklah kalau Zulkefli nak sertai Umno waktu ini. Isu pun banyak yang relevan dengan beliau. Masalah Islam boleh diperjuangkan dalam Umno. Isu kalimah Allah dan terbaru pembatalan perarakan maulid Rasul. Isu ini sesuai sangat digunakan oleh beliau. Perjuangkanlah kedua isu berkenaan.



Pas dan PKR apa lagi DAP tidak bileh diharap lagi. Inysa-Allah Islam akan menjadi kuat dibawah Umno dengan hadirnya seorang Al Ustaz bernama Zulkefli Nordin. Dan kalau masuk awal-awal dapat pula buat jasa Insya-Allah Umno akan calon dalam pilihan raya kelak.



Kepada PKR tidak payah bincang banyak-banyak soal Zulkefli kerana ia membuang masa saja. Ikut sahaja apa yang Zaid Ibrahim suruhkan itu, pecat. Buat apa tunjuk profrsional, adil dan toleran kepada orang yang sudah membenci kita.



Kadang-kadang dalam PKR hari ini ada yang tidak faham orang membencinya tetapi masih diusap dan disusukan macam anak kambing kena hujan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan