
Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata :
"Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata,

" Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu! Seterusnya aku bertanya: " Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?"
Jawab Rasulullah :
"Orang yang bakhil."
Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?"
Jawab baginda :
"Orang yang ketika disebut nama aku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku.
" Berkata Al-Barra' r.a . bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
"Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad."
salam
BalasPadamhadis tu dari kitab hadis mana