Pengikut

Selasa, 23 Februari 2010

MURUGIAH KELUAR PPP





Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T.Murugiah berkata beliau akan meninggalkan Parti Progresif Penduduk jika Mahkamah Tinggi mengesahkan beliau bukan presiden parti itu yang sah.


Mahkamah dijangka mendengar pada 1 Mac ini permohonan Murugiah supaya pengisytiharan Tribunal Timbang Tara Malaysia (Mate) bahawa beliau adalah presiden PPP yang sah dikuatkuasakan.


"Tapi sekiranya saya tewas, saya akan tinggalkan parti bersama-sama 210,000 ahli PPP di seluruh negara yang kini berada bersama-sama saya. Kami akan mencari satu platform yang baru selepas itu," katanya kepada pemberita Isnin malam selepas satu perjumpaan dengan penyokongnya di sini.


Murugiah dan Presiden PPP Datuk M. Kayveas terbabit dalam pertelingkahan merebut jawatan utama parti berkenaan sejak Mei tahun lalu. Murugiah telah mengadakan satu mesyuarat agung luar biasa yang menyaksikan beliau dipilih sebagai presiden tetapi Pendaftar Pertubuhan (ROS) memutuskan bahawa Kayveas adalah presiden yang sah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan