Pengikut

Sabtu, 30 Oktober 2010

PERAK NEWS: BAGAIMANA NASIB HJ MUS DI PERAK HARI INI?

BAGAIMANA NASIB AZMIN, HJ MUS SERTA ZAID DI PERAK HARI INI...?

KEPUTUSAN DIJANGKA AKAN DIKETAHUI SEAWAL JAM 6.00 PETANG....PEMILIHAN DI PERAK AKAN BERMULA HARI INI.... GERIK, LENGGONG,LARUT,PARIT PUNTAR,BAGAN SERAI,TAIPING,BUKIT GANTANG,PADANG RENGAS,SG SIPUT



Rabu, 27 Oktober 2010

MUSIM MUHYIDDIN TUNJUK BAKAT


 Tan Sri Muhyiddin Yassin, mencuba kebolehan menyumpit semasa program mesra minda bersama masyarakat Orang Asli, di Pos Brooke, Gua Musang.

Isnin, 25 Oktober 2010

TERKINI- CALON-CALON AMK

Majlis Pimpinan AMK Pusat

CALON-CALON KETUA AMK (2 calon)
1 BADRUL HISHAM SHAHARIN - BADRUL HISHAM SHAHARIN (CHEGUBARD)
2 SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN - SHAMSUL ISKANDAR (SAM)

CALON-CALON TIMBALAN KETUA AMK (2 calon)
1 CHANG LIH KANG - CHANG LIH KANG
2 KHAIRUL ANUAR AHMAD ZAINUDIN - KHAIRUL ANUAR (JONAH)

CALON-CALON NAIB KETUA AMK (11 calon)
1 AZMIZAM ZAMAN HURI - AZMIZAM ZAMAN HURI
2 CHAN MING KAI - CHAN MING KAI
3 ERVEANA ANSARI ALI - ERVEANA BINTI ANSARI ALI
4 FARHASH WAFA SALVADOR RIZAL MUBARAK - FARHASH WAFA
5 KESAVAN SUBRAMANIAM - KESAVAN
6 LEE KHAI LOON - LEE KHAI LOON
7 MOHD NAZREE MOHD YUNUS - NAZREE YUNUS
8 NICHOLAS JAMES GUNTOBON - NICHOLAS J. GUNTOBON
9 ROZAN AZEN MAT RASIP - ROZAN AZEN MAT RASIP
10 SIVAM A/L VEERAMUTHU - V. SIVAM
11 ABDULYUNUS JAMAHRI - YUNUS JAMHARI

CALON-CALON AHLI MAJLIS PIMPINAN AMK (61 calon)
1 ABDUL RAHMAN ABDUL HACKEEM - ABDUL RAHMAN ABDUL HACKEEM (RACHMAN)
2 ABUL JAIS ASHFAQ AHMED - ABUL JAIS B. ASHFAQ AHMED
3 AHMAD AKHDHOR MUHD RIVAI - AHMAD AKHDHOR
4 AHMAD SANI ABDUL GHANI - AHMAD SANI B. ABD GHANI
5 HABIB AHMAD MUHAIYUDDIN HABIB DANIAL - ANGAH HABIB MUHAIYUDDIN
6 ASRUL NIZAN ABD JALIL - ASRUL NIZAM
7 AZHAR ACHIL - AZHAR BIN ACHIL
8 AZMAN YUSOF - AZMAN YUSOF
9 AHMAD AZRIZAL TAHIR - AZRIZAL TAHIR
10 NOOR AZWAN RAMLI - AZWAN RAMLI
11 MANOLAN MOHAMAD - BOB MANOLAN MOHAMAD
12 FARHAN IBRAHIM @ ALIAS - FARHAN IBRAHIM
13 FARHASH WAFA SALVADOR RIZAL MUBARAK - FARHASH WAFA
14 KHAIRUL FAUZI MUHAMMUD - FAUZI JOHOR
15 GINIE LIM SIEW LIN - GINIE LIM
16 HAMSAH DJABIR - HAMSAH BIN DJABIR
17 HANIZAM AHNEE - HANIZAM B. AHNEE (KOJEK)
18 HAZRIL HASSAN - HAZRIL HASSAN
19 JAFERY JOMION - JAFERY JAMION @ JET FEI LEE
20 JAFRIEN MUHAMMAD - JAFRIEN B. MUHAMMAD
21 JUZARIM ISMA JUNAIDI - JUZARIM ISMA
22 KHAIRUL NIZAM MOHD RAZALI - KHAIRUL NIZAM @ ADAM
23 M A TINAGARAN A/L ARUMUGAM - M A TINAGARAN A/L ARUMUGAM (TINAGARAN)
24 MD ZAMAN MD TASI - MD ZAMAN B HAJI MD TASI
25 MOHAMAD NAZRI ISMAIL - MOHAMAD NAZRI ISMAIL (NAZRI JOHOR)
26 MOHAMMAD AZIHAN CHE SEMAN - MOHAMMAD AZIHAN BIN CHE SEMAN
27 MOHAMMADYASER ABDUL RAHMAN - MOHAMMAD YASER ABDUL RAHMAN (YASER)
28 MOHD ALFAIZAL AMJED - MOHD ALFAIZAL BIN AMJED (ALFAIZAL)
29 MOHD FADZLIE MOHD HASSAN - MOHD FADZLIE ( BOY LP )
30 MOHD FAISAL ABU BAKAR - MOHD FAISAL ABU BAKAR
31 MOHD FAIZAL BAHARUDDIN - MOHD FAIZAL B. BAHARUDDIN
32 MOHD HAFIZ AB RAHMAN - MOHD HAFIZ
33 MOHD HUSAIF MOHD JALAL - MOHD HUSAIF MOHD JALAL
34 MOHD KHAIR ZAINUDIN - MOHD KHAIR BIN ZAINUDIN
35 MOHD YUSRI YAACOB - MOHD YUSRI YAACOB
36 MOHD ZAINUDDIN GHAZALI - MOHD ZAINUDDIN B GHAZALI
37 MUHAMMAD NAJMI BIN SAMSUDIN - MUHAMMAD NAJMI SAMSUDIN
38 MUHAMMAD SAUFI MI’AD - MUHAMMAD SAUFI MI'AD
39 MUZAFEQ AFFYULZAIFUZAN B. MAMAT @ MUHAMMAD - MUZAFEQ MUHAMMAD
40 NA’IM JUSRI - NA’IM JUSRI (NAIM)
41 NATASSIA SARAH MOHD DANNY - NATASSIA SARAH
42 AHMAD NAZIB JOHARI - NAZIB JOHARI
43 NG SHY CHING - NG SHY CHING (SANDREA)
44 ONG CHIN WEN ONG CHIN WEN
45 RAJAN A/L RAJAN NAIDU - RAJAN A/L RAJAN NAIDU
46 RAMLAN ROES - RAMLAN BIN HJ ROES
47 REBIN BIRHAM - REBIN BIRHAM
48 ROMIHADI ROSE - ROMIHADI ROSE
49 SACHITHANANTHAN A/L KRISHNAN - SACHITHANANTHAN A/L KRISHNAN (SACCHI)
50 MOHD SAIFULLAH MOHD ZULKIFLI - SAIFULLAH ZULKIFLI
51 SANGETHA JAYAKUMAR - SANGETHA JAYAKUMAR
52 OOI TZE MIN - SIMON OOI TZE MIN
53 SYED BADLI SHAH SYED OSMAN - SYED SHAH SYED OSMAN
54 TAN SEOWYEIT - TAN SEOW YEIT (FIONE)
55 TENGKU PUTRA AELMI SHAM - TENGKU PUTRA AELMI SHAM
56 YAHYA SIJARI - YAHYA SIJARI
57 ZAFRIL MOHD EUSOFF - ZAFRIL BIN MOHD EUSOFF
58 ZARA ZAHARI - ZARA ZAHARI
59 ZOLHAIDAH BT. SUBOH - ZULHAIDAH BT. SUBOH
60 ZULKIFLI IBRAHIM - ZULKIFLI HAJI IBRAHIM
61 ZULRISYAH NOOR KALAM MOIS - ZULRISYAH NOOR KALAM MOIS 
sumber: kasi peecaahhh laa

LIWAT MELIWAT SAMBUNG ESOK

Perbicaraan kes liwat membabitkn Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dtangguhkn sehingga esok bagi membolehkan pihak pendakwaan mengesan satu laporan perubatan awal yang didakwa telah dbuat di antara 28 Jun dan 13 Julai 2008. Kewujudan laporan itu timbul ketika soal balas saksi pendakwa kedua, pakar bedah am Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Razali Ibrahim.

MS AKAN SERTAI BN

Setiausaha Agung Barisan Nasional Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini berkata Parti Makkal Sakti Malaysia boleh mengemukakan surat permohonan rasmi untuk menyertai BN.
 
Bagaimanapun katanya, terserah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi BN untuk menimbangkan kemasukan parti itu sebagai sebagai parti komponen BN.

Perkara itu mungkin hanya dipertimbangkan  selepas BN membuat pindaan Perlembagaannya nanti, kata beliau semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kedua Makkal Sakti di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.sumber

Sabtu, 23 Oktober 2010

YB KESAVAN-YB MING KAI-YB YUNUS-JANGAN LUPAKAN MEREKA


Mereka menawarkan diri untuk bertanding 
Naib Ketua AMK Pusat

YB Kesavan

 YB Chan Ming Kai

 YB Abdul Yunus




Jumaat, 22 Oktober 2010

PAUMNO JADI TEMPAT PELEPAS NAFSU PEMIMPIN UMNO-BUKAN JAGA AGAMA DAN BANGSA

Kata Datuk Alwi, pakatan pembangkang hari ini umpama pakatan “Ahzab” iaitu sebuah pakatan pada zaman Rasulullah s.a.w yang mahu menghancurkan kerajaan Islam yang baru ditubuhkan di Madinah.

“Pakatan “Ahzab” pada waktu itu dianggotai oleh pakatan musyrik Mekah yang mengandungi beberapa parti. Sebab itulah dinamakan peperangan “Ahzab” iaitu peperangan parti. 

“Pada waktu itu orang munafiq Madinah, yahudi bersama kaum bani Al-Mustalaq berkumpul di tengah-tengah tanah arab bersatu untuk hancurkan sebuah kerajaan Islam. Rasulullah s.a.w akhirnya memohon dan berdoa kepada Allah memohon perlindungan.

PAK BERAHIM AKAN TERUS BERJUANG SAMPAI MATI.

Presiden PERKASA Ibrahim Ali yang menjalani pembedahan pemintasan jantung Isnin lalu, dijangka dibenarkan keluar daripada hospital minggu hadapan.

Ahli parlimen Bebas itu kini berada di wad biasa dan kelihatan sudah pulih dan kuat serta mampu berbual dengan pelawat yang menziarahinya.




"Pada mulanya, beliau minta kepada doktor untuk keluar dari wad minggu ini, tetapi doktor memberi tempoh sampai minggu hadapan. Beliau tak sabar-sabar nak berjuang," kata Ketua Wira PERKASA, Arman Azha. 

PRK GALAS: CALON PAS-ADAKAH INI SATU FITNAH TERBESAR?????

Benarkah calon Pas ditangkap khalwat? Jika benar, ia sesuatu yang mengejutkan.  Ini kerana bakal calon Pas khususnya pakatan pembangkang di pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Dr Zulkefli Mohamad bukan saja calon kitar semula malah dikhabarkan pernah ditangkap khalwat bersama isterinya sekarang, Ramelah Mat Jusoh.
 
Memetik laporan beberap blog termasuk theunspinners, dakwaan pernah ditangkap khalwat itu telah dikhabarkan orang setempat di Gua Musang.

Menurut blog ini lagi, perkara itu mungkin dianggap sebagai kisah lama. Hasil perkongsian mereka pun sudah sampai 10 orang. Namun persoalannya adakah calon yang berlatarbelakang ditangkap khalwat ingin ditonjolkan oleh Pas sebagai imej Islam dan penyambung warisan ulama?

Pemilihan Dr Zulkefli ini tidak disenangi ramai pihak di kalangan pemimpin Pas setempat.  Malah Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga dikatakan membuat pembohongan apabila beliau berkata Zulkefli dipilih kerana diyakini mampu meneruskan kerja cemerlang yang telah diusahakan wakil rakyat sebelum ini, Allahyarham Chek Hashim Sulaima.

Sebenarnya, Nik Aziz sudah berbohong kerana orang sebenar yang melakukan kerja cemerlang yang dikatakan adalah hasil usaha Allahyarham Chek Hashim Sulaima adalah Hussein Awang.

Dr Zulkefli sudah dua kali kalah. Sudah dua kali ditolak pengundi Gua Musang.

Hussein dilihat ramai sebagai lebih layak kerana dia yang menjalankan kerja sepanjang masa arwah Chek Hashim menanggung sakit.

Bukan sahaja, Hussein yang kecewa, seorang lagi yang turut tidak puashati dari senarai calon, ialah Abdullah Husin.
Abdullah telah mengarahkan penyokong-penyokongnya dari kalangan Pemuda untuk mendesak Nik Aziz mencalonnya.
Dia juga telah menghimpunkan Pemuda untuk satu majlis untuk membantah pencalonan Dr Zulkefli tetapi rancangan itu telah dibatalkan.

Nampaknya belum apa-apa lagi Pas sudah berdepan dengan pelbagai kemelut.  Jikalau pun benar calon Pas, Dr Zulkefli pernah ditangkap khalwat namun ia sebenarnya sudah melepasi kriteria utama dan tunggal Pas iaitu syarat untuk menjadi calon adalah bukan perokok.

Syarat Pas mudah saja jangan perokok.

APA KATA PAKATAN RAKYAT-NAJIB SANGGUP MATI!

Biar mati, Putrajaya tak akan dilepaskan begitu sahaja. Apa nak jadi..jadilah kata Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri.sini


KO-ORANG JERIT LA,TAK SAPA PEDULI

Semakin ramai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, parti politik dan juga orang perseorangan tampil membantah tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW pada penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, 9 Ogos lalu.


Antaranya, bahagian hal ehwal wanita, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang berpandangan bahawa isu penjagaan aurat dan hijab adalah vital jika masyarakat mahu membicarakan tentang fesyen Islam.

“Justeru, HELWA ABIM merasa sangat kecewa dan terkilan dengan interpretasi fesyen Islam yang gagal dihayati dan difahami secara keseluruhannya, khususnya menyentuh isu penjagaan aurat yang menjadi elemen terpenting dalam penghayatan Islam secara keseluruhannya.




“Malah apa yang dipotretkan kepada masyarakat sewaktu penganjuran Islamic Fashion Festival ini nyata jauh tersasar dan mengelirukan masyarakat Islam sendiri malah serta merupakan unsur-unsur penghinaan terhadap Islam dengan jelas,” kata naib presiden Helwa, Fadhlina Siddiq dalam satu kenyataan media.sini

Khamis, 21 Oktober 2010

PAU JADI TEMPAT MENGHENTAM TG NIK AZIZ-TGNA UBAT LUPUT TARIKH

Setiausaha Veteran UMNO Malaysia, Kapten (B) Haji Mohamad Yeop Mohd. Saleh mengibaratkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat seperti ubat yang luput tarikh tetapi tetap disimpan biarpun sudah tidak boleh digunakan dan sudah tidak mujarab sebaliknya jika dimakan mungkin akan menjadi racun.
 
Beliau berkata demikian ekoran daripada pendedahan berkaitan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan tidak bangga berbangsa Melayu pada ketika terdapat usaha cuba menghapuskan keistimewaan hak orang Melayu.

“Kalau betul Nik Aziz tidak bangga dengan bangsanya sendiri bermakna dia memburuk-burukkan institusi Melayu. Maka sepatutnya beliau tidak menjadi Menteri Besar di Kelantan bilamana penduduknya bermajoriti Melayu dan tentunya beliau layak menjawat jawatan tersebut kerana beliau Melayu,” katanya kepada:sini

Bidas beliau lagi, Nik Aziz ini telah melakukan penghinaan terhadap bangsanya sendiri apabila tidak berbangga dengan Melayu malah lebih teruk beliau juga boleh dianggap sebagai mengkhianati perjuangan partinya iaitu Pas, pakatan pembangkang dan keseluruhan orang Melayu.

“Kita tahu bahawa Pas dianggotai oleh orang Islam dan tentunya Melayu tetapi pemimpin mereka sendiri menolak jati dirinya, begitu juga dengan parti-parti lain yang dianggotai oleh Melayu telah diperkecilkan oleh Nik Aziz,” tambahnya.

Tegas beliau lagi, anggota Veteran berasa dukacita dengan apa yang diperkatakan oleh Nik Aziz sedangkan realitinya masyarakat Melayu hari ini telah berubah jika dibandingkan dengan zaman tradisi dan sebelum merdeka.

PAU: TG NIK AZIZ JUAL ISLAM DAN BERKAWAN DENGAN SYAITAN

Timbalan Ketua Umno Kok Lanas Datuk Md Alwi Che Ahmad  berkata, Menteri Besar Kelantan itu sanggup berkawan dengan sesiapa sahaja kerana tidak suka dengan Umno.

Beliau terlebih dahulu meminta supaya semua pemimpin Umno untuk kembali berjuang kerana Islam selain bekerja keras untuk mendapatkan sokongan rakyat.sini

“Kita perlu perbetulkan semua ini.
“Kita perlu pertahankan Islam, adakah kita mahu pertahankan Nik Aziz?

“Beliau sudah menjual Islam, beliau sanggup berkawan dengan syaitan.

“Beliau sudah buang Islam, beliau berkawan dengan syaitan kerana benci kepada Umno,” kata beliau ketika membentangkan usul ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2010 hari ini.

PRK BATU SAPI: PKR GAGAL DALAM RUNDINGAN

Pilihan raya kecil Batu Sapi dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, PKR dan SAPP apabila usaha mencari jalan penyelesaian antara kedua-dua parti pembangkang itu menemui jalan buntu.

Di sebalik usaha supaya kerusi Batu Sapi ditandingi satu lawan satu, kedua-dua PKR dan SAPP berdegil mahukan calon masing-masing diketengahkan.\Bagaimanapun, kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak berkempen menentang satu sama lain dan menjadikan BN sebagai sasaran bersama dengan harapan pilihan raya kecil itu boleh dijadikan "sumber rujukan" oleh mereka apabila mengadakan rundingan pada masa akan datang.

SAPP akan mengumumkan calonnya Sabtu ini, manakala Leong sekadar berkata PKR akan mengumumkan calonnya "sedikit masa lagi".

BN akan mengumumkan calonnya daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) Ahad ini.

Rabu, 20 Oktober 2010

PAKATAN UMNO DAN PARTI KOMUNIS CHINA .

Delegasi Parti Komunis China (CPC) hari ini percaya UMNO yang menjadi tunjang kepada pemerintahan negara mampu melakukan perubahan untuk berdepan cabaran khususnya meraih sokongan generasi akan datang.
 
Ketua delegasi CPC, Huang Xiangyao berkata walaupun UMNO khususnya Barisan Nasional (BN) menerima tamparan pada pilihanraya umum lalu namun menerusi perubahan-perubahan yang dilakukan, BN mampu meraih semula sokongan rakyat.

Malah beliau turut mengakui berminat untuk mendapat pengetahuan bagaimana UMNO melakukan perubahan tersebut.

Pada kunjungan delegasinya kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Ibu Pejabat UMNO hari ini, beliau juga melahirkan rasa gembira kerana hubungan kedua-dua parti terus dapat dieratkan.

Ini katanya dibuktikan menerusi jemputan UMNO kepada CPC yang bukan sahaja untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2010 tetapi juga turut serta dalam forum antarbangsa yang diadakan bermula Isnin lalu.

“Pihak CPC amat menghargai kerjasama yang telah dijalinkan bukan saja kerjasama diplomatik dan perdagangan antara China dan Malaysia tetapi hubungan antara kedua-dua parti yang terus terjalin erat”, katanya.

Dalam kunjungan selama hampir satu jam itu juga delagasi CPC turut diberi penerangan ringkas tentang sistem organisasi parti, situasi semasa perjalanan perhimpunan agung UMNO dan juga persiapan UMNO bagi menghadapi dua pilihanraya kecil iaitu di Dewan Undangan Negeri Galas dan Parlimen Batu Sapi.

Huang turut menyatakan harapan besarnya agar UMNO termasuk kerajaan Malaysia mengambil kesempatan kerjasama erat ini untuk terus menerokai peluang baik dari sudut ekonomi, teknologi dan perniagaan yang sedia ada negara republik berkenaan.

“Malaysia adalah rakan lama China dan hubungan kedua-dua pemimpin sememangnya menjanjikan peluang yang cukup besar untuk manfaat kedua-dua negara”, ujarnya.


Sementara itu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula kerjasama UMNO dan CPC sebenarnya cukup erat apatah lagi kedua-dua parti telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di Beijing, 5 Ogos lalu.

“Sewaktu mengadakan perbincangan, menterinya memaklumkan bahawa mereka amat kagum terhadap cara UMNO menangani masalah perkauman dan ingin mempelajari daripada kita bagaimana mengatasi masalah-masalah berkaitan etnik yang wujud,” katanya.

Jelas beliau lagi walaupun China mengamalkan sistem satu parti namun di negara tersebut terdapat lebih 50 masyarakat etnik.

“Sebagai sebuah negara besar tentunya mereka mempunyai pelbagai masalah dan percaya bahawa kaedah yang diambil dari Malaysia sedikit sebanyak boleh digunapakai dan boleh ditokok tambah untuk disesuaikan dengan pentadbiran negara mereka,” jelasnya.

Katanya, beliau turut menyebut minat UMNO bagi menghantar generasi muda khususnya di kalangan pergerakan Pemuda dan Puteri untuk mempelajari bagaimana CPC melaksanakan program-program mereka. -MediaUMNO

TERKINI DUN K.NERANG: UMNO AKAN MERAYU PADA SPR

Umno bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil ekoran keputusan mahkamah mengisytiharkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim sebagai muflis Jumaat lalu.
 
Sambil mengakui belum ada butiran terkini, Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pihaknya akan berusaha untuk mengelakkan pilihan raya kecil dengan membuat rayuan.
Syed Sobri diisytihar muflis ekoran kegagalan syarikatnya membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pengisytiharan bankrap terhadap Syed Sobri kemungkinan membuka ruang kepada satu lagi pilihan raya kecil.

“Kita akan selidik dan lihat dulu perkara ini... jika perlu buat rayuan, kita akan buat,” kata Shafie.

Shafie yang juga Pengerusi Umno Kedah berkata, beliau belum menerima sebarang makluman daripada Syed Sobri sehingga ke hari ini.

“Sebenarnya tidak tahu apa status perkara ini. Syed Sobri juga tidak maklumkan kepada saya mengenainya.sumber

PAU: TOLONG TUKAR PENGERUSI UMNO KEDAH-PEMUDA KEDAH

Perwakilan Pemuda Umno dari Kedah hari ini menggesa agar kepimpinan parti menukar pengerusi-pengerusi perhubungan yang “diimport” dari negeri lain sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.
 
Ketua Pemuda Jerai Bassori Hassan berkata, pelantikan Datuk Seri Shafie Apdal dari Sabah sebagai pengerusi negeri sebenarnya memberi laluan kepada Pakatan Rakyat untuk menyerang ahli-ahli politik tempatan.

“Datuk Seri Shafie ini orang hebat, dia mampu menangkan negeri Kedah ini. Tapi kita kena realistik.

“Sentimen ini dimain-mainkan oleh pembangkang, takde pemimpin baik dari Kedah sampai kena import pemimpin dari luar.

“Tolong kaji balik pelantikan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah dan negeri-negeri pembangkang lain,” kata beliau ketika menyertai perbahasan pada Persidangan Pergerakan Pemuda Umno hari ini.sumber

PAU: TIAP TAHUN MINTA..DAPAT KE?

Mesyuarat agung bagi tiga sayap Umno - Pemuda, Wanita dan Puteri - berlangsung serentak di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC), Kuala Lumpur hari ini.


Pemuda mengadakan bermesyuarat mereka di Dewan Merdeka, Wanita di Dewan Tun Hussein Onn dan Puteri di Dewan Tun Dr Ismail.

Sebentar lagi, ketiga-tiga sayap akan mendengar ucapan ketua masing-masing.

Berikut laporan langsung:Wakil Pemuda Kelantan Eriandi Ismail menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas dan segera terhadap "suara-suara sumbang" yang menyentuh isu sensitif, seperti dalam isu pemilikan ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus.

Katanya, berbagai kaum yang lemah dalam ekonomi, orang Melayu sebenarnya berhak menuntut lebih daripada itu, "mungkin sehingga 70 peratus". baca sini

PAU:KENAPA BIARKAN PM DUDUK DIBAWAH ?



Kenapa Perdana Menteri(Rosmah) duduk dibawah je..sampai hati ahli-ahli UMNO biarkan PM.

PERAK NEWS: YB NAJMUDDIN NAFI LETAK JAWATAN?

Spekulasi berhubung peletakan jawatan Penasihat Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Datuk Kapten (B) Najmuddin Elias Al-Hafiz terjawab apabila beliau menafikan mengenai perkara itu yang dipercayai disebarkan melalui pihak ketiga.

Najmuddin berkata, beliau tidak akan melepaskan jawatan itu memandangkan tidak ada sebab kukuh untuk beliau melakukannya.

“Saya terkejut dan tidak mengetahui khabar angin mengenai perkara ini. Saya berharap pihak yang menyebarkan perkara ini untuk berhenti berbuat demikian.

“Mungkin terdapat salah faham dalam kalangan pihak ketiga yang mendengar perbualan saya bersama rakan-rakan,” katanya di sini, semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kurau berkata, tiada sebarang perancangan dibuat untuk meninggalkan parti dan jawatan berkenaan.

“Sehingga ke hari ini saya masih memegang jawatan Penasihat Hal Ehwal Agama Islam Negeri dan kekal sebagai ahli UMNO,” katanya.

Dalam perkembangan sama, desas-desus menyatakan sekumpulan ahli pembangkang dalam proses mencari waktu sesuai mengadakan rundingan dengan Najmuddin untuk membincangkan masa depan beliau dalam politik.

“Kami sedang mencari masa sesuai bertemu Najmuddin kerana sedar akan kekecewaan yang dihadapinya kerana tidak dilantik sebagai Exco Agama Islam negeri.

“Kami turut mendapat maklumat mengenai beliau yang tidak menghadiri majlis rasmi kerana tidak berpuas hati dengan beberapa perkara di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri,” kata ahli pembangkang berkenaan di sini, semalam.

Najmuddin dilantik sebagai Penasihat Agama Islam Negeri selepas Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa di Perak sejurus kerajaan pakatan pembangkang dianggotai DAP-Pas-PKR yang memerintah negeri ini selama kira-kira setahun, tumbang berikutan tiga wakil rakyat meninggalkan pakatan itu.

Mereka adalah dua wakil rakyat PKR iaitu ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd Osman Jailu serta ADUN Jelapang (DAP), Datuk Hee Yit Foong yang keluar parti untuk menjadi ADUN Bebas dan menyokong BN.

Selasa, 19 Oktober 2010

PERAK NEWS: DATUK ZAID AKAN DAPAT 6000 RIBU UNDI DI PERAK

Setelah 2 hari buat culaan untuk undi Timbalan Presiden di Perak, nampaknya Datuk Zaid jauh mendahului Azmin Ali. Setakat hari ini Zaid dijangka akan mendapat 6000 ribu undi daripada ahli-ahli Perak, berbanding dengan Azmin yang hanya akan memperolehi 2000 ribu undi manakala Hj Mus sekitar 500 undi.

Di Perak, pembuangan undi untuk MPP akan bermula 30 Oktober ini. Bermula dengan Cabang Parit Buntar, Bagan Serai, Larut,Taiping,Padang Rengas, Lenggong, Gerik, Sg Siput.Daripada 8 Cabang ini, 2 memihak kepada Azmin, 5 untuk Hj Mus serta 1 kepada Zaid semasa pencalonan tempohari, tapi untuk pengundian dan daripada culaan Zaid akan dapat 1200-1500 undi untuk hari pertama di Perak.


Kem Azmin "mati" di Perak, termasuklah "kem" Hj Mus.Kem Zaid kini bergerak ke setiap cabang hampir setiap malam. Fokus utama "kem" Zaid adalah mengundi daripada kaum India.Salah seorang kempen manager "kem" Zaid adalah Janabala yang kecewa apabila pencalonan beliau sebagai Timbalan Presiden ditolak.Tak salah beliau berkempen untuk Zaid..tapi..? pikir sendiri...

PRK GALAS: PEKEBUN GETAH BERPENDAPATAN RM 4000 SEBULAN, YE KE NI?

RISDA sedang berusaha menggandakan pendapatan pekebun kecil getah daripada RM2,000 sekeluarga kepada lebih RM4000 sebulan dengan memperbaiki amalan pertanian sedia ada.

Tan Sri Rahim Tamby Chik juga berkata, secara purata pekebun kecil getah memotong 400 batang pokok sehari jika dibandingkan dengan pekerja asing seperti dari Indonesia yang mampu memotong sehingga 1000 batang sehari.


Menurutnya, jika sikap pekebun boleh diubah, ini merupakan salah satu cara mampu meningkatkan pendapatan pekebun kecil ke arah yang lebih baik lagi.


“Kita bersyukur sekarang dapat mempertahankan harga getah pada tahap yang tinggi pada 14 Oktober lalu dengan lebih RM12 dan pekebun akan dapat sekitar harga RM6 merupakan satu harga yang amat baik untuk rancang tanam semula dengan segera.


“Jadi saya menyeru mereka yang mempunyai tanah terbiar seperti tanah-tanah sawah supaya memohon bantuan memandangkan mereka dibolehkan berbuat demikian pada tahun 2011,” katanya selepas Majlis Perjumpaan Pengerusi Risda bersama Staf dan Penyampaian Sumbangan kepada NGO Jajahan Gua Musang di Pejabat Risda Gua Musang, semalam.

Isnin, 18 Oktober 2010

TU DIA...


Minat lagi rupanya Tun dengan UMNO...ingatkan dah berpatah arang..yelah darah UMNO mana boleh tinggalkan UMNO...



TERKINI: PRU 13 BULAN APRIL- BN SUKAR DAPAT 2/3-TUN M

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi memperoleh semula majoriti dua pertiga bakal melalui laluan sulit dalam pilihan raya umum akan datang ekoran prestasi suram pendahulunya, kata Tun Dr Mahathir

"Najib warisi kerajaan yang buruk. Beliau lebih hebat daripada Perdana Menteri nombor lima Tun Abdullah yang tidak cekap," katanya perdana menteri keempat itu kepada pemberita hari ini.

Ditemui di sebuah forum antarabangsa di Kuala Lumpur, Dr Mahathir terus mengkritik Abdullah, penggantinya yang didakwanya mensia-siakan mandat besar yang diperoleh dalam pilihan raya umum 2004 lalu.

"Bila kamu mendapat dua pertiga majoriti, ia patut digunakan untuk perkara yang betul. Dalam empat tahun, daripada 2004 hingga 2008 Abdulllah lakukan banyak perkara salah yang menyebabkan beliau kalah pada 2008," katanya.

INI SORANG LAGI...TETIBA JE NAK BERTANDING

Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff akhirnya melepaskan peranannya sebagai pemantau bebas pemilihan PKR setelah membuat keputusan bertanding jawatan Naib Presiden PKR.

Menurutnya, keputusan itu diambil selepas mendapati berlakunya pertentangan kepentingan ekoran keputusan mengejutnya itu.

Sehubungan itu, Yusmadi berkata, tugas-tugas memantau perjalanan pemilihan langsung pertama PKR melalui MyDemocracyWatch itu kini diwariskan kepada seorang pegawai di pejabat Menteri Besar Selangor Amin Ahmad.sumber

"PERMATA" ROSMAH BERNILAI RM 111 JUTA

Peruntukan besar sebanyak RM111 juta kepada Pusat Anak Permata Negara (PERMATA) yang dinaungi isteri perdana menteri Rosmah Mansor disifatkan PAS sebagai tidak masuk akal kerana ia didakwa hanya melibatkan segelintir pihak.permata rosmah

CEKGU BARD PELAWA YB AMIRRUDIN

Satu jam sebelum tutup penamaan calon, Cekgu Bard pelawa YB Amir untuk masuk "chai" dia sebagai Naib Ketua AMK..sedangkan sebelum tu semua tau yang YB Yunus adalah "chai" Cekgu Bard sebagai Naib Ketua AMK Pusat.Mungkin Cekgu Bard ingin menambah sokongan daripada "orang-orang"YB Amir.


YB Amir menarik diri daripada saingan Timbalan Ketua AMK Pusat apabila Rafizi diarahkan oleh Ketua UMUM supaya menarik diri saat-saat akhir. Walaupun Rafizi kecewa dengan arahan tersebut, tapi parti adalah lebih utama daripada agenda peribadi.

PAK BERAHIM SEDANG DIBEDAH

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Ibrahim Ali yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang kerana masalah jantung kini sedang menjalani pembedahan.

Jumaat, 15 Oktober 2010

YAHOOOO !!!! ELAUN TOK BATIN NAIK 100%

Kerajaan akan menaikkan hampir 100 peratus elaun bulanan pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) dan Persekutuan (JKKP, Tok Batin, Pengerusi JKKK Orang Asli dan Pengerusi Kampung Baru).

Menurut Najib Tun Razak, kadar elaun bulanan mereka dinaikkan kepada RM800 berbanding RM450 sekarang.

"Sejak dulu, kini dan selamanya, jasa golongan pemimpin masyarakat tidak pernah dilupa," kata PM.

BERTUAHNYA RAKYAT MALAYSIA..HAHAHA

Kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Ekspressway Berhad tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang, berkuatkuasa serta-merta.
 

Najib Tun Razak berkata, keputusan itu dibuat kerana kerajaan amat prihatin terhadap rakyat yang terpaksa menanggung kos pengangkutan yang semakin meningkat.

DAPAT 90 HARI






Penjawat awam wanita diberi pilihan tentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari.

Perkara ini diumumkan Najib Razak, ketika membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat.

SAM TAK BERANI TANDING NAIB PRESIDEN, TAKUT TEWAS AGAKNYA

Pemilihan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) hampir pasti akan menyaksikan saingan tiga penjuru dengan penyandangnya Shamsul Iskandar Mohd Akin dilihat akan mempertahankan kedudukan beliau.D ifahamkan Shamsul telah mengambil keputusan akhir mahu mempertahankan jawatan semasa beliau  sini

MALAYSIA TELAH PULIH SEPENUHNYA-KATA NAJIB

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak sedang membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat.
  • Bajet 2011 bertema "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi" dengan empat strategi utama.
Berikut petikan penting ucapannya:
  • Rizab negara RM310.8b = 8.5 bulan import tertangguh
  • Negara telah pulih dari kemelesetan ekonomi dunia dgn pertumbuhan KDNK 9.5% separuh pertama 2010
  • Defisit dijangka rendah pada 5.4 peratus pada 2011
  • Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu
  • Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu
  • Sektor perkhidmatan diunjur berkembang 5.3 peratus tahun hadapan dengan pelaksanaan program dan inisiatif di bawah tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) berkaitan perkhidmatan.
  • Warisan Merdeka - Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020
  • Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh.
  • Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.
  • Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.
  • Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.
  • Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kini boleh melabur sehingga 20 peratus daripada jumlah aset yang diurus berbanding tujuh peratus sebelum ini.
  • Suruhanjaya sekuriti (SC) akan menawarkan tiga lesen broker saham baharu kepada syarikat tempatan, asing dan usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit.
  • Duti import kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan di antara 3 dan 5 peratus dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga beli belah

JALAK LENTENG CABANG PARIT

pic: telokbakongonline

Faizal Effendi bekas Ketua AMK Cabang Parit dan juga bekas Timbalan Ketua AMK Perak bersama Zambry ketika jamuan Hari Raya UMNO Parit. 


HIMPUNAN TERBESAR DI HQ PKR ESOK

Esok jam 10 pagi hingga 6.00 petang di HQ PKR Tropicana..yang layak boleh hantar borang pencalonan termasuk YB N.Gobala..

Rabu, 13 Oktober 2010

PERAK NEWS: YB YUNUS TANDING NAIB KETUA AMK PUSAT

YB Yunus Ketua AMK Perak akan bertanding Naib Ketua AMK Pusat berganding dengan Cekgu Bard sebagai Ketua AMK dan YB Lih Kang sebagai Timbalan Ketua AMK Pusat.

PERAK NEWS: PEMUDA PAS CABAR ZAMBRY ISU BALAK

Dewan Pemuda Pas Negeri mencabar Kerajaan Negeri mendedahkan senarai syarikat pembalakan semasa pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) dengan melakukan perkara sama semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) dahulu dan kini.

Ketuanya, Zawawi Hassan berkata, pihaknya tidak gentar berkenaan surat layang yang mendakwa mempunyai senarai syarikat pembalakan itu.

“Kita sedia menyahut kesediaan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang bersetuju mendedahkan senarai syarikat sekiranya diminta oleh rakyat.

“Dewan Pemuda yakin Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin bersedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya benar dakwaan BN terhadap PR,” katanya, semalam.

Zawawi berkata, Dewan Pemuda juga sedia mengadakan pentas debat antara Zambry dan Nizar untuk mendedahkan penyelewengan yang dibangkitkan itu.

“Ini bagi membuktikan siapa sebenarnya telus dalam mengurus kewangan negeri untuk rakyat.

“Dr Zambry juga perlu berani mendedahkan syarikat yang dikuasai BN dalam mendapatkan konsesi balak,” katanya.

Terdahulu, Zambry mengakui berkenaan surat layang yang dipercayai tersebar luas dalam kalangan pemimpin DAP berhubung rasuah membabitkan konsesi balak sebanyak RM21.5 juta.

Dalam pada itu, Setiausaha Dewan Pemuda, Dr Raja Ahmad Al- Hiss kecewa sikap tidak profesional pihak SPRM menjadikan laporan media sebagai asas untuk menyiasat pemerintahan PR selama 11 bulan.

“SPRM sepatutnya tidak berpihak dalam memastikan pandangan rakyat terhadap keadilan dan ketelusan sebenar mereka,” katanya.

Katanya, SPRM perlu menyiasat perkara sama semasa pemerintahan BN dulu dan kini.

IBRAHIM ALI MASIH BERGELAR DATUK WALAUPUN DILUCUTKAN OLEH SULTAN KELANTAN

Istana Kelantan hari ini melucutkan gelaran 'Datuk' yang diberikan kepada Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali yang juga MP Pasir Mas. kesian en. berahim

 Apapun, ia tidak menjadi hal pada saya dan saya terima dengan hati terbuka,” katanya dalam pesanan ringkas SMS kepada Malaysiakini.

Menurut presiden PERKASA itu lagi, taat-setianya kepada Sultan Kelantan sekarang, Tuanku Muhammad V tidak berbelah-bahagi.


Ibrahim juga menjelaskan beliau masih bergelar 'datuk' kerana mempunyai dua lagi darjah - iaitu DPMS dan DMSM yang diterimanya daripada Selangor dan Melaka.

 

Selasa, 12 Oktober 2010

SAM DAN GEKGU BARD MEMUJUK RAFIZI SUPAYA JANGAN BERTANDING KETUA AMK PUSAT

Usaha memujuk Rafizi Ramli supaya menarik diri daripada bertanding Ketua AMK Pusat sedang hebat dilancarkan. Terbaru kumpulan Shamsul Iskandar telah memujuk Rafizi Ramli supaya bertanding jawatan Timbalan Ketua AMK Pusat. 

Sebelum ini kumpulan Cekgu Bard juga telah pun awal-awal meminta Rafizi supaya bertanding Timbalan Ketua AMK berganding dengan beliau. Apa yang difahamkan, Rafizi Ramli hanya mendapat 1 percalonan untuk jawatan Timbalan Ketua AMK Pusat, dan secara ramsinya beliau memang tidak layak  bertanding Timbalan Ketua AMK Pusat.Dan sekiranya beliau bersetuju untuk bertanding Timbalan Ketua, maka kedua-dua kumpulan ini boleh melakukannya sehingga Rafizi layak bertanding. Maknanya main ikut belakang.

Shamsul Iskandar berganding dengan Jonah@Khairul Anuar sebagai Timbalan Ketua, manakala Cekgu Bard berganding dengan YB Chang Lih Kang. Jadi kedua-dua calon sanggup "sepak ketepi" Timbalan masing-masing kerana ingin memberi laluan kepada Rafizi. Cukup bijak straregi kedua-dua calon Ketua AMK Pusat ini. "kawan makan kawan"...

Rafizi bukan calon popular, nama yang memang tidak kenali sebelum ini..tiba-tiba muncul daripada Pejabat Dato Seri Anwar menawarkan diri sebagai Ketua AMK Pusat.Beliau hanya mendapat 18-20 pencalonan jauh ditinggalkan Cekgu Bard dan Shamsul. 

Kesanggupan Shamsul Iskandar untuk kekal bertanding Ketua AMK adalah kerana tidak mahu melihat Cekgu Bard menang mudah,mudah kerana Rafizi pasti kalah. Siapa tak kenal Cekgu Bard..tua dan muda..berpidatonya hebat..boleh menghimpunkan ratusan anak muda dengan sekelip mata.Tapi itu bukan KPI bagi seorang calon Ketua AMK.Dan baru-baru ni "orang-orang" Cekgu Bard membawa cerita yang Rafizi menerima RM 5 Juta daripada Kerajaan......?

Shamsul Iskandar yang mendapat 42 pencalonan Naib Presiden masih tidak yakin sama ada ingin meneruskan hasratnya itu atau tidak. Masih berteka-teki, walaupun dengar "kabar angin" daripada Jakarta mengatakan Sam akan bertanding Naib Presiden. Apa pun tunggu pengumuman beliau pada hari Jumaat.

AKHIRNYA SHAMSUL TANDING NAIB PRESIDEN

Shamsul Iskandar Ketua AMK Pusat yang kini berada di Jakarta bersama Dato Seri Anwar serta Azmin Ali akhirnya bersetuju untuk bertanding Naib Presiden PKR...kini calon bagi Ketua AMK Pusat hanya tinggal Sdr Rafizi dan Cekgu Bard.

Isnin, 11 Oktober 2010

CAKAP GUNA AKAL-KATA RAHIMI KEPADA HJ MUS

Orang yang cakap tak guna akal memang patut dicakap sebegitu... Patutlah si Mustafa ni kalah dalam pemilihan Ketua Cabang PKR Pasir Salak [klik sini].

Ianya berikutan tindakan Mustafa yang mahu mencari populariti menjelang pertandingan pemilihan PKR pada tahun ini..


Mustaffa Kamil Ayub semalam yang menimbulkan persoalan siapakah yang membawa Rahimi masuk ke ibu pejabat PKR?.. Jawap ringkas Rahimi... Tanyalah Anwar [klik
sini]...

"Ada juga yang tanya siapa bawa masuk saya dalam pejabat Anwar? Jawapan saya, tanyalah Anwar sendiri"..
Rasanya ramai yang terkedu dengan jawapan Rahimi ini... namun kita melihat akhir-akhir ini tidak ramai pemimpin PKR yang mula membisu mengenai tindakan Rahimi yang kemungkinan ada arahan Anwar supaya isu ini disenyapkan begitu sahaja dan jangan panaskan isu ini.

Rahimi juga membidas Mustafa yang ingin bertanding jawatan tertinggi PKR tapi cakap tak guna otak tetapi menggunakan kepala lutut.. memang ini kenyataan yang sesuai kepada semua pemimpin PKR...


Ianya berikutan Mustafa sekali lagi mempertikaikan kenapa Rahimi "beriya-iya" mahu memadamkan nama Perdana Menteri Datuk Najib Razak dan isterinya Datuk Seri Rosmah Mansor sekarang, sedangkan kedua-dua mereka begitu berdiam diri.


Rahimi menepis dakwaan tersebut "Saya bukannya beriya-iya untuk mempertahankan perdana menteri dan isteri. Lagipun sebagai PM, kenapa pula dia perlu buang masa untuk melayan perkara-perkara sebegini sedangkan ia dalam siasatan polis.


Sekali lagi si Mangkuk Ayun Mustaffa ini terkena dengan rahimi, apabila Mustafa dilabel cakap guna kepala lutut.. ianya mengenai pertikaian tindakan yang terus mempersoalkan kenapa beliau mengambil tindakan itu sekarang, walaupun mendakwa dipaksa menandatangani akuan bersumpah itu pada 2008 lagi.


Rahimi dakwa persoalan itu telah pun dijawab dengan penuh terperinci dan disiarkan dalam akhbar.


"Cita-citanya ingin bertanding jawatan tinggi dalam PKR, tetapi nampak sangat dia sendiri tak baca berita. Macam mana nak jadi pemimpin?


"Nasihat saya, lain kali kalau nak cakap gunalah akal dahulu, jangan terlalu terdesak mencari populariti untuk meraih undi ahli serta mendapatkan pujian dan sokongan pemimpin atasan yang sebenarnya memandang rendah pada mereka," kata Rahimi. 
SUMBER

KU LI TERIMA PINANGAN

“Tidak, tidak, tidak. Tidak ada keputusan dibuat... tidak ada keputusan dicapai, yang hanya dibincangkan usaha memastikan jentera BN bersiap sedia untuk pilihan raya kecil,” katanya lagi.
“Belum ada lagi senarai pendek calon (bakal diturunkan),” kata Tengku Razaleigh lagi.

Sehubungan itu beliau menambah, pengumuman calon hanya akan dibuat selepas Perhimpunan Agung Tahunan Umno.
BN dijangka mengumumkan calonnya secara rasmi pada 24 Oktober.


“Buat masa sekarang, kami tidak tahu sama ada kami boleh menang. (Bagaimanapun) kami berharap untuk mendapatkan majoriti besar,” kata Tengku Razaleigh lagi.

Pagi tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyerahkan surat pelantikan sebagai Tengku Razaleigh selaku pengarah pilihan raya kecil DUN Galas.

Najib bagaimanapun masih berahsia mengenai calon yang akan bertanding mewakili BN bagi pilihan raya itu.

“Saya telah menyampaikan surat pelantikan sebagai pengarah pilihan raya Galas kepada Tengku Razaleigh Hamzah sebentar tadi.sumber

CEKGU BARD DAPAT RM 400 RIBU..RAFIZI DAPAT RM 5 JUTA ?

Cekgu Bard dapat RM 400 Ribu..? Rafizi dapat RM Juta..hahhaha!..

Dua-dua cerita tak betoi... kisah ni datangnya daripada Kuala Kangsar ketika YB Dollah Sani turun berkempen. Tapi nak bagitau, cerita ni bukan YB Dollah Sani yang bawa...tapi orang Kuala punya cerita..nak tau tanya orang Kuala Kangsar..

Jumaat, 8 Oktober 2010

SELAMAT PULANG,JANGAN JATUH TERSUNGKUR SUDAH

Selamat pulang ke tanahair TUN..jangan jatuh tersungkur sudah..
Perkasa akan sambut Tun malam ni di Airport...

SAYA TIADA NIAT MENGGANGGU- RAHIMI

Sambil mempertahankan tindakannya mempertikaikan status dua akuan bersumpah yang menurutnya telah dipaksa menandatanganinya dua tahun lalu, Rahimi Osman menegaskan, dia tidak berniat mahu mengganggu kes liwat kedua dilalui Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang. 

Bekas pembantu Anwar itu yang dihubungi The Malaysian Insider hari ini berkata, dia hanya mahu membetulkan “kesilapan” yang dia telah lakukan sebelum ini.

“Saya tiada niat untuk mengganggu perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya juga tiada hak untuk menuduh Anwar atau Saiful bersalah ataupun membuat tuduhan-tuduhan palsu,” kata Rahimi.

“Saya hanya membuat laporan ini kerana saya mahu membetulkan kesilapan-kesilapan masa lalu, kata Rahimi dalam respons melalui emel yang dikirim kepada : sini

Khamis, 7 Oktober 2010

MUSA HASSAN AKAN KE MAHKAMAH

Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin untuk hadir di mahkamah pada 28 Oktober, pada hari keputusan prosiding menghina mahkamah yang dibuat dua lelaki berhubung penahanan semula mereka mengikut Ordinan Darurat 1967.

Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak bersetuju dengan peguam bela, Datuk N Sivananthan bahawa Musa dan Mohd Bakri perlu hadir di mahkamah seperti responden yang lain.
sini

TIDUR SEBILIK DAN SEBANTAL-RAHIMI AL SAIFOOL

PKR, yang mendapat publisiti buruk khususnya pada mesyuarat agung tahunan beberapa cabangnya sejak beberapa minggu kebelakangan ini, sekali mencuri tumpuan dengan pendedahan oleh Rahimi Osman.

NONEBeliau membuat laporan polis semalam dengan mendakwa Ketua Penerangan PKR, Latheefa Koya dan Ketua Pemuda PKR Kedah Saiful Izham Ramli memaksanya membuat dua laporan bersumpah pada tahun 2008.

Dalam laporannya, beliau berkata akuan bersumpah berkenaan dipinda kandungannya untuk memalit dan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam konspirasi terhadap Anwar dalam kes liwat tersebut.

Rahimi adalah pembantu Anwar pada tahun 2007 dan 2008 dan dikatakan antara mereka yang paling rapat dengan ketua umum PKR itu semasa pilihan raya umum.Kandas di UIA

Beliau direkrut pada Mac 2007 bagi mengemas-kini blog Anwar, selepas kandas dalam peperiksaannya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).

Jejaka berusia 25 tahun itu ditempatkan di pejabat PKR di Seksyen 16, Petaling Jaya yang juga dianggotai oleh kakitangan lain seperti Nik Nazmi Nik Ahmad, Sim Tze Tzin dan anak perempuan Anwar, Nurul Izzah - semua mereka sekarang ini adalah perwakilan PKR.

Seorang lagi kakitangan adalah Nathaniel Tan yang mengendalikan sebuah lagi pejabat di Phileo Damansara.

NONE"Rahimi menyertai pada mulanya sebagai seorang sukarelawan. Tetapi beliau kemudian menguruskan semua temu-janji Anwar khususnya ketika tempoh pilihan raya kerana semua pembantu lain sibuk dengan kempen masing-masing,” kata seorang lagi kakitangan, Farhash Wafa Salvador.

Yang menarik, Rahimi adalah rakan sekolah Mohd Saiful Bukhari Azlan, di SMK Damansara Utama.

Saiful adalah pembantu kepada Anwar yang mendakwa dirinya diliwat tanpa rela oleh ketua pembangkang itu.

Rahimi juga adalah orang yang memperkenalkan Saiful kepada bossnya itu.

NONEPerkara berkenaan didedahkan oleh Saiful semasa perbicaraan kes liwatnya itu.

Malah, nama Rahimi ditimbulkan sebanyak dua kali pada perbicaraan berkenaan.

Saiful juga membuat pengakuan bahawa Rahimi menghubunginya untuk berbual pada satu ketika pada Mac 2008 sebelum pilihan raya umum diadakan.

Rabu, 6 Oktober 2010

LIWAT JADI LEWAT...LAGI 2 HARI ADA PC LAGI

Peguam pasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair dalam reaksi segera menafikan dakwaan Rahimi Osman bahawa bekas pembantu Ketua Umum Pakatan Rakyat itu telah dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah berkaitan kes liwat akhir Jun 2008. 

Sankara berkata, Rahimi menandatangani akuan bersumpah itu secara sukarela selepas mengadakan pertemuan dengan peguam-peguam Anwar di Quality Hotel dua tahun lalu.

“Saya hendak menegaskan di sini bahawa Rahimi tidak dipaksa menandatangani akuan bersumpah. Dia menyediakan akuan bersumpah secara sukarela yang memihak kepada Anwar,” katanya.

“Rahimi dengan bebas memberi maklumat... saya hadir bersama dengan beberapa peguam semasa dia menerangkan apa yang sebenarnya telah berlaku,” kata beliau kepada MI

SHAIFUUDIN TERIMA CABARAN MUHYIDDIN

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau menjawab cabaran Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini dengan mendedahkan satu nama didakwa mendalangi kekecohan ketika pemilihan cabang parti itu dua minggu lalu.
 
Selain itu menurut Saifuddin , beliau sedang meneliti satu lagi nama yang dipercayai ahli sebuah “parti terbesar” dalam Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun beliau enggan menamakan parti itu, tetapi memberitahu akan “checkmate” Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno, sebagai sahaja memperoleh maklumat lengkap.

“Ya, boleh sifatkan begitu,” kata beliau ketika ditanya sama ada respons beliau hari ini boleh dianggap sebagai menerima cabaran Muhyiddin minggu lalu.sumber

BUKAN DILIWAT TAPI MENYOKONG SHAIFUL DI LIWAT?

Menurut Polis Klang, Rahimi telah membuat laporan polis, mendakwa dia telah dipaksa oleh orang Anwar supaya membuat dua akuan bersumpah tersebut.

Ketua Polis Klang, Mohamad Mat Yusof mengesahkan menerima laporan tersebut tetapi enggan memberi maklumat lanjut kerana perkara itu telah dipindahkan ke polis daerah Shah Alam.

Rahimi adalah rakan persekolahan Saiful. Dia dipercayai membawa Saiful untuk bekerja dengan Anwar pada 2008. Saiful kemudiannya menggantikan Rahii yang berhenti pada tahun tersebut untuk meneruskan kariernya dalam bidang perniagaan.


Peguam Rahimi - S Ravi Chandran - berkata laporan polis dibuat untuk menyatakan bahawa dua akuan bersumpah itu adalah tidak tepat.

Akuan bersumpah itu ada kaitan dengan perbicaraan liwat Anwar yang sedang berjalan, di mana beliau dituduh meliwat seorang lagi pembantu, Saiful Bukhari Azlan.

RAHIMI OSMAN BEKAS PEMBANTU KHAS ANWAR MENGAKU BELIAU DILIWAT

Rahimi Osman bekas Pembantu Khas Anwar dikatakan akan mengaku beliau di liwat.

PENYOKONG YB KULA BERDEMO DESAK TINGGALKAN DAP

Kira-kira 20 lelaki yang mendakwa ahli DAP dan penyokong ahli parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran mengadakan demonstrasi di depan ibu pejabat DAP Perak mengutuk kepemimpinan pengurusi DAP Perak yang dituduh mengetepikan kaum India.




 Mereka yang berkumpul sejak 10.45 pagi itu juga mendesak Kulasegaran yang juga timbalan pengerusi DAP Perak supaya keluar daripada parti itu.

Penyokong berketurunan India itu berkumpul di hadapan pejabat parti itu di Medan Istana di Ipoh sambil membawa beberapa sepanduk menyatakan sokongan kepada Kulasegaran selain mengecam kepimpinan DAP Perak.
sumber

SERANGAN TERBARU TERHADAP DSAI JAM 4.00 PETANG?

Satu serangan terbaru terhadap Anwar Ibrahim akan diadakan petang ini oleh bekas staff  di pejabat beliau iaitu Sdr Rahimi Osman.

KESIAN ANWAR IBRAHIM NAMANYA DIGUGURKAN

Pemuda UMNO tidak akan memberi penghargaan kepada bekas ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu majlis penghargaan untuk bekas Ketua Pergerakan Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO sempena majlis rumah terbuka Aidilfitri ketiga-tiga sayap UMNO itu di sini, Jumaat ini.

Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz Megat Junid berkata, Pemuda UMNO beranggapan adalah janggal dan tidak sesuai penghargaan itu diberikan kepada Anwar yang telah menyertai pembangkang.


Bercakap pada sidang media bersama Penolong Setiausaha Wanita, Rosni Sohar dan Penolong Setiausaha Puteri UMNO, Nor Azita Abdul Rahman di sini, semalam, Megat Firdouz berkata, antara yang akan diberi penghargaan itu adalah Allahyarham Tun Hussein Onn, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan Allahyarham Tun Sardon Jubir, selain Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz selaku bekas pemangku Ketua Pemuda UMNO.

PRK DUN GALAS: 4 NOVEMBER

Tarikh PRK DUN Galas, di Gua Musang, Kelantan ditetapkan pada 4 November ini.
 

Pada sidang media di Putrajaya, Timbalan Pengerusi SPR , Datuk Wan Ahmad Wan Omar juga mengumumkan tarikh penamaan calon akan diadakan pada hari Selasa, 26 Oktober ini.

Keputusan itu dibuat selepas SPR bermesyuarat, pagi ini.sumber

TS KHALID MAHU MEREMAJAKAN REFORMASI

“Saya akan bertanding bagi merebut jawatan timbalan presiden, namun pengumuman rasmi mengenainya hanya akan dibuat pada 10 Oktober ini sejurus Anwar pulang ke tanah air,” katanya.

Khalid dilaporkan membuat pengumuman itu pada sidang media di Shah Alam semalam.

Kata Khalid beliau juga akan berusaha mengadakan perbincangan dengan pemimpin tertinggi parti dan juga pemimpin Pakatan Rakyat sebelum membuat pengumuman.

“Tujuan saya bertanding ini hanya dengan satu matlamat iaitu meremajakan semangat reformasi yang membina Keadilan berdasarkan penghormatan dan toleransi,” kata beliau.sumber

Selasa, 5 Oktober 2010

MESYUARAT KHAS TOLAK LIM KENG YIK

Jawatankuasa Kerja Pusat Gerakan yang mengadakan mesyuarat khas malam ini memutuskan untuk tidak menerima keputusan Tun Dr Lim Keng Yak meletakkan jawatan penasihat yang diumumkan semalam.
 
Ia diumumkan Presiden Tan Sri Dr Koh Tsu Koon sebentar tadi.
Kata Koh, jawatankuasa juga mahu Dr Lim, bekas presiden Gerakan, mempertimbangkan semula keputusannya.sumber

RPK AKAN DEDAHKAN KEBURUKAN ANWAR-MUHYIDDIN

Muhyiddin Yassin yakin semakin banyak cerita buruk mengenai kepemimpinan PKR khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tersebar selepas kritikan terbaru oleh Raja Petra Kamaruddin terhadap pakatan pembangkang.

Justeru, kritikan yang timbul daripada penyokong sendiri patut membuka mata rakyat bahawa siapa dalam PKR sebenarnya serta mengambil iktibar apa yang berlaku.
sini

SAYA TAK BOIKOT UTUSAN-ZAID IBRAHIM

Datuk Zaid Ibrahim yang dicalonkan untuk bertanding jawatan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak mahu mengambil sikap “memboikot” mana-mana media yang dilihat menyerang dan memusuhi kepimpinan parti itu dan Pakatan Rakyat pada amnya.
 
Zaid berkata, beliau mempunyai pendirian yang berbeza dalam isu itu walaupun Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta calon-calon yang bertanding pada pemilihan PKR mengelak daripada menggunakan media musuh untuk diwawancara.sini

YES TAN SRI...YES TAN SRI..LAWAN TETAP LAWAN

Perebutan jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka bertambah panas apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hampir pasti bertanding jawatan itu.

Abdul Khalid yang sebelum ini masih berteka-teki tentang pendiriannya untuk bertanding jawatan nombor dua parti itu, akan mengumumkan keputusannya, hari ini.


Beliau dilihat berkemungkinan besar untuk turun gelanggang menjadikan perlawanan empat penjuru berdasarkan kenyataan beliau yang tidak menolak pencalonan sebagai Timbalan Presiden.   
yes tan sri

Isnin, 4 Oktober 2010

SURAT TU SUDAH ADA DENGAN SAYA...?

Ketua Umno Gua Musang Razaleigh Hamzah telah bersetuju untuk mengetuai jentera BN PRK kerusi Galas, demikian menurut Setiauasaha Agungnya,Tengku Adnan Tengku Mansor.
 
Tengku Adnan berkata Tengku Razaleigh telah menyatakan persetujuan walaupun surat rasmi pelantikan rasmi belum lagi diserahkan kepada beliau.

Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno berkata Najib Razak telah pun menandatangani surat pelantikan Tengku Razaleigh.
\
“Surat itu ada dengan saya sekarang,” kata beliau ketika ditemui pemberita di Putrajaya.

Tengku Adnan berkata beliau percaya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kemungkinan besar akan menyerahkan surat pelantikan kepada Tengku Razaleigh sebaik sahaja beliau kembali dari London Sabtu ini.sini

PERAK NEWS: PERKASA SOKONG HJ MUS SEBAGAI TIM PRESIDEN

Perkasa yang kecewa dengan kenyataan Azmin Ali semalam, menggesa ahli-ahlinya tidak mengundi Naib Presiden itu yang bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR, sebaliknya meminta supaya memilih Mustafa Kamil Ayub sebagai Timbalan Presiden.

Ketua Pemuda Perkasa Arman Azha Abu Hanifah berkata Mustaffa adalah calon paling layak bagi jawatan timbalan presiden kerana latar belakang Abimnya.baca sini

Nampaknya pengaruh Hj Mustaffa hanya datang dari kalangan ABIM dalam PKR, tapi sampai ke Perkasa menyokong beliau. Nasib baik Perkasa tak joint PKR, kalau tidak dah tentu setiap negeri bagi sokongan pada Hj Mustaffa..

PERAK NEWS: DIA YANG KECEWA..?

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham kecewa dan kesal dengan tindakan Timbalan Pengerusi DAP Perak, M.Kulasegaran kerana menghebahkan tentang isu dalam dan pergolakan dalaman parti berkenaan kepada pihak media.

Koo Ham yang baru sahaja dimaklumkan berhubung desas-desus perletakan Kulasegaran itu ternyata terkejut dengan hasrat Kulasegaran yang didakwa tidak mematuhi disiplin Parti agar mendapatkan kebenaran yang sah daripada Jawatankuasa Negeri sebelum bertindak memaklumkan kepada pihak akhbar.


“Saya kesal kerana M.Kulasegaran menyatakan hasrat beliau meletak jawatan menerusi Twitter tanpa sebarang notis sah daripada Jawatankuasa Negeri.


“Keadaan ini memberikan pandangan yang buruk terhadap DAP. Saya berharap agar semua ahli mematuhi disiplin Parti dengan mengunakan saluran yang betul dalam menyampaikan segala isu dan pendapat.”


Terdahulu, Kulasegaran dilaporkan ‘merajuk’ dengan kewujudan dua kumpulan dalam DAP Perak iaitu di antara Koo Ham dan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming (Ngeh – Nga) serta beliau sendiri dan Thomas Su (Kula- Thomas).


Memetik sumber sebagai berkata, Ngeh-Nga telah menubuhkan 90 cawangan sebagai persiapan pada Konvensyen DAP Negeri, 21 November ini bagi memilih pimpinan tertinggi negeri dalam usaha menewaskan Kulasegaran.


Pergolakan itu dilihat berlarutan sejak tahun 2008 iaitu selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 meskipun beberapa mesyuarat dan rundingan diadakan di peringkat Jawatankuasa Tertinggi Pusat, namun gagal mencapai kata sepakat.

SHAMSUL ISKANDAR TUNGGU "WAHYU"DARI SEGAMBUT?

Setelah berakhir pemilihan semalam Shamsul Iskandar(SAM) dapat 45 percalonan untuk jawatan Naib Presiden,dan sehingga hari ni beliau masih belum menjelaskan sama ada akan kekal untuk bertanding Ketua AMK atau Naib Presiden.


Atau Sam masih menunggu "wahyu"dari Segambut..?

Datuk Zaid pun dah layak untuk bertanding Presiden dengan 3 pencalonan. Tapi rasanya dihujung semuanya akan jadi begini:

Presiden: Datuk Seri Dr Wan Azizah
Timbalan Presiden: Datuk Zaid Ibrahim
Ketua AMK: Rafizi Ramli
Tim Ketua AMK: Khairul Anuar@Jonah
Ketua Wanita: YB Zuraidah
Tim Ketua Wanita: Yb Rodziah




Sabtu, 2 Oktober 2010

YB NGEH n YB NGAH PEROSAK KEPADA PAKATAN RAKYAT PERAK?

Pergeseran dalam barisan kepimpinan DAP Perak telah mencetuskan khabar angin yang Timbalan Pengerusi DAP Perak, M Kulasegaran akan meletak jawatannya di negeri itu.

Dalam Twitternya, ahli parlimen Ipoh Barat dan timbalan pengerusi DAP kebangsan itu, menegaskan bahawa beliau akan mengumumkan "apa yang kurang" dalam kepimpinan Perak hari ini.
Tulisannya dalam bahasa Inggeris itu bermaksud: "Baru saja tamat mesyuarat kepimpinan DAP di Ipoh. Hari yang sedih kerana saya akan mengumumkan "apa yang kurang" dalam kepimpinan DAP Perak kepimpinan hari ini".seterusnya di sini

Masalah dalaman DAP Perak bukanlah cerita baru. Apa yang terjadi pada MP Batu Gajah YB Foong sekarang ini, senyap sunyi sepi kerana masalah yang berlaku dalam DAP..dipercayai masalah ini memang ada kaitannya dengan YB Ngeh dan YB Ngah..(Ngeh Ngah). Mereka berdua ni dikatakan "kuku besi" dalam DAP Perak.

Cerita bagaimana ADUN Jelapang di"downgred"kan oleh kedua-dua orang kuat DAP ini ramai yang tahu. Itu sebahagian daripada mengapa Adun Jelapang melompat." Layak ke kamu jadi EXCO kerana kamu OKU..? itu antara skrip yang diceritakan...entah benar atau tidak.

Adun Malim Nawar, tinggalkan DAP memang kerana duit, tapi tak boleh dinafikan ada masalah yang sama, masalah Ngeh Ngah.

Kini MP Ipoh Barat Kula pula menyuarakan hasrat hati untuk tinggalkan DAP..antara masalahnya dah tentu bersabit dengan Ngeh Ngah..

Melompatnya Jamal dan Osman dikatakan ada kaitan dengan Ngeh Ngah disambil hal-hal peribadi mereka berdua.Dalam Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri ketika PR memerintah dulu, Jamal dikatakan tidak berpuas hati atas beberapa tindakan yang dilakukan Ngeh Ngah.

Pakatan Rakyat Perak jangan memandang isu ini sebagai isu dalaman DAP semata-mata, tetapi harus melihat dalam sudut yang lebih besar, kerana isu juga melibatkan hubungan sesama parti dalam Pakatan Rakyat. Apakah cukup sekadar PR memerintah Perak selama 11 bulan saja. Tidak bercita-cita untuk merampas kembali..?cukup sekadar itu...

Jumaat, 1 Oktober 2010

MACAM MANA NI..? KU LI BELUM KATA YA !

"Rakan, rakan, saya tidak berkata ya ataupun tidak. Saya akan menjelaskan berhubung Galas apabila saya pulang ke Malaysia,” tulisnya pada jam 6.35 waktu tempatan.

Bagaimanapun, gambaran semakin jelas, apabila seorang daripada pengikutnya mengemukakan soalan di Twitter kepadanya: "Harap maaf Tengku, tetapi kenapa TPM asyik berkata bahawa anda telah persetujui? Bukan sekali tetapi hampir setiap hari.”


Menjawab soalan itu, Razaleigh menyerahkan perkara berkenaan kepada Muhyiddin dengan berkata beliau belum memberi sebarang persetujuan berhubung jawatan berkenaan.
"Itu, kita kena tanya beliau. Saya setakat ini belum membuat sebarang kenyataan,” jawab Razaleigh.bacalah sendiri

PERAK NEWS: MAP LAWAN AZMIN, LAWAN ZAID.

Pengerusi PKR Perak Hj Mustafa Kamil Ayub tetap 'berkeras' bertanding jawatan nombor dua dalam parti itu walaupun agak ketinggalan menerima pencalonan daripada cabang berbanding pesaingnya Azmin Ali dan Datuk Zaid Ibrahim.

Mustafa mengambil keputusan itu, antaranya supaya dapat terus menyumbang ke peringkat yang lebih tinggi dalam PKR.

Pengumuman rasminya berhubung perkara itu dibuat dalam satu sidang media di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Sebelum ini, beliau mengatakan ada serangan hebat yang membawa kepada kekalahan di peringkat cabang minggu lalu tapi ia tidak menjejaskan pertimbangan dalam menentukan sama ada menerima pencalonan bertanding jawatan timbalan presiden, kata beliau.Beliau juga dicalonkan untuk mengekalkan kerusi Naib Presiden.

Mustaffa, antara tujuh pemimpin yang dicalonkan bertanding jawatan timbalan presiden parti itu kali ini, gagal dalam persaingan jawatan ketua cabang Pasir Salak, Perak pada 25 September lalu.

Pengerusi PKR Perak itu ditewaskan oleh bekas Ketua Cabang  dengan perbezaan 17 undi.
Dalam saingan satu lawan satu Mustafa mendapat 94 undi manakala Osman pula menerima 111 undi.

Mustaffa memangku jawatan ketua cabang itu selepas Osman berundur sementara atas sebab peribadi tiga tahun lalu.

Mengulas lanjut, Mustaffa berkata, beliau sebenarnya telah berhadapan dengan “serangan yang cukup hebat” daripada luar parti sehingga membawa kepada kekalahan.

“Penyokong-penyokong saya mengatakan bahawa mereka hendak membuat bantahan... itu adalah proses biasa, dan saya izinkan.

“Namun, saya dapat melihat adanya serangan yang cukup hebat daripada musuh politik Keadilan,” kata beliau sambil menerangkan, musuh politik itu datang dari luar parti.

Katanya, selaku pengerusi PKR Perak ada usaha tersusun mahu menjatuhkannya di peringkat negeri itu sebelum pemilihan pusat kelak.

Mustaffa berkata, mengambil kira senario yang berbeza di Perak, Umno-BN yang didakwanya berada dalam ketakutan dan menyusun strategi untuk melakukan serangan bagi memastikan kekalahan di peringkat cabang.

Pakatan Rakyat yang memenangi Perak dalam pilihan raya umum Mac 2008 kehilangan negeri itu di tangan BN selepas dua wakil rakyat PKR dan seorang dari DAP melompat parti awal 2009.

Mustaffa dilantik ketuai PKR Perak kemudian.

“Saya melihat ini satu cabaran,” kata beliau sambil tidak menolak ada juga serangan dari dalam parti.

“Tetapi saya melihat serangan adalah lebih besar dari luar parti,” kata beliau.