Pergeseran dalam barisan kepimpinan DAP Perak telah mencetuskan khabar angin yang Timbalan Pengerusi DAP Perak, M Kulasegaran akan meletak jawatannya di negeri itu.
Dalam Twitternya, ahli parlimen Ipoh Barat dan timbalan pengerusi DAP kebangsan itu, menegaskan bahawa beliau akan mengumumkan "apa yang kurang" dalam kepimpinan Perak hari ini.
Tulisannya dalam bahasa Inggeris itu bermaksud: "Baru saja tamat mesyuarat kepimpinan DAP di Ipoh. Hari yang sedih kerana saya akan mengumumkan "apa yang kurang" dalam kepimpinan DAP Perak kepimpinan hari ini".seterusnya di sini
Masalah dalaman DAP Perak bukanlah cerita baru. Apa yang terjadi pada MP Batu Gajah YB Foong sekarang ini, senyap sunyi sepi kerana masalah yang berlaku dalam DAP..dipercayai masalah ini memang ada kaitannya dengan YB Ngeh dan YB Ngah..(Ngeh Ngah). Mereka berdua ni dikatakan "kuku besi" dalam DAP Perak.
Cerita bagaimana ADUN Jelapang di"downgred"kan oleh kedua-dua orang kuat DAP ini ramai yang tahu. Itu sebahagian daripada mengapa Adun Jelapang melompat." Layak ke kamu jadi EXCO kerana kamu OKU..? itu antara skrip yang diceritakan...entah benar atau tidak.
Adun Malim Nawar, tinggalkan DAP memang kerana duit, tapi tak boleh dinafikan ada masalah yang sama, masalah Ngeh Ngah.
Kini MP Ipoh Barat Kula pula menyuarakan hasrat hati untuk tinggalkan DAP..antara masalahnya dah tentu bersabit dengan Ngeh Ngah..
Melompatnya Jamal dan Osman dikatakan ada kaitan dengan Ngeh Ngah disambil hal-hal peribadi mereka berdua.Dalam Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri ketika PR memerintah dulu, Jamal dikatakan tidak berpuas hati atas beberapa tindakan yang dilakukan Ngeh Ngah.
Pakatan Rakyat Perak jangan memandang isu ini sebagai isu dalaman DAP semata-mata, tetapi harus melihat dalam sudut yang lebih besar, kerana isu juga melibatkan hubungan sesama parti dalam Pakatan Rakyat. Apakah cukup sekadar PR memerintah Perak selama 11 bulan saja. Tidak bercita-cita untuk merampas kembali..?cukup sekadar itu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan