RISDA sedang berusaha menggandakan pendapatan pekebun kecil getah daripada RM2,000 sekeluarga kepada lebih RM4000 sebulan dengan memperbaiki amalan pertanian sedia ada.
Tan Sri Rahim Tamby Chik juga berkata, secara purata pekebun kecil getah memotong 400 batang pokok sehari jika dibandingkan dengan pekerja asing seperti dari Indonesia yang mampu memotong sehingga 1000 batang sehari.
Menurutnya, jika sikap pekebun boleh diubah, ini merupakan salah satu cara mampu meningkatkan pendapatan pekebun kecil ke arah yang lebih baik lagi.
“Kita bersyukur sekarang dapat mempertahankan harga getah pada tahap yang tinggi pada 14 Oktober lalu dengan lebih RM12 dan pekebun akan dapat sekitar harga RM6 merupakan satu harga yang amat baik untuk rancang tanam semula dengan segera.
“Jadi saya menyeru mereka yang mempunyai tanah terbiar seperti tanah-tanah sawah supaya memohon bantuan memandangkan mereka dibolehkan berbuat demikian pada tahun 2011,” katanya selepas Majlis Perjumpaan Pengerusi Risda bersama Staf dan Penyampaian Sumbangan kepada NGO Jajahan Gua Musang di Pejabat Risda Gua Musang, semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan