Pemuda UMNO tidak akan memberi penghargaan kepada bekas ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu majlis penghargaan untuk bekas Ketua Pergerakan Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO sempena majlis rumah terbuka Aidilfitri ketiga-tiga sayap UMNO itu di sini, Jumaat ini.
Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz Megat Junid berkata, Pemuda UMNO beranggapan adalah janggal dan tidak sesuai penghargaan itu diberikan kepada Anwar yang telah menyertai pembangkang.
Bercakap pada sidang media bersama Penolong Setiausaha Wanita, Rosni Sohar dan Penolong Setiausaha Puteri UMNO, Nor Azita Abdul Rahman di sini, semalam, Megat Firdouz berkata, antara yang akan diberi penghargaan itu adalah Allahyarham Tun Hussein Onn, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan Allahyarham Tun Sardon Jubir, selain Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz selaku bekas pemangku Ketua Pemuda UMNO.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan