“Saya akan bertanding bagi merebut jawatan timbalan presiden, namun pengumuman rasmi mengenainya hanya akan dibuat pada 10 Oktober ini sejurus Anwar pulang ke tanah air,” katanya.
Khalid dilaporkan membuat pengumuman itu pada sidang media di Shah Alam semalam.
Kata Khalid beliau juga akan berusaha mengadakan perbincangan dengan pemimpin tertinggi parti dan juga pemimpin Pakatan Rakyat sebelum membuat pengumuman.
“Tujuan saya bertanding ini hanya dengan satu matlamat iaitu meremajakan semangat reformasi yang membina Keadilan berdasarkan penghormatan dan toleransi,” kata beliau.sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan