Pengikut

Jumaat, 1 Oktober 2010

PERAK NEWS:INI BUKAN CUBAAN TAPI BETOI-BETOI

Dakwaan mengaitkan seorang ADUN Negeri akan menyertai PPP adalah benar sebagaimana dinyatakan oleh Ketua Pemuda PPP, Mustafar Rahadi.

Naib Pengerusi 1, Ong Chee Keng berkata, faktor yang menyebabkan ADUN berkenaan tertarik menyertai PPP adalah berlandaskan konsep perjuangan parti berbilang kaum.

Menurutnya, keunikan dan kekuatan kepimpinan pelbagai kaum inilah yang menjadi penyebab utama ADUN berkenaan bertindak sedemikian dalam masa terdekat ini.

“ADUN tersebut turut menyatakan kekecewaan terhadap parti yang beliau naungi sekarang sebagai bersifat berat sebelah dan tidak adil dalam kepimpinan semua peringkat, baik cawangan, bahagian mahupun negeri.

“Apa yang pasti ADUN berkenaan merupakan orang kuat sebuah parti berkenaan tapi kecewa dengan cara pimpinan tertinggi negeri bersifat mementingkan kroni mereka,” katanya.

Chee Keng berkata, ADUN berkenaan sudah menyatakan kesediaannya untuk bersama-sama PPP serta BN membantu rakyat yang masih ramai tertindas di negeri ini.

Katanya, beliau akan bekerja kuat bagi memastikan Pilihan Raya Umum ke-13 nanti menjadi hak mutlak BN bukannya Pakatan Rakyat (PR).

“Saya bersama kepimpinan peringkat negeri cukup yakin dengan penyertaan ADUN tersebut dapat membantu memantapkan lagi PPP.

“Sebelum ini, masyarakat kurang mengenali PPP, kalau ada pun ramai yang anggap parti berkenaan hanya parti kaum India sahaja,” katanya.

Beliau berkata, dengan berlandaskan konsep 1 Malaysia, kepimpinan semua peringkat diatur daripada pelbagai kaum bagi memastikan konsep ini betul-betul diterjemahkan.

“Sebab itulah, saya cukup yakin ADUN ini mampu memberi sumbangan serta komitmen untuk membantu PPP dan BN,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan