Pengikut

Jumaat, 31 Disember 2010

BULAN SEPTEMBER 2011, BERAPA RAMAI ANAK LUAR NIKAH AKAN LAHIR DAN DI BUANG?

Oleh: ustnik
“2011 Serba-salah. Jika ustaz dan ulama melarang menyambut tahun baharu dikatakan jumud, ekstrim. Bila dikatakan kalau nak sambut tak payahlah konsert haram, cukup dengan solat hajat atau baca Yaasin dikatakan Nabi tidak buat.
Kalau dikatakan, sambutlah kerana ia adalah sebagai satu semangat kenegaraan, maka akhirnya apabila bayi dibuang, masalah remaja kronik, yang menerima penangan ialah ulama lalu dikatakan: ‘Apa yang ulama buat?’ Namun, seperti sudah satu budaya saban tahun, sambutan tahun baharu mesti diadakan. Kalau tak dibuat, ‘berdosa’ kepada negara agaknya.
Benar. Nabi SAW tak pernah buat dan tak pernah menganjurkan demikian. Budaya yang kita warisi ini entah dari mana datangnya. Apabila Tsunami merempuh Acheh 6 tahun lepas, kita insaf sekejap. Kita tiadakan sambutan awal tahun kerana meraikan derita penduduk Acheh. Boleh pulak tak sambut tahun baharu? Ertinya tahun tak buat sambutan tahun baharu itu ‘berdosa’ lah kita ya? Bila Tsunami tiada, insaf kita hilang. Ertinya nak kena Tsunami dahulu baharu insaf?
Jangan begitu. Keadaan aman tenteram, damai yang dikurniakan Allah janganlah menjadi istidraj untuk berpesta dan bersambutan tak tentu kalu (kata orang Terengganu). Yang padahnya selepas membuat kiraan ‘countdown’ 10, 9, 8, 7,… tepat jam 12 malam, sepuluh bulan lagi kita akan mengira 1, 2, 3…100 orang bayi baharu lahir dan dibuang.
Apa yang untung, apa yang rugi? Selagi tidak kembali kepada fitrah dan Islam yang memandu, dengan negara diterajui pula oleh para fusaqa’, maka Tsunami akhlak tetap melanda. Akhirnya, apa alternatif untuk sambutan tahun baharu ini?
Azhan: Kepada sahabat2 yang disayangi, elakkan terjebak dalam gejala ni ya...jangan campak diri kita dalam kebinasaan.

SELAMAT TAHUN BARU UNTUK BAPAK MENTERI

Selamat Tahun baru untuk bapak Menteri

Khamis, 30 Disember 2010

APA SUDAH JADI..MAU JADI APA..?

Gobalakrishnan, yang lebih dikenali sebagai Gobala berkata, sekiranya kuil itu tidak dibuka semula dalam masa seminggu, beliau akan menganjurkan siri jelajah ke seluruh negara untuk "mendedahkan salahlaku Anwar terhadap penganut Hindu".

"Jika kuil itu tidak dibuka semula dalam masa seminggu, perkara pertama apa yang akan kita lakukan ialah untuk berarak ke kuil tersebut, dan kemudiannya kami memulakan jelajah tersebut," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

YB DR XAVIER AKAN DISIASAT..? POLIS DAH READY..

Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes bekas Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, K.S. Kottapan yang mendakwa ditumbuk dan ditendang oleh seorang anggota Exco Kerajaan Selangor semasa sesi pemilihan peringkat cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR), Kota Raja pada 26 Sept lepas.


Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata kertas siasatan itu telah dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan kini menunggu keputusan pejabat berkenaan.

“Pihak kami telah menghantar kertas siasatan yang sudah lengkap tersebut dan kini menunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita selepas melawat IPD Shah Alam.

Dalam insiden yang berlaku di Dewan Bandaraya Shah Alam (MBSA), Bukit Naga, Kottapan mendakwa ditendang dan ditumbuk pencabarnya YB Dr A. Xavier Jayakumar yang bertanding bagi jawatan ketua cabang PKR Kota Raja ketika itu, beberapa kali.

sini 

Rabu, 29 Disember 2010

BERITA GEMPAR !!!!! NAJIB UMUM.......

Perdana Menteri mengisytiharkan hari Jumaat, 31 Disember 2010, sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki malam tadi.

MCA BAGI JPJ RM 1.5 JUTA

Nombor pendaftaran kenderaan "MCA 1" yang ditender pada harga RM300,100, harga tertinggi untuk nombor plat kenderaan di Malaysia setakat ini, dimiliki Asset Nusa Sdn Bhd, sebuah syarikat dari Johor Baharu.

Syarikat yang sama juga berjaya mendapatkan nombor pendaftaran "MCA 2" yang ditender pada harga RM101,000, kata jurucakap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)Melaka.

"Kita akan menghantar surat jawapan kepada semua pembida yang berjaya dalam masa dua minggu dan selepas itu surat jawapan bagi mereka yang tidak berjaya turut dihantar secara berperingkat," kata jurucakap itu kepada pemberita di ibu pejabat JPJ Melaka.
 Bidaan bagi nombor pendaftaran "MCA 1" itu mengatasi "TAY 1" yang sebelum ini ditender pada harga RM242,000 dan "TAN 1" sebanyak RM200,900.

Pengerusi MCA Melaka Datuk Gan Tian Loo pula memiliki "MCA 5" bernilai RM28,600 manakala "MCA 7" dimiliki Anggota Jawatankuasa Pusat MCA Datuk Koh Nai Kwong.

"MCA 3" bernilai RM50,000 pula menjadi milik Koh Chong Kok, "MCA 4" bernilai RM14,444 dimiliki Noraini Abdul Ghapor, "MCA 8" dimiliki Oh Swee Yen pada harga RM88,168 dan "MCA 2020" bernilai RM320 dimiliki Angeline Tai Yin Yen.

Parti MCA pusat turut membeli nombor pendaftaran "MCA 1949" untuk memperingati penubuhan parti itu dengan nilai RM2,200 dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menggunakan nombor pendaftaran "MCA 1010" bernilai RM550 manakala 1Malaysia Community Alliance Foundation menggunakan "MCA 1999" bernilai RM310.

"Nombor pendaftaran "MCA 888" pula mendapat tender terbanyak iaitu 15 bidaan dengan yang tertinggi pada harga RM15,400," kata jurucakap itu.

Individu yang berjaya mendapatkan nombor pendaftaran itu ialah Lee Mun Sang.

JPJ dianggarkan mengutip RM1.5 juta hasil tempahan nombor pendaftaran siri "MCA"

sini 

PERSIDANGAN CUEPACS TIDAK SAH...?

Dilihat sebagai kali pertama dalam sejarah Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), keputusan pemilihan minggu lalu kini dipertikaikan dan mahu diisytiharkan sebagai tidak sah.


Sekurang-kurangnya lima kesatuan gabungan Cuepacs membawa pertikaian berhubung tatacara pemilihan yang menyaksikan presidennya Omar Osman, yang kontrak perkhidmatan beliau dikatakan disambung setahun, dibawa ke perhatian Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja untuk tindakan susulan — diisytiharkan sebagai melanggar peraturan dan undang-undang kesatuan sekerja.

Pemimpin-pemimpin kesatuan itu juga mahu satu pemilihan baru diadakan. Pemilihan minggu lalu diadakan sempena persidangan tritahunannya yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam memorandum yang dikemukakan petang ini, antara lain kesatuan-kesatuan tersebut menggariskan Cuepacs telah gagal mematuhi tatacara pemilihan.

“Salah satu perkara yang menjadi pertikaian ialah sekretariat Cuepacs telah gagal mematuhi keperluan memberikan notis pemilihan lapan minggu sebagaimana dikehendaki oleh perlembagaan Cuepacs,” kata bekas setiausaha agung Ahmad Shah Mohd Zin kepada The Malaysian Insider.

“Ini pelanggaran yang jelas dan bertentangan dengan perlembagaan Cuepacs,” kata Ahmad Shah yang berada di Mekah untuk menunaikan haji.

The Malaysian Insider difahamkan notis itu dikeluarkan minggu kedua bulan November manakala persidangan perwakilan tritahunannya, yang dirasmikan pada 21 Disember.

Dengan pemilihan diadakan pada 22 Disember, sesi pencalonan pemilihan ditutup 30 November manakala pengesahan penerimaan adalah pada 15 Disember.

Ahmad Shah yang juga Setiausaha Agung Kesatria berkata, sekretariat Cuepacs juga telah gagal mewartakan tempat pemilihan sebagaimana dikehendaki oleh Akta Kesatuan Sekerja.

Malah mereka juga mempertikaikan pelanggaran keputusan tidak diumumkan pada hari yang sama, sebaliknya pada keesokan hari.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut. “Kami berharap Jabatan Kesatuan Sekerja akan menyiasat dengan rapi dan mengarahkan satu pemilihan baru diadakan,” kata beliau.

sumber 

DIA PERNAH KATA"TETAP LAWAN TETAP"

Gobala minta dia dipecat...pastu lompat..!!!! main drama dulu...hentam PKR sempena PRK Tenang..

Selasa, 28 Disember 2010

MCA RM300 RIBU,TAN RM 200 RIBU

Keputusan penuh tender nombor pendaftaran MCA akan dipamerkan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka dan boleh disemak melalui laman web JPJ mulai pagi esok.
 
Sebanyak 965 permohonan tender telah diterima oleh JPJ bagi pendaftaran kenderaan ‘MCA’, siri nombor 1 hingga 9999 bermula 24 Nov hingga 14 Dis lepas. 

“Antara nombor pendaftaran yang ditender pada harga tertinggi adalah nombor pendaftaran ‘MCA 1′ pada harga RM 300,100, ‘MCA 2′ pada harga RM101,000 dan ‘MCA 8′ pada harga RM88,168,” menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan.

Katanya, tender nombor pendaftaran terbanyak diterima oleh JPJ adalah ‘MCA 888′ dengan 15 bidaan tender yang ditawarkan pada harga RM15,400.

Nombor pendaftaran siri ‘MCA 1′ merupakan nombor pendaftaran yang mendapat bidaan tender harga tertinggi diikuti dengan siri ‘TAY 1′ yang ditender pada harga RM242,000 dan ‘TAN 1′ yang ditender pada harga RM200,900, katanya.

Katanya, menerusi bidaan-bidaan proses tender dan tempahan nombor pendaftaran siri ‘MCA’, JPJ dijangka mengutip sebanyak RM1.5 juta sebagai hasil kepada kerajaan.

Hasil berkenaan merupakan kutipan tertinggi dan peningkatan sebanyak tiga kali ganda bagi JPJ Melaka untuk urus niaga tender dan tempahan nombor pendaftaran berbanding siri sebelumnya di mana purata kutipan hasil adalah sebanyak RM500,000 untuk setiap siri, katanya. 

Katanya secara purata JPJ mengutip antara RM145 dan RM150 juta setahun melalui urus niaga tender dan tempahan nombor pendaftaran berbanding kutipan keseluruhan berjumlah RM2.5 bilion setahun.

ADAKAH NAJIB AKAN MENANG JUGA KALI NI?

Dulu di Perak...kini di Selangor...

3 CERITA ORANG YANG SAMA

 CERITA 1

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Buku Negara 2010, pada majlis Anugerah Buku Negara di sini malam tadi.
Anugerah yang disampaikan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor itu sebagai menghargai jasa beliau yang berjuang dalam bidang penulisan dan penerbitan buku.
(copy:akhbar tempatan pro kerajaan)

 
 CERITA 2

Woooiiitttt.... RAIS YATIM.... dah dua tiga hari berita ni tersebar apasal lu senyap jer.... lu kan Menteri yang jaga Warisan dan banyak baca buku kan.... sampai dapat anugerah Tokoh Buku Malaysia... takan lu tak tau pepatah ni.... "Kalau diam jer.... itu tandanya setujulah..."...

hahaha.... apakah lu bersetuju dengan tuduhan tersebut.... kalau tak setuju tolong nafikan.... dan saman semua pemfitnah2 tersebut termasuklah wikileaks dan akhbar2 indonesia tu...

 
Dan jikalau betul lebih baik lu letak jawatan, balik jelebu pergi bakar jambatan bosi kat batu kikir tu.... tak pun lu buat harakiri.... mana mau letak muka woooiiii..... takan lu nak harap "win..win.. situation" lagi kot.... itu Pulau Batu Putih takda suara bhai.... lu boleh kelentong apa saja...

Sekali ini lu nak kelentong apa lagi bhai..... apa punya haprak la... menteri kat malaysia nih..... jadi...
Penafian lu sebagai yang di tuduh... amat diperlukan..... jeng...jeng...jeng....!!!!
 (copy:ikutsukaaku)


 CERITA 3

Kumpulan Media Prima Berhad perlu membuat penilaian semula berhubung etika berpakaian dalam majlis anugerah anjurannya berikutan kekecewaan beberapa pihak mengenai artis wanita berpakaian tidak sopan dan seksi pada Majlis Anugerah Skrin TV3 2010, semalam.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, ini kerana anugerah tersebut bertujuan memberi penghargaan kepada filem, drama dan pelakon terbaik.


"Saya sebagai Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan malam tadi hanya beri fokus kepada mutu filem dan drama dipertandingkan. Saya tidak tumpukan kepada pakaian setiap artis yang hadir.

"Tetapi sekiranya ada keadaan menjolok mata dan tidak menyerikan majlis, Media Prima melalui anak syarikatnya, TV3 perlu nilai semula supaya ia tidak berulang pada anugerah akan datang," katanya.

(copy:batugajahmari)

ISTANA SETUJU PELANTIKAN MOHD KHUSRIN

Pelantikan Pengarah Jais Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)Selangor yang baru muktamad, kata Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani.
 
Laporan itu dilihat menafikan pendirian kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat.

Munir berkata keputusan itu dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan telah pun mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Pada pandangan saya, keputusan itu ‘confirm’ kerana Tuanku telah memberi perkenan melantik beliau,” kata beliau dipetik Sinar Harian hari ini.

Munir berkata dalam Perlembagaan Negeri Selangor, kuasa pelantikan terletak pada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Dalam kenyataan dikeluarkan petang semalam kira-kira tiga jam selepas pengumuman oleh Putrajaya, kerajaan negeri Selangor dan pusat dilihat terlibat dalam ‘konflik awal’ ekoran pendirian pentadbiran Pakatan Rakyat itu yang menegaskan bahawa pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baru sebenarnya belum muktamad.

Kenyataan Pejabat Menteri Besar Selangor berkata, cadangan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru oleh kerajaan pusat tidak pernah dimaklumkan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Justeru, Menteri Besar telah menghantar surat kepada Sultan Selangor memaklumkan bahawa beliau tidak dihubungi tentang cadangan tersebut,” kata kenyataan itu lagi. sini

PERAK NEWS: ADA DEMO DI KPJ IPOH..?

DEMONSTRASI seorang ibu meninggalkan bayi yang baru dilahirkan di Pusat Perlindungan Bayi di KPJ Ipoh Specialist Hospital yang juga pertama diwujudkan di hospital bagi menyelamatkan bayi yang baru dilahirkan serta dengan matlamat untuk mengurangkan kes pembuangan bayi pada majlis pelancaran pusat berkenaan di Ipoh.


TINDAKAN DISIPLIN KEATAS GOPI

Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mempertimbangkan tindakan disiplin ke atas Ahli Parlimennya N. Gobalakrishnan, yang dilihat mula memberontak dengan kecaman-kecaman pedas terhadap kepimpinan parti itu, bulan depan.


Setiausaha agung parti Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan bahawa beliau telah menerima banyak aduan daripada akar umbi berhubung tindakan wakil rakyat Padang Serai itu menyerang beberapa pemimpinnya menerusi Twitter.

Saifuddin berkata, beliau akan memanjangkan aduan-aduan yang diterima kepada pemimpin parti ketika mesyuarat biro politik bulan depan, yang lazimnya bertemu setiap minggu, untuk membincangkan nasib Gobalakrishnan.

“Saya akan membangkitkan perkara ini dan menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi. Saya tidak boleh mengambil tindakan disiplin ke atas beliau tanpa membawa perkara ini kepada pemimpin-pemimpin parti.

“Menerusi perbincangan, biro politik akan membincangkan sama ada perlu mengeluarkan surat tunjuk sebab,” kata beliau ketika dihubungi:sini

Isnin, 27 Disember 2010

PERAK NEWS: SAPA LA YANG UGUT MAMAT NI..?

Berikutan kelantangannya mendedahkan mengenai 100 ahli PKR Cabang Kuala Kangsar keluar parti, bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) cabang itu, Adam Haris Abdullah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur amaran.

Menurutnya, mesej itu diterimanya sebaik sahaja berita mengenai ahli PKR yang keluar parti itu disiarkan akhbar Sinar Harian kelmarin.


Beliau berkata, SMS amaran yang dihantar itu memintanya supaya tidak lagi membuat sebarang kenyataan berkaitan PKR setelah keluar dari parti itu.

“Saya tidak kenal siapa yang mengirimkan SMS itu memandang nombor telefon yang digunakan tiada dalam simpanan. Ini adalah cubaan mereka untuk cuba menutup mulut saya dan ia tidak akan berhasil,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Kata beliau, usaha mereka itu sia-sia kerana selepas ini lebih banyak pendedahan yang akan dibuat mengenai pemimpin PKR yang korup prinsip, tamak dan penipu.

“Saya akan gempur PKR Perak habis-habisan sehingga mereka insaf dan bertaubat. Dalam masa terdekat akan ada 150 lagi ahli PKR yang akan keluar parti,” katanya.

Menurut beliau, dalam sms yang dihantar itu juga turut mengatakan bahawa beliau akan menerima ganjaran daripada Barisan Nasional (BN) atas pendedahannya itu.

Beliau berkata, penghantar SMS itu juga turut memberi amaran supaya lebih berhati-hati dan akan menghadapi masalah tidak lama lagi.

Mengenai tindakannya selepas ini, Adam Haris tidak berhasrat untuk membuat laporan polis mengenai SMS yang diterimanya itu dan menganggapnya ia sebagai cubaan supaya berdiam diri daripada mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam PKR.

LELAKI MELAYU TERAKHIR DI SELANGOR ?


Dia ni nak jaga hubungan Kerajaan PR Selangor dengan Kerajaan Pusat..?
Menjahamankan boleh le..!!!

Ahad, 26 Disember 2010

50-50

SEBELUM FINAL( LAGI 20 MINIT) : SAKSIKAN KISAH INI

GAMBAR YANG BUAT DATUK AZIZ SATTAR "KENYANG" MALAM TADI



Wowwww.!!!!!! Kalau kami berdiri di tempat Aziz Sattar pun pasti akan menggelupur kepanasan melihat kecantikan, keayuan dan keseksian wanita ini. Inilah pemenang bagi Anugerah Videografi Terbaik dari krew Datang Bulan. 

Fesyen baju dia memang da bom betul. Marvelous. Menangis Hantu Mak Limah tengok beb!

Lagi gambar si wanita yang mampu buat semua lelaki menggelupur dengan membaca entri ini sepenuhnya. 

Kredit gambar sepenuhnya kepada blog RunWitMe.

NAZRI MASIH TUNGGU ANWAR

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz masih menunggu ‘pembongkaran’ bukti kaitan APCO Worldwide dengan konsep 1Malaysia yang dikatakan akan dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Menurutnya, beliau akan terus menanti Anwar untuk berbuat demikian walaupun telah hampir sembilan bulan menunggunya sejak 17 Mac lalu.

Tegasnya, Ketua Pembangkang itu telah diberi kesempatan secukupnya untuk membela diri daripada digantung selama enam bulan tetapi Anwar terus melawan dan mempertahankan ‘kebenarannya’.

“Seminggu sebelum 16 Disember lalu iaitu apabila Anwar digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat, menerusi wakilnya, saya sudah maklumkan akan membentangkan usul pergantungan tersebut serta bilangan orang yang berhujah di dalam Dewan.

“Malah saya sudah minta kelulusan daripada Jemaah Menteri untuk meluluskan satu hari untuk membincangkan isu Anwar sahaja dan persidangan itu boleh dijalankan dari pukul 10 pagi sehingga tengah malam,” katanya.

Nazri turut membidas kenyataan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail yang mendakwa kalau kerajaan boleh membelanjakan RM77 juta untuk Apco, maka mereka juga boleh membeli surat daripada agensi itu. 

“Tetapi saya ingin memberitahu, bahawa itu sebenarnya cara PKR, sanggup membayar orang lain untuk membuat penipuan. Mereka bayar P. Balasubramaniam untuk mengeluarkan akuan bersumpah palsu,” katanya.

Mengenai kenyataan Prof. Abdul Aziz Bari yang mengibaratkan isi kandungan surat Apco sebagai ‘seorang pencuri tetapi menafikan ia mencuri’, Mohamed Nazri berkata: 

“Apco sekurang-kurangnya berani menulis surat mengatakan mereka tidak melakukan perkara seperti yang didakwa.”
 
Menurutnya, jika Abdul Aziz boleh berkata demikian, maka beliau juga berhak mengatakan Anwar sebagai seorang peliwat, tetapi tidak mengaku melakukan perbuatan liwat.

“Namun, orang kuat Abdul Aziz itu tidak berani berdepan di mahkamah mengatakan bahawa dia tidak meliwat sebaliknya cuba menggagalkan kes liwat terhadap Mohd. Saiful Bukhari Azlan itu,” katanya.


Dalam perkembangan sama, Mohamed Nazri berkata, beliau berharap BN akan terus mendapat sokongan kerana kerajaan tidak pernah menipu rakyat demi mempertahankan kedudukan.

Sabtu, 25 Disember 2010

1 MALAYSIA BUKAN ALAT POLITIK TAPI.....?

Konsep 1 Malaysia bukan alat politik Barisan Nasional (BN) tetapi bertujuan menyemai perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum demi pembinaan negara, tegas Datuk Seri Najib Razak petang ini. 


Perdana Menteri menggunakan perjumpaan sempena Hari Natal hari ini untuk mempertahankan konsep yang beliau perkenalkan tahun lalu ekoran keputusan kerajaan negeri Selangor melarang penggunaan logo 1 Malaysia pada papan-papan iklan atas alasan ia alat politik dan bercanggah dengan peraturan pihak berkuasa tempatan.

“Perjumpaan-perjumpaan seperti ini adalah gambaran (konsep) 1 Malaysia di mana kita boleh berkumpul demi satu tujuan untuk memperlihatkan perpaduan dan (semangat) kekitaan,” kata beliau pada majlis jamuan teh sempena Hari Krismas anjuran Persekutuan Kristian Malaysia di sini hari ini.

“Walaupun ada yang beranggapan bahawa ia (konsep 1 Malaysia) adalah untuk tujuan politik tetapi sebenarnya ia bagi tujuan pembinaan negara.

“Ia untuk kita bersama dan merasakan bahawa kita milik sebuah negara, satu bangsa dengan satu visi dan bagi kita bergerak bersama untuk membangunkan negara abad ke-21 yang benar-benar makmur, harmoni dan berjaya, demi semua rakyat Malaysia,” kata pengerusi Barisan Nasional (BN) ini.

Najib berkata, agama mengajar setiap orang agar mengamalkan toleransi dan menghormati kepercayaan dan amalan-amalan penganut agama lain.

“Dalam masyarakat pelbagai kaum, kita mesti secara konsisten mengingatkan diri kita tentang nilai yang menyatukan kita.

“Kita terikat dengan warisan bersama. Kita terikat dengan keperluan untuk bekerjasama ke arah sebuah negara untuk menghadapi cabaran di depan kita,” kata presiden Umno ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa tindakan kerajaan Selangor mengharamkan penggunaan logo 1 Malaysia pada papan iklan di negeri itu menggambarkan kegentaran pembangkang terhadap populariti gagasan itu.

Timbalan Perdana Menteri berkata populariti 1 Malaysia yang dilhamkan oleh Najib telah menjadi semakin meluas dan diterima oleh rakyat Malaysia.baca terus

RM 100,916...

Felda akan membayar Bonus Insentif Produktiviti kepada para peneroka di tanah rancangan seluruh negara berjumlah RM100,916,600.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan peneroka terhadap kemajuan industri sawit dan getah negara selain sebagai insentif kerana menghantar hasil melalui Felda.

Beliau berkata, kadar bayaran bonus yang dibayar pada tahun ini ialah minimum RM400 dan maksimum RM1,200 bergantung kepada penghantaran hasil.

"Pembayaran bonus insentif ini melibatkan seramai 94,281 atau 83.70 peratus daripada 112,635 peneroka Felda seluruh negara. 

"Bayaran Bonus Insentif Produktiviti Peneroka 2010 akan dibayar secara tunai di pejabat rancangan pada awal Januari 2011,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – Bernama

PERAK NEWS: 100 AHLI PKR KUALA KANGSAR KELUAR PKR: YE KE NIII?

Seramai 100 ahli PKR Cabang Kuala Kangsar bertindak keluar parti setelah kecewa dengan kepimpinan negeri dan pusat yang hanya mementingkan kuasa, kedudukan serta wang ringgit daripada kebajikan ahli.

Bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Kuala Kangsar, Adam Haris Abdullah berkata, semua ahli yang terlibat sudah menyerahkan borang kepada beliau untuk diserahkan ke Pejabat Perhubungan PKR negeri.


Menurutnya, selepas ini akan ada lagi ahli PKR akan isytihar keluar parti secara berperingkat kerana terlalu kecewa dengan parti yang sudah tidak mempunyai hala tuju.

“Pemimpin PKR juga semakin taasub dengan dunia ciptaan sendiri, gilakan kuasa, sanggup membohong rakyat dan penyelewengan berleluasa.

“Kerakusan ini semakin menjadi-jadi berpunca daripada pemimpin yang sudah lupa diri dan perjuangan parti,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Dalam perkembangan lain, Adam Haris menyelar kenyataan Ketua Penerangan PKR Negeri, Zulkifli Ibrahim yang menyifatkan beliau sebagai pembohong dengan menyebarkan isu tidak betul mengenai parti berkenaan.

“Siapa pembohong sebenarnya, siapa pula yang menjadi dalang kepada kejatuhan kerajaan PR pada Februari 2008. Jika tidak ingat, saya boleh ingatkan pada masa kejatuhan kerajaan PR di Perak.

“Beliau (Zulkifli) adalah Pemangku Pengerusi PKR Negeri dan pada masa itu seolah-olah beliau tidak mempunyai apa-apa peranan untuk menyelamatkan kejatuhan ini.

“Sepatutnya, beliau sebagai Pemangku Pengerusi memainkan peranan supaya dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PKR tidak bertindak keluar parti, bukan bertindak sebagai pemerhati sahaja,” katanya.

Beliau berkata, inilah sikap pemimpin PKR yang selalu menuding jari ke arah lain, walhal apa berlaku adalah kesilapan diri sendiri.

“Saya nasihatkan Zulkifli supaya cermin diri dulu sebelum menyalahkan mana-mana pihak kerana jika tersalah beliau sendiri menanggung aib,” katanya. 


Adam..Adam..udah le tuuu..!! jadi-jadi le.. 

Jumaat, 24 Disember 2010

ANWAR PEMIMPIN PASAR MALAM- NAZRI AZIZ


Dato Seri Nazri Aziz menyatakan Anwar Ibrahim ni taraf Pasar Malam sahaja kerana menyampaikan penjelasan mengenai APCO di ceramah ceramah nya yang di adakan sekitar pasar pasar malam.

Di Parlimen Anwar Ibrahim Kecut Telor. sumber

PERAK NEWS: UDAH-UDAH LE TU..DUDUK DIAM JE LAA

Pas digesa bersikap lebih tegas terhadap rakan pakatan mereka terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk meletakkan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Bekas Pemangku Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri, Faizal Effendi Hashim berkata, kepimpinan tertinggi Pas Negeri haruslah bersikap tegas untuk menuntut kembali kerusi DUN yang diberikan kepada PKR pada PRU lepas memandangkan sikap pemimpin PKR tidak setia serta sentiasa berubah.


Menurutnya, lebih baik Pas mengetuai kepimpinan PR negeri berbanding PKR mahupun DAP kerana sehingga ke hari ini Pas dilihat mempunyai kekuatan jentera bagi menerajui PRU akan datang.

“Dalam masa sama, saya menggesa DAP memberi kerusi kepada Pas dalam kawasan DUN majoriti Cina serta India, manakala Pas pula memberi laluan kepada DAP bagi kawasan majoriti Melayu untuk membuktikan jalinan setia kawan antara mereka.

“Saya yakin DAP dan Pas dapat memberi laluan kepada calon masing-masing berbanding PKR kerana hubungan DAP serta Pas dilihat lebih rapat daripada PKR,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Faizal Effendi berkata, punca kejatuhan Kerajaan PR di Perak adalah berpunca dari pemimpin PKR yang tidak yakin dengan hala tuju parti serta banyak berlaku unsur penyelewengan.

Sebab itu, katanya, Pas perlu sedar kelemahan ini dan perlu mengambil pendekatan terancang untuk mengkaji semula kedudukan kerusi bagi PKR, tambahan lagi dengan pelbagai kemelut melanda PKR.

“Besar kemungkinan juga, bangsa Melayu akan menolak PKR memandangkan isu Ketuanan Melayu yang dilontarkan oleh pemimpin tertinggi PKR.

“Hasil kajian rambang menunjukkan masyarakat Melayu sudah hilang kepercayaan dan naik muak dengan kepimpinan PKR yang suka menabur fitnah demi kepentingan politik peribadi mereka,” katanya.

Beliau berkata, pemimpin PKR perlu bermuhasabah diri terhadap apa yang telah berlaku bukannya masih mendongak ke langit serta mendabik dada, masih tidak mengakui kelemahan mereka.

Khamis, 23 Disember 2010

SAYA JAWAB ISU ZINA...UMNO TOLONG BUKTIKAN

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selising, Drs Saipul Bahrin Mohamad mencabar Umno mengemukakan bukti jika ada kononnya beliau pernah ditangkap ‘berzina’ dengan isteri orang dalam koc VIP kereta api ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan.




Beliau membuat cabaran itu ekoran pendedahan Umno Online kelmarin, yang memetik Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian yang mencabar Saipul Bahrin atau PAS sendiri supaya memberikan penjelasan mengenai dakwaan itu.


“Mengapa nak cabar PAS beri penjelasan, cukup saya sahaja yang beri penjelasan. Kalau ada laporan Majlis Agama Islam sila dedahkan, kalau ada video skandal saya, sila dedahkanlah.


“Ini satu fitnah untuk menjatuhkan saya, sebelum (pilihan raya umum) 2008 lagi Umno buat isu ini untuk fitnah saya, bukan isu yang baru.
 
“Saya baru balik dari Mekah tiga hari lalu, saya sudah membaca kesemua laporan blog-blog Umno itu... benda-benda ini sebenarnya ditimbulkan sejak 2000 lagi.


“Hanya orang yang fitnah sahaja kata ada laporan, ada video dan ada gambar skandal saya kerana mereka pun tahu saya tak buat, kenapa tidak didakwa di mahkamah (kalau ada bukti),” ujarnya kepada The Malaysian Insider.


Pada 8 Mac 2008, Saipul Bahrin menewaskan calon Umno-BN Hashim Ismail dengan kelebihan 783 undi.
Naib Yang Dipertua PAS kawasan Pasir Puteh itu berkata, iltizam politik Umno memfitnahnya mungkin disebabkan tapak sokongan parti teras Barisan Nasional itu sejak kebelakangan ini kian rapuh apabila ahli dan penyokong mereka menyertai PAS dan menyokong Pakatan Rakyat.


“Banyak sebab mungkin mendesak mereka mahu menjatuhkan saya, (antaranya) sebelum saya ke Mekah, dua tiga orang PPM (Penyelia Pembangunan Mukim) yang dilantik Umno terbuka hati untuk meninggalkan Umno dan menyokong PAS.


“Lebih 100 ahli Umno di Selising bersama bekas ketua pemuda Umno (Selising) menyertai PAS sebelum saya ke Mekah, dua tiga hari ini saya diberitahu (bahawa) beberapa PPM dan pemimpin Umno tempatan menyerahkan borang sertai PAS,” ujarnya lagi.


Bahkan katanya, fitnah yang dihadapinya itu mungkin disebabkan krisis dalaman dalam Umno Bahagian Pasir Puteh sendiri.


“Umno (cawangan) Selising sendiri mungkin resah dan melenting apabila pemimpin masyarakat tempatan menolak perjuangan Umno sehingga mereka terpaksa import pemimpin luar (bahagian Umno) Pasir Puteh untuk menjadi ketua bahagian dengan beberapa pindaan perlembagaan (Umno peringkat bahagian),” ujarnya.
Dalam pada itu, Ketua Penerangan PAS Kelantan Dr Mohamed Fadzli Hassan turut senada dengan Saipul Bahrin mencabar Umno negeri dan pusat supaya mengemukakan bukti tanpa menyebarkan fitnah.
“Umno tak habis-habis fitnah PAS, kemukanlah bukti jangan sekadar buat dakwaan ‘kosong’,” ujar Fadzli yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan.


Kata Adun Temangan ini lagi, tindakan Umno itu adalah strategi mahu membunuh imej pemimpin-pemimpin PAS setelah mereka percaya bahawa ideologi perkauman parti mereka tidak mampu mengalahkan ideologi Islam yang dipopularkan PAS.


“Itulah strategi Umno, termasuk membunuh karakter individu dalam PAS kerana mereka tak boleh nak lawan ideologi kita, maka mereka pilih jalan fitnah untuk memburukkan wakil rakyat kita (PAS) dan Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) sendiri,” katanya.


Melihat pada tindak tanduk tersebut, kata beliau, PAS negeri sedang mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pengendali Umno Online dan beberapa pihak yang akan dinamakan kemudian jika wajar.


“Kita sedang meneliti beberapa pendedahan itu, kalau ada asas untuk dibuat pendakwaan kepada (pengendali) blog Umno itu, kita akan umumkan kemudian... nama-nama yang lain pun akan diumumkan kemudian selepas kita mengenal pasti mereka yang terlibat,” ujarnya.


Kelmarin, Umno Online turut melaporkan pengakuan saksi utama kes skandal tersebut iaitu Saidi Husin yang kini kononnya menjadi isu kontroversi dalam dunia blog, Youtube dan Facebook.


Saidi, lapor portal rasmi itu merupakan Ketua Keselamatan PAS Semarak merangkap Ketua Keselamatan Pondok-Pondok Negeri Kelantan sebelum meninggalkan PAS.


Blog itu turut mendesak Saipul Bahrin supaya tidak berdiam diri dan mengambil tanggungjawab menjelaskan isu skandal kontroversi tersebut.


Namun, laporan tersebut tidak mendedahkan klip video, gambar atau laporan bertanggungjawab mengenai skandal tersebut.

HJ OMAR KEKAL PRESIDEN CUEPACS

Omar Osman berjaya mempertahankan jawatan Presiden Cuepacs dengan kemenangan selesa meskipun berhadapan dengan isu beliau dilanjutkan kontrak perkhidmatan selama setahun lagi.


Malah, keputusan tidak rasmi yang diperoleh The Malaysian Insider menunjukkan, calon barisannya juga sapu bersih pemilihan kali ini kecuali jawatan setiausaha kewangan dan timbalan setiausaha kewangan masing-masing merupakan calon barisan saingan kumpulan Omar.

Tiga tahun lalu Omar menang jawatan presiden tanpa cabaran.

The Malaysian Insider difahamkan Omar memperoleh 815 undi manakala pencabarnya Ramli Omar, yang pernah cuba tiga kali, mendapat 153 undi.

Setiausaha Agung Ahmad Shah Mohd Zin gagal mengejut dalam usahanya mempertahankan jawatan itu.
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, Lok Yim Peng memperoleh 468 undi untuk mengambil alih jawatan itu.

Seorang lagi pencabar, Ku Azmi Ku Ibrahim, yang kali pertama bertanding jawatan setiausaha agung, mendapat 278 undi manakala Ahmad Shah menerima 263 undi.

Ramli berganding dengan Ahmad Shah yang mempertahankan jawatan setiausaha agung buat penggal ketiga.
Lok, yang turut dicalonkan bertanding jawatan timbalan presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), yang pemilihannya akan diadakan minggu depan.

Ini kali kedua wanita dipilih sebagai setiausaha agung Cuepacs.
Jawatan timbalan presiden pula dimenangi oleh Azih Muda dan Zainal Ismail.

Azih yang juga timbalan presiden semasa memperoleh undi tertinggi dan dijangka akan menggantikan Omar apabila beliau bersara tahun depan.

Tiga kerusi jawatan timbalan setiausaha agung dimenangi oleh Adnan Mat, Abd Rahman Norrdin dan Mohamad Baharom.

Jawatan setiausaha kewangan yang menyaksikan persaingan satu lawan satu dimenangi Ja’apar Mansor, yang menewaskan Samuel Devadasan.

Azhar Abdul Shukri menewaskan Hamzah Masri untuk menerajui jawatan timbalan setiausaha kewangan.

Persidangan Tritahunan Cuepacs dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, semalam.
Keputusan rasmi pemilihan akan diumumkan hari ini — pada hari terakhir persidangan.

Rabu, 22 Disember 2010

BETOI KE NI..KALAU ADA DIPLOMA BOLEH ELAK KEMALANGAN NGERI..?

Kerajaan hendaklah memastikan kesemua pemandu kenderaan berat sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan diploma sebagai langkah untuk mengelakkan berlakunya kemalangan ngeri melibatkan kenderaan seperti lori dan bas, kata Senator Datuk Idris Buang.


Beliau berkata pemandu kenderaan berat perlu dihantar ke institut-institut teknikal yang menawarkan kursus menjurus kepada pekerjaan mereka.

"Pada masa yang sama, gaji pemandu juga perlu dinaikkan setelah mereka mendapat kelulusan tersebut... jadi setelah perkara-perkara ini diimplementasi, isu seperti ini tidak akan berlaku kerana pemandu tersebut mempunyai kelayakan," katanya semasa membahaskan Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 di Dewan Negara, Rabu.

"Sekarang ini, ada di antara pemandu yang tidak ada lesen ataupun pernah mengambil dadah di mana ini akan memberi risiko yang tinggi kepada penumpang," katanya.

Idris percaya dengan pendedahan seperti ini pemandu akan mendalami tentang ciri-ciri teknikal seperti brek dan yang pentingnya tentang kebolehan kenderaan seperti bas dua tingkat untuk naik dan turun bukit dengan selesa.

Rang undang-undang, yang antara lain bertujuan memantapkan penguatkuasaan antara agensi iaitu JPJ, Polis Diraja Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, kemudiannya diluluskan dengan undi belah bahagian di mana seramai 20 orang bersetuju dan lapan orang tidak bersetuju.

PERAK NEWS: UST ZULKIFLI JUMUD

Timbalan Pesuruhjaya Pas I Negeri, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin menyanggah kenyataan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang mengaitkan DAP meniru strategi PAP dan menyifatkan kenyataan itu sebagai jumud.

Menurutnya, kenyataan itu merupakan pandangan cetek serta memperlihatkan sentimen perkauman yang menebal dalam diri Zulkifli.


“Pandangan yang dilontarkan oleh Zulkifli menunjukkan bahawa beliau ketinggalan serta mempunyai pemikiran kurang matang.


“Dalam masa sama, seolah-olah beliau mempunyai agenda tertentu yang mungkin didalangi oleh sesetengah pihak untuk menimbulkan kemarahan kepada umat Islam,” katanya ketika dihubungi semalam.


Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP Negeri, V Sivakumar berkata, DAP merupakan satu parti yang bersemangat nasionalis memperjuangkan hak semua rakyat Malaysia.


Katanya, tidak ada sebab untuk DAP memaparkan sifat jelmaan kepada PAP kerana kami mempunyai pemimpin yang unggul dan tidak perlu dikaitkan dengan idea orang asing.


“Tambah pula, DAP menjunjung prinsip Rukun Negara, Kepercayaan kepada Tuhan dan tidak pernah anti Islam atau mana-mana agama lain.


“Ini merupakan muslihat Barisan Nasional (BN) untuk membuat orang Islam benci kepada DAP dan meneruskan dasar pecah dan perintah,” katanya.


Setiausaha DAP Negeri, Nga Kor Ming pula menyifatkan Zulkifli berpandangan cetek dan boleh dikatakan tidak waras.


“Bagaimana beliau boleh mengatakan sedemikian sedangkan DAP adalah parti berbilang kaum yang berjuang untuk semua rakyat.


“Pemimpin DAP pernah berkorban untuk umat Islam sehingga dipenjara termasuk Lim Guan Eng,” katanya.


Beliau berkata, Zulkifli hanya alat kepada UMNO untuk menabur fitnah dan terbukti relevan apabila menyerang Pakatan Rakyat (PR).


“Saya berdoa agar beliau bertaubat dan kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat,” katanya.


Kelmarin, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menggesa masyarakat Islam di Malaysia perlu menolak DAP walaupun parti itu menggunakan pendekatan Islamik kerana jelas ia serupa dengan strategi PAP ketika parti utama Singapura itu mendapatkan kuasa.

PERAK NEWS: KEMELUT SIAPA PENGERUSI PKR PERAK..SAMPAI BILA..?


Kuasa perlantikan Pengerusi PKR Perak adalah hak Presiden dengan mengambil pandangan Ketua-Ketua Cabang di Perak. 

Esok ada lagi pertemuan Ketua-Ketua Cabang,Timbalan-Timbalan Ketua Cabang, Naib-Naib Ketua Cabang, Ketua-Ketua AMK Cabang serta Ketua-Ketua Wanita Cabang dengan Naib Presiden YB Fauziah Salleh. 

Sebelum ini satu pengundian telah dijalankan di kalangan Ketua-Ketua Cabang, dimana memihak kepada Mustaffa Kamil Ayub(gambar) 13 Mus-10 Dr Mohd Nor Manuty dan 1 undi rosak.

Esok bukanlah penentu siapa Pengerusi PKR Perak, tapi hanya  mendengar pandangan  dari akar umbi.

Dan sekiranya, pengundian masih dijalankan, dan Mustaffa Kamil Ayub menang, adakah akan diadakan pengundian kali ke-3..?

Siapa Pengerusi PKR Perak, itu hak Presiden. 

"SULTAN YANG SETAN" DI TAHAN POLIS

Polis telah menahan pemilik akaun facebook “Sultan Yang Setan” yang diburu sejak Ogos lepas kerana menyiarkan komen menghina institusi diraja Johor.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan, berkata lelaki berumur 40 tahun itu yang dipercayai mewujudkan akaun itu selepas kemangkatan Sultan Johor Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail pada Januari lepas, diberkas di ibu negara pada 29 November lepas.

Turut dirampas ialah lima telefon bimbit dan PDA pelbagai jenis, empat komputer riba, dan perkakas komputer, katanya kepada pemberita di Bukit Aman hari ini.

Satu pasukan petugas telah menyiasat kes itu selepas lima laporan polis dibuat tentang kewujudan laman itu.
Syed Ismail berkata siasatan mendapati lelaki yang berasal dari ibu Negara dan bergerak sendiri itu menyiarkan komen-komen yang mempunyai unsur menghina institusi diraja.

Akaun tersebut menggunakan alamat e-mel ‘‘pendekar.bentan@gmail.com” namun identiti yang digunakan adalah kepunyaan individu lain, katanya.

Sted Ismail berkata lelaki itu adalah bekas pelajar sebuah universiti tempatan.
“Motif suspek mewujudkan akaun itu adalah untuk memperjuangkan idealism sendiri kerana siasatan mendapati beliau tidak terlibat dengan mana-mana politik,” katanya.

Syed Ismail berakta lelaki mendapat pengetahuan untuk menggunakan internet melalui pembelajaran sendiri selain menggunakan perisian tertentu yang boleh menyembunyikan identitinya.
Katanya tiga orang telah ditahan berhubung kes seumpamanya.

“Kertas siasatan telah diserahkan kepada pendakwa raya untuk tindakan lanjut dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948,” katanya.

Beliau menasihati para pengguna internet supaya menjaga keselamatan alat-alat yang digunakan untuk membuat capaian internet seperti ‘‘wireless router’’ supaya mendaftar keluar jika tidak lagi digunakan.

“Jika tidak mahir dalam penggunaannya dapatkan nasihat pakar cara untuk menggunakannya selain berhati-hati jika ada orang yang tidak dikenali menggunakan capaian internet di rumah,” katanya.

Bagi pengguna laman sosial seperti Facebook, Myspace dan Friendster, Syed Ismail menasihatkan mereka supaya tidak mendedahkan maklumat diri dan gambar kepada individu tidak dikenali.

“Jangan tulis sebarang unsur fitnah dan hasutan yang boleh menggugat ketenteraman awam dalam laman-laman sosial kerana polis mampu mengesan sebarang hebahan yang salah,” katanya. sumber

Selasa, 21 Disember 2010

PERAK NEWS: PENGHIJRAHAN BERAMAI-RAMAI AHLI PKR PERAK KE KITA..?

Gelombang tsunami politik Perak bakal menempa sejarah tersendiri apabila akan berlaku penghijrahan besar-besaran ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) ke Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) bersama Datuk Zaid Ibrahim.

Bekas Ketua Penerangan PKR, Fauzi Muda berkata, gelombang tsunami itu juga melibatkan ahli serta para penyokong Pakatan Rakyat (PR) terutama PKR dan DAP ke parti KITA.

Menurutnya, beliau bersama rakan-rakan dari bekas dan ahli PKR serta DAP telah bersedia untuk menyertai KITA sebagai wadah baru politik kami.

“Jika sebelum ini saya terpaksa wujudkan Team Pakatan Bebas bersama-sama rakan seperjuangan dalam PKR dulu untuk terus berjuang, tapi kini saya bersyukur kerana Datuk Zaid telah berjaya menjelmakan satu wadah baru, kuasa dan budaya politik baru untuk kita semua rakyat Malaysia.

“Saya yakin dan percaya perjuangan parti KITA yang dipimpin oleh Datuk Zaid ini akan mampu menjadi kuasa baru politik tanah air,” katanya kepada sini, di sini, semalam.

Fauzi berkata, jika sebelum ini, mereka dijadikan sebagai pencacai PKR, yang akhirnya merugikan diri, kini beliau dan rakan-rakan bersedia bekerja dan berbakti untuk parti KITA demi kesejahteraan rakyat tanah air.

Katanya, KITA yang dipimpin oleh Datuk Zaid mampu menjadi parti pilihan rakyat berdasarkan budaya dan perjuangan parti yang benar-benar ikhlas, jujur, berani, bebas serta lantang serta berwawasan untuk masa depan rakyat serta negara.

“Tambahan lagi, Datuk Zaid adalah seorang pemimpin yang cukup berpengalaman dalam politik tanah air.

“Dengan cara dan sikap beliau yang tidak berpura-pura, tiada kepentingan diri, tegas, berani, lantang bersuara, jujur dan ikhlas, adalah layak untuk membawa politik KITA untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata, jika diterima dan diberi peluang oleh Datuk Zaid untuk berjuang dalam KITA ini, segala ilmu serta pengalaman semasa menubuhkan serta menggerakkan PKR dulu, akan dicurahkan sepenuhnya kepada parti KITA ini bersama dengan rakan-rakan pejuang lain.

“Oleh yang demikian, saya yakin Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan menyaksikan pertembungan sengit antara dua kuasa BN, PKR dan KITA,” katanya.

KRISIS ISTANA ANTARA MENARIK TAHUN 2010

Tahun 2010 menyaksikan pelbagai perkembangan menarik termasuk yang membabitkan keluarga diraja di beberapa negeri. Yang paling menonjol ialah perebutan takhta di Kelantan.

Tahun ini juga menyaksikan beberapa individu terkemuka didakwa atas tuduhan rasuah, termasuk bekas menteri pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik berhubung isu PKFZ serta bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berhubung pembelian tapak kediaman mewahnya di Shah Alam.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) juga turut mencuri perhatian umum. Ia muncul ketika Umno dilihat tidak mampu menyentuh isu-isu mengenai hak keistimewaan Melayu kerana bimbang kehilangan undi bukan Melayu.

Maka tugas tersebut diteruskan oleh PERKASA yang diketuai oleh ahli parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali.

Sementara itu, pemilihan langsung pucuk pimpinan PKR menjadi perhatian ekoran pelbagai kontroversi yang timbul, sehinggakan calon timbalan presidennya, Datuk Zaid Ibrahim keluar parti dan kini menganggotai parti baru.

Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pula memenangi jawatan presiden MCA Mac lalu, manakala Datuk Seri S Samy Vellu melepas jawatan presiden MIC baru-baru ini. Berikutan adalah Pilihan 10 bagi tahun ini.

Keluarga diraja di beberapa buah negeri menjadi perhatian media tahun ini.

Pergolakan membabitkan istana Kelantan menyaksikan sini antara dua adik beradik untuk menduduk takhta. Malah, ia turut dibawa ke mahkamah. Sultan yang lumpuh akibat serangan angin ahmar, digantikan oleh putera lelaki sulungnya.

Manakala keluarga diraja Perak pula menjadi tumpuan berhubung hak memerintah, apabila timbul persoalannya mengenai sini perlembagaan negeri berhubung perkara itu, dilakukan tergesa-gesa di Dewan Undangan Negeri.

Di Selangor pula, projek pembinaan sini yang diberikan kepada anggota keluarga diraja terbengkalai dan menjadi perhatian media.sumber

PERAK NEWS: WANITA CABANG PADANG RENGAS BUBAR?



2/3 Ahli Jawatankuasa Wanita Cabang Padang Rengas meletakan jawatan hari ini dalam satu mesyuarat  kerana hilang kepercayaan terhadap Ketua Wanita Cabang tersebut.

PANAS !!!! ADA 2 CERITA..SIAPAKAH YANG BENAR...?

Ceritanya begini...

Sebuah rumah (mungkin rumah rihat) seorang Ketua Bahagian Umno telah dijadikan sarang maksiat. Katanya dalam rumah itu menjadi tempat perjudian, karoake dan lebih mendukacitakan ia menjadi tempat persinggahan perempuan di waktu malam.


Kalau setakat berjudi, main teruk atau pakau dan berkaroake berduet antara jantan dan perempuan tidak masalah. Tetapi ada kegiatan yang lebih dahsyat dari itu .. pelacuran!


Pihak penguasa tempat mengetahui hal berkenaan. Tetapi tidak berjaya untuk membenteraskannya. Katanya ketua Umno bahagian berkenaan cukup kebal melindungi rumah rihat berkenaan.


Baru-baru ini rumah rihat berkenaan sudah pun diserbu oleh pihak berkuasa. Semasa serbuan itu dibuat ditemui seorang lelaki sedang berasmara dana dengan seorang perempuan.


Rumah berkenaan katanya dikhaskan kepada ahli-ahli dan Vip saja dan orang biasa tidak dibenarkan masuk.


Sekiranya maklumat ini benar sangatlah diharap pihak berkuasa polis, penguatkuasa agama atau pun Pasukan Anti Dadah (AADK) perlu bertindak tegas. Bukan saja setakat membuat serbuan tetapi rumah berkenaan perlu dipantau sepanjang masa.


Ingatlah kalau Tuhan menurunkan bala ke atas sesebuah kampung dan negeri itu ia bukan saja tertimpa atas batu jemala mereka yang melakukannya, tetapi turut terpalit kepada seluruh penduduk kampung dan negeri berkenaan. Weiiiiii..... jangan lari!
sumber

 ....................................................
Biarpun ianya peristiwa lalu namun ini adalah pengajaran kepada seluruh rakyat agar sedar diri bahawa PAS itu bukan Islam dan mereka juga mempunyai Nafsu yang sama seperti kita semua. Ada yang normal ada yang BUAS. itu lah namanya Manusia.

KAMI DESAK ADUN SELISING USTAZ SAIFUL BAHARI MELETAKKAN JAWATAN ADUN SELISING ATAUPUN MENYAMAN KAMI NADI RAKYAT. TEMPOH BERTENANG KAMI SEHINGGA BULAN DECEMBER INI.

Jika Tidak maka akan kami keluarkan pula Gambar gambar anda yang KOTE sedang Kebasahan dan Guru Wanita yang anda setubuhi itu yang hanya bertuala.sini

KAK WOK AKAN PANGKAH PAS

Kak Wok, penyokong tegar umno dah menyampah dengan UMNO..kali ni pilihanraya Kak Wok akan pangkah PAS katanye..kena tuko..tengok macam mana..????..Kak Wok marah pasai harga gula naik..Kak Wok ahli UMNO Cawangan Changkat Belengkor.. padan muka UMNO..!!!

Isnin, 20 Disember 2010

ANWAR DEWA HIDUP...?

Sebab itu saya katakan Anwar memberi keuntungan kepada sesiapa saja yang pandai ambil kesempatan tidak kira semasa beliau dalam kesusahan ataupun beliau berada dikemuncak kekuasaan ini. Barang kali inilah dikatakan Dewa hidup.sini

MANA ADA PENYELEWENGAN..?

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan sehingga kini belum menerima sebarang aduan rasmi mengenai penyelewengan pengagihan notebook 1Malaysia.


Timbalan menteri berkenaan Datuk Joseph Salang berkata bagaimanapun, kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bersama-sama Kementerian Pelajaran mengadakan pemantauan dan penambahbaikan proses pengagihan secara berterusan.

“Ini bagi memastikan tidak berlaku penyelewengan agar manfaat daripada inisiatif pengagihan notebook 1Malaysia itu dapat dinikmati oleh kumpulan sasar,” katanya menjawab soalan Senator Mumtaz Md Nawi di Dewan Negara hari ini.

Salang berkata pelaksanaan pengagihan notebook 1Malaysia dipantau oleh pejabat-pejabat wilayah SKMM di seluruh negara di mana maklum balas diperolehi daripada pelajar-pelajar sekolah yang telah menerima notebook serta pihak berkepentingan di negeri-negeri termasuk guru sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah dan ketua kampung berkenaan bagi menilai keberkesanan kaedah yang dijalankan.

Beliau berkata sejumlah RM1 bilion telah diperuntukkan untuk pelaksanaan projek notebook 1Malaysia melibatkan pengagihan sebanyak satu juta unit notebook beserta langganan pakej jalur lebar kepada pelajar-pelajar dari keluarga berpendapatan isi rumah di bawah RM3,000 dan juga kepada golongan berpendapatan rendah.

“Had pemberian bagi kedua-dua kumpulan sasar ini adalah satu unit computer riba bagi satu isi rumah,” katanya.

Salang berkata fasa satu yang melibatkan pengagihan sebanyak 123,000 unit komputer riba kepada kumpulan sasar telah dilaksanakan sebagai projek perintis.

“Fasa dua yang melibatkan 577,000 unit dan fasa tiga melibatkan 300,000 unit komputer riba sedang dalam proses pelaksanaan,” katanya. — Bernama

Jumaat, 17 Disember 2010

CERITA BERAHIM ALI , MUNGKAR NANGKIR DAN LORD MURUGAN?

“Saya paling lama berkawan dengan Anwar...letak jiwa dan raga serta jadikan idola. 
Tetapi apa yang berlaku hari ini amat memalukan,” kata MP Bebas Ibrahim Ali ketika bangkit bahas usul gantung tiga lagi ahli parlimen pembangkang kerana menghina Dewan dan membocorkan prosiding jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen berhubung isu Anwar -APCO.
Katanya, semua kekecohan itu untuk kepentingan politik Ketua Pembangkang itu termasuk putar belit isu yang boleh kelirukan rakyat mengenasi punca hukuman itu dikenakan terhadapnya.
“Beliau tak ada pilihan dan guna apa saja cara tutup kesalahan. Kerajaan mesti menjelaskan kepada rakyat mengapa tindakan itu diambil dan jelaskasn usul gantung beliau bukan satu penganiayaan,” tegas Ibrahim.
Dalam nada sindir, Ibrahim berkata, “Saya tak hairan kalau mati pun, masa jumpa Mungkar Nangkir Anwar minta tangguh nak bawa peguam dan peraturan mesyuarat,”.
Yang malang katanya, adalah rakyat Malaysia yang tidak mengenali Ketua Pembangkang tersebut.
“Siapa tak kenal, memang tahu dia pandai bercakap. Tetapi dia gunakan apa saja kepentingan untuk putar belit rakyat,” jelasnya lagi.
Kesimpulan semua kekecohan dibangkitkan pembangkang ketika ini kata Ibrahim, adalah kononnya semua masalah negara hanya akan selesai kalau Ketua Pembangkang jadi Perdana Menteri.
Sekali lagi Presiden Perkasa itu menyindir Anwar, “ Kalau anugerah Tuhan, tak jadi macam ini,”.
“Kalau anugerah Lord Murugan (Dewa Hindu) tak tahulah,” katanya.
Bagaimanapun, ahli parlimen Hulu Selangor P.Kamalanathan bangun mencelah, katanya “Lord Murugan pun tak bagi (anugerah kalau macam itu),”.
Ibrahim kemudian menarik balik apa diperkatakan pasal Dewa Hindu itu.sini

PERAK NEWS: BERITA SEMALAM..HJ MUS PENGERUSI PKR PERAK

Dalam undian yang dijalankan malam tadi, Mustaffa Kamil Ayub dapat 13 undi, Dr Mohd Nor Manuty dapat 10, 1 undi rosak. 

Dengan keputusan ini, Mustaffa bolehlah dianggap sebagai Pengerusi PKR Negeri Perak.

TOKOH BUKU NEGARA-KAH!KAH!

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Buku Negara 2010, pada majlis Anugerah Buku Negara di sini malam tadi. 

Anugerah yang disampaikan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor itu sebagai menghargai jasa beliau yang berjuang dalam bidang penulisan dan penerbitan buku.

Khamis, 16 Disember 2010

PANJANGKANLAH NYAWA BELIAU...YA ALLAH ! NANTI ADA PRK SUSAH KAMI...

ADUN Tenang, Datuk Sulaiman Taha masih terlantar di hospital selepas lebih sebulan berada di sana tetapi keadaannya dilaporkan stabil.

NONEAhli parlimen Labis, Chua Tee Yong, berkata keadaan kesihatan Sulaiman adalah 'stabil' tetapi enggan mengulas lanjut. Tenang adalah kerusi yang terletak di kawasan parlimen Tenang.

Sebelum ini, Sulaiman dimasukkan ke Hospital Segamat kerana mengadu tidak sihat.

Pada 24 November lalu, beliau dipindahkan ke hospital swasta, Hospital Pakar Ampang Putri di Kuala Lumpur.

Tenang dilihat sebagai kubu kuat Umno dan pada pilihan raya umum 2008, Sulaiman mengalahkan lawannya, Mohd Saim Siran dari PAS dengan kelebihan 2,492 undi.

Menurut perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya 2008, Tenang mempunyai 49.66 peratus pengundi Melayu, manakala Cina 38.13 peratus, India 12.11 peratus dan bangsa-bangsa lain 0.10 peratus.

Rabu, 15 Disember 2010

CUKUP MENARIK PERHATIAN TEMAN....



Tun Dr Mahathir Mohamad dianugerahkan gelaran Permanent LIFE Patron dan First Insaniah-IRTI 2010, yang disampaikan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak di Langkawi.

PERAK NEWS: SIAPA PENGERUSI PKR PERAK AKAN DITENTUKAN SECARA UNDI ANGKAT TANGAN..?

Siapa Pengerusi PKR Perak akan ditentukan malam esok melalui "undi angkat tangan". Dikatakan Dr Mansor Osman (Naib Presiden) akan bertindak sebagai "pengadil".

Adakah Datin Seri Presiden tidak boleh membuat keputusan..? atau masih sayangkan Mustaffa Kamil Ayub hingga terpaksa ditentukan melalui"undi angkat tangan".

Dr Lee Boon Chye yang disebut-sebut sebagai Pengerusi PKR Negeri Perak telah pun menyatakan sokongan penuh kepada Dr Mohd Nor Manuty sebagai Pengerusi PKR Negeri. 

Setakat malam tadi, 11 Ketua Cabang dan 2 ADUN telah menandatangai satu memo sebagai menyatakan sokongan kepada Dr Mohd Nor Manuty sebagai Pengerusi PKR Negeri.

Manakala Setiausaha Perhubungan PKR Perak, menyatakan 17 Ketua Cabang menyokong Mustaffa Kamil Ayub untuk dikekalkan sebagai Pengerusi PKR Perak dalam kenyataannya di Sinar Harian hari ini.

Cabang PKR di Perak ada 24 Cabang..( 17+11=28)...macam mana ni..?

PERAK NEWS: YE KE 17 KETUA CABANG YANG MENYOKONG HJ MUS..? HAHAHAHA!!!

Sebanyak 17 Cabang PKR Perak menyokong penuh Mustafa Kamil Ayub kekal sebagai Pengerusi PKR di negeri ini.

Setiausaha PKR Perak, Anuar Zakaria berkata, satu memorandum sudah disampaikan supaya Mustafa menyambung jawatan yang disandangnya sebelum ini.


Menurutnya, mereka menyokong Mustafa kerana rekod pencapaian yang ditunjukkan sepanjang menerajui Perak amat baik.


“Mustafa banyak membina keyakinan dan pemulihan imej dalam kalangan ahli sewaktu kejatuhan Pakatan Rakyat pada Februari tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.
sini

Isnin, 13 Disember 2010

SUDAH-SUDAHLAH TG NIK AZIZ..?

Sedangkan Sultan yang sakit... kerajaan PAS berjaya 'jatuhkan' Sultan yang gering dan digantikan Sultan yanglain.. tapi macam mana dengan PAS Kelantan..

Teringat cerita Firaun yang mahu berkuasa selagi ada hayat.. inilah juga cerita yang sentiasa dimainkan oleh puak-puak PAS ketika zaman Tun Mahathir jadi PM..


Peliknya, puak-puak PAS bila pemimpin mereka mengamalkan perkara yang sama.. nak memegang jawatan hingga akhir hayat, tak pulak mereka tuduh sebagai Firaun... bahkan mereka minta Firaun ini dikekalkan.




aspirasi-bangsa.blogspot

Ahad, 12 Disember 2010

MAIN DENGAN JANDA ANAK 5.....?

Apa yang PM tak tahu, apa yang kebanyakan orang UMNO tidak tahu tetapi orang UMNO Sungai Besar tahu ialah Dato Ghazali ini mempunyai hubungan istimewa dengan YB Noriah Kasnon, Janda anak 5.

Di kalangan pemimpin Sungai Besar ramai yang sudah bercakap mengenai kemunculan sebuah kereta plat kedah KY 77 tetapi tidak ramai yang tahu ia merupakan kereta Pegawai Khas Perdana Menteri bernama Dato' Ghazali Ibrahim.

Hubungan intim ini sangat menjelikkan kerana ia muncul lewat-lewat malam jika Noriah berada di Kawasan. Malahan menurut SB, kereta ini juga sering kelihatan di sebuah kondo milik Noriah di ibu kota. 

SIAPA KATA FELDA BANKRAP DIA ADALAH PENGKHIANAT BANGSA..WAKAKAKAKA!!!!

Datuk Seri Najib Razak menyifatkan pihak yang mendakwa Felda bankrap, sebagai pengkhianat bangsa, kerana sanggup menghina institusi itu yang telah banyak berjasa kepada rakyat. 

Perdana Menteri menjelaskan Felda sebenarnya merupakan sebuah institusi yang berjaya dan telah mengubah lanskap sosio-ekonomi negara selain mempunyai simpanan tunai yang banyak.

“Dua tiga hari lepas, saya bermesyuarat dengan pengurusan Felda, saya tengok akaun Felda. Kalau semua saham milik Felda yang tersenarai dalam Bursa Malaysia hari ini, kita cairkan, keuntungan atau pendapatan yang boleh Felda peroleh adalah sebanyak RM4.3 bilion.

“Siapa kata Felda bankrap... mana ada? Pengurusan Felda kata, jangan sebut tetapi banyak wang tunai kita ada dalam simpanan... (dan) selamat,” katanya ketika merasmikan majlis penutup Karnival Ikatan Hati Warga Felda (Iktiraf) 2010 di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi Felda, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor.sumber

SAYA AKAN MEMPERTAHANKAN KETUANAN MELAYU-UMMI

“Bagi kami sekeluarga, Azmin tetap darah daging kami. Bagaimana buruk sekalipun dia tetap abang saya. Seperti saya katakan tadi bertaubatlah dan kembali ke pangkal jalan.

“Kepada Anwar dan Wan Azizah juga saya pohon perkara yang sama,” kata Ummi Hafilda, 42, dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia keluaran hari ini.

Ummi Hafilda menambah, bagaimana hebatnya sekalipun seseorang, “Allah mengetahui kebenaran.”

“Jangan nanti mereka ditimpa bala semasa di dunia lagi,” kata Ummi Hafilda yang menegaskan bahawa perjuangannya tidak akan berhenti setakat ini sahaja.

“Malah saya akan menjadikan blog saya srikandi7.blogspot.com sebagai medan menentang mereka,” katanya.

Ummi Hafilda berkata memutuskan untuk kembali menentang Azmin dan Anwar atas alasan mereka sengaja mempertikaikan ketuanan Melayu.

“Sekiranya saya bercakap lebih-lebih, ia akan libatkan maruah keluarga.

“Bak kata pepatah tepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri,” kata ahli perniagaan ini.
sumber 

PERAK NEWS: DOKTOR - WARTAWAN SEBAGAI PENGUNDI POS?

Dewan Pemuda Pas Parit Buntar membantah cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mahu menjadikan golongan doktor, jururawat, juruterbang dan wartawan sebagai pengundi pos.

Pengarah Pilihan raya Pemuda Pas Parit Buntar, Adnan Abd Rahman berkata, sistem undi pos terhadap golongan profesional terbabit bakal menutup ruang demokrasi negara yang kian dipertikaikan rakyat.

Menurutnya, pihak tertentu akan mengambil kesempatan menerusi peruntukan undi pos itu khususnya dalam pilihan raya bagi mengekalkan kemenangan parti mereka.

“Apakah jaminan SPR agar ketelusan undi pos dapat dijalankan dengan baik memandangkan ada pengalaman anggota tentera yang tidak dapat mengundi pos semasa mereka bertugas, telah diundi oleh pihak atasan mereka,” katanya.

Adnan berkata, sistem undi pos telah lama dipertikaikan rakyat, malangnya kini ia ditambah, seolah-olah terdapat agenda di sebalik penambahan berkenaan.

“Tidak perlu ada lagi undi pos kerana pengundi ini boleh mengundi awal atau apa alasan sebenarnya masih diwujudkan undi pos itu.

“Sepatutnya undi pos dihapuskan kerana masih ada kaedah lain yang lebih telus dan demokratik,” katanya.

Katanya, beliau mempersoalkan keperluan SPR menjadikan golongan itu sebagai pengundi pos memandangkan suasana negara yang tidak mendesak sedemikian.

Sementara itu, Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri Kuala Kurau, Abdul Bahrain Desa berkata, perkembangan terbaru mendedahkan bahawa SPR menukar status pengundi awam terhadap isteri anggota tentera dan polis kepada pengundi pos.

“Ada bukti isteri anggota ini tidak memohon untuk menukar status itu tetapi SPR bertindak menukar status berkenaan.

“Terbaru anak-anak polis juga diminta mendaftar untuk dijadikan pengundi pos,” katanya.

Bahrain berkata, tindakan SPR itu dilihat seolah-olah menyambung ‘talian hayat’ UMNO dalam usaha mendominasi pemerintahan dengan memperkemaskan undi pos.

“Perkara ini dilakukan setelah mereka gagal mengharapkan undi dari kaum Cina dan India.

“Sekarang mereka menggunakan tongkat dan ‘talian hayat’ yang masih ada kepada mereka iaitu undi pos,” katanya.

Katanya, Pakatan Rakyat telah mengingatkan berulang kali bahawa Malaysia sebuah negara yang merdeka, sepatutnya tiada lagi undi pos, bahkan dihapuskan terus.

KETUA POLIS LETAK JAWATAN?

Polis berpangkat tinggi Britain menawarkan diri meletakkan jawatannya susulan sekumpulan pelajar yang berdemonstrasi membantah kenaikan yuran universiti di negara itu menyerang sebuah kereta yang membawa Putera Charles dan isteri, Camilla, beberapa hari lalu.

Serangan Khamis lalu disebabkan rancangan Perdana Menteri, David Cameron, menaikkan yuran universiti tiga kali ganda. 


Pasangan diraja itu selamat dalam tunjuk perasaan yang turut menyaksikan kejadian keganasan; bagaimanapun, sesuatu yang memalukan berlaku bagi pihak polis, khususnya menjelang hari perkahwinan anak lelaki mereka, Putera William tahun depan.

DATUK NALLA CABAR SHAMSIDAR

Isteri Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsidar Taharin dicabar menjelaskan perlakuan sebenar suaminya serta ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyelamatkan rakyat daripada terus ditipu.

Bekas rakan karib Anwar, Datuk S. Nallakaruppan berkata, beliau membuat cabaran itu kerana bosan terhadap kuasa 3A (Anwar, Azmin Ali dan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail) yang sehingga kini belum menjawab setiap cabaran dilakukannya kepada mereka agar menceritakan perkara sebenar.

Beliau amat yakin Shamsidar mempunyai pengetahuan luas mengenai Anwar kerana kedua-duanya mempunyai hubungan amat rapat suatu ketika dahulu.

"Shamsidar bukan saja arif mengenai suaminya, malah turut mengenali siapa Anwar sebenar.

"Dia tidak sepatutnya hanya memikirkan tentang suami tetapi perlu juga memikirkan kepentingan rakyat dan negara agar tidak terus ditipu dengan membongkarkan segalanya," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak semalam yang mendakwa parti itu tidak akan berubah menjadi lebih baik kerana ia adalah hak mutlak Anwar.

Menurut Saidatul Badru, bukti kepada dakwaannya itu adalah pemilihan yang berlangsung baru-baru ini didominasi oleh calon pilihan Anwar termasuk Azmin, Tian Chua dan anaknya, Nurul Izzah Anwar.

Nallakaruppan berkata, beliau dalam masa sama mahu Anwar jujur dan menjadi 'lelaki sejati' dengan mengakui kesilapan dan menceritakan kebenaran kepada umum.

"Usahlah terus menulis skrip filem untuk dilakonkan Azizah dan diarahkan Azmin. Rakyat bukan bodoh dan sentiasa menilai pergerakan anda sejak 1998 lagi," katanya.

Sementara itu, beliau turut menempelak sikap Ahli Parlimen pembangkang yang beria-ia mempertahankan Anwar daripada dikenakan tindakan ekoran mengaitkan Israel dengan gagasan 1Malaysia kelmarin.

"Kenyataan dikeluarkannya itu secara jelas hanya untuk mengaburi kes moral yang sedang dihadapi. Beliau cuba menutup segalanya dengan melakukan apa saja seolah-olah tidak melakukan kesalahan.

"Itulah yang dilakukannya pada 1998 dahulu hingga ramai orang terpedaya. Anwar melakukan bermacam-macam perkara demi menutup kesilapannya ketika itu, takkan mereka (pemimpin pembangkang) tidak tahu," katanya.

Wasabi Oyabun..

SAPA YANG MAKAN CABAI DIA RASA PEDAS...LAYANNNNN

Sabtu, 11 Disember 2010

MAAF YANG ARIF....MOHON PENJELASAN!

Pengerusi Yayasan Sosial Penyayang Tan Sri Robert Phang hari ini secara terbuka menggesa Peguam Negara agar membuat penjelasan berhubung dakwaand-dakwaan mengaitkannya dengan personaliti korporat berprofil tinggi, yang turut menimbulkan persoalan komitmen Putrajaya melawan rasuah.


Phang, yang juga anggota panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, cakap-cakap mengenai hubungan rapat Tan Sri Abdul Gani Patail  telah mencalar kedudukan beliau selaku penasihat perundangan tertinggi negara, yang secara tidak langsung membawa kepada persepsi bahawa kerajaan mengamalkan pendakwaan selektif.

Jaksa Pendamai ini menggariskan beberapa kes sebagai contoh, antara ketiadaan tindakan mahkamah di pihak kerajaan ke atas bekas pengerusi Penerbangan Malaysia (MAS) Tan Sri Tajudin Ramli berhubung dakwaan skandal kewangan yang membawa kepada kerugian RM8 bilion.

Phang juga mempersoalkan keputusan terbaru untuk mendakwa bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berhubung isu pembelian dua lot tanah dan banglo di bawah Kanun Keseksaan berbanding akta baru SPRM yang membawa hukuman lebih berat. sumber

NAJIB BERPESAN MENJELANG PRU

Jangan gadai negara ini kepada pakatan rakyat.

Kekalkan BN sebagai pemerintah...hahaha..!!!!

DATUK ZAID IBRAHIM PRESIDEN AKIM..?

PARTI Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) katanya bersedia untuk menyerahkan kepimpinan parti itu kepada Zaid Ibrahim. Presidennya Zakaria Salleh memperakui akan kesediaan itu. Kata Zakaria dia yakin Zaid akan menyertai parti itu. Elok sangatlah kalau Zakaria menyerahkan Akim kepada Zaid.

Sudah tentu dengan wibawa, pengalaman yang ada kepada Zaid beliau boleh memimpin dan membawa Akim lebih maju lagi. Tidak mustahil Akim di bawah pimpinan Zaid yang dikenal sebagai seorang politician yang hebat, berprinsip dan mempunyai wang, beliau dapat mengubah nasib dan masa depan Akim.

Nama Akim itu sendiri bagus; Angkatan Keadilan Insan Malaysia. Ia merangkumi dua nama yang diminati Zaid. Keadilan dan Malaysia. Menerusi parti itu Zaid akan dapat menerapkan idealisme keadilan dan demokrasi mengikut acuannya. Selama ini pun Zaid memperjuangkan Keadilan untuk sejagat, jadi molek benarlah. Kalau Pas agak 'rohok' sikit sebab Pas berlandaskan idealisme Islam di mana ia kurang cocok dengan Zaid. Katakan kalau Pas nak proceed huduh ianya akan bercanggah dengan naluri Zaid.

Pastinya Akim nanti akan menjadi model politik Malaysia yang berwibawa. Ataupun kalau tidak dapat berbuat demikian Zaid boleh gunakan Akim untuk bertanding dalam pilihan raya kelak. Zaid dengan kehebatan dan kesucian politiknya boleh bertanding di mana-mana saja di Malaysia ini dari Perlis hingga ke Sabah.

Beliau juga mempunyai pengikut setia yang ramai. Ini berasaskan kepada percubaanya untuk merampas kuasa dalam PKR. Zaid sudah memperhitungkan segala kekuatan beliau itu. Malangnya perhitungan itu silap. Tetapi dengan adanya parti baru ini Zaid boleh menjenamakan semula dan dimemanfaatkan para pengikutnya itu untuk memperkuasakan Akim dan seterusnya menguasi Malaysia!

Rasanya tidak ada masalah bagi Zaid untuk menguasai Akim. Apa lagi kalau dinilai pemimpin Akim yang ada hari ini tidak begitu menonjol dan sepopulari Zaid. Biarlah tidak dapat untuk menawan PKR, setidak-tidaknya Akim menjadi galang gantinya. Yang penting Zaid dapat juga kelak jadi Presiden. Bukankan itu yang dihajatinya?

Sikit sejarah mengenai Akim ini. Mungkin orang yang menjadi ahli Akim termasuk presidennya sendiri (Zakaria) tidak mengetahui akan sejarah ini. Akim diasas dan ditubuhkan oleh seorang ahli politik dari Kelantan bernama Musa Salleh (gambar). Musa lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Musa.

Cikgu Musa seorang politik yang lantang dan berani. Menghabiskan harta bendanya untuk politik dan perjuangan. Saya berkesempatan mengikut ceramah-cderamah politiknya sekitar tahun 1978 hingga 1986. Sebelum tubuh Akim beliau adalah aktivis Pas di Pasir Puteh. Pernah menjadi ketua Pas kawasan Pasir Puteh. Pernah bertanding atas tikit Pas, kalah.

Sebelum menyertai Pas beliau menjadi ahli Parti Rakyat Malaysia (PRM). Semasa Pas bergabung dengan Umno membentuk kerajaan campuran 1972 beliau bersama beberapa tokoh Pas yang menentang kerjasama itu turut sama membentuk pasukan Bebas Bersatu bagi menentang Pas pada pilihan umum 1978.

Cikgu Musa juga dengan beberapa orang aktivis Pas di Bukit Abal cuba menubuhkan parti Imam - Ikatan Muslim Malaysia yang menjadikan al-Quran sebagai simbol. Kalau tidak silap Imam ini perndaftarannya tidak dibenarkan. Disebabkan kegagalan itu maka semua pendokong Imam bertanding atas satu simbol bas yang dinamakan Bebas Bersatu.

Kemenangan Pas tahun 1990 tidak memberi laba politik buatnya. Jasa dan pengorbanannya dalam Pas diketepikan begitu saja. Kerana kecewa atas tindakan pemimpin Pas terutama kumpulan Tiga Abdul (Cikgu Rahim, Abdul Halim dan Fatah) ketika itu menyebabkan beliau berundur dari Pas.

Pengunduran itu membawa beliau berusaha menubuhkan Akim. Saya masih ingat beliau beberapa kali ke rumah saya di Wangsa Maju untuk meminta pandangan dan sekaligus minta menjadi ahli Akim. Ketika itu beliau ada masalah kerana pendaftaran mahukan ahli jawatan kuasa penajanya dari semua negeri di Semenanjung kalau tidak ianya tidak boleh didaftarkan.

Akhirnya ata usaha gigih Allahyarham Akim berjaya ditubuhkan dan beliau menjadi Presidennya. Dalam pilihan raya, 1995 Akim mengambil bahagian dalam pilihan raya dengan meletakkan dua calon Parlimen dan 14 calon di kerusi Dun Kelantan. Cikgu Musa sendiri bertanding di Semerak salah satu Dun dalam parlimen Pasir Puteh.

Semua 16 calon Akim kalah dan hampir semua hilang wang deposit termasuk cikgu Musa. Pemerhati politik melihat penyertaan Akim itu hanya untuk menganggu Pas yang ketika itu bergabung dengan Semangat 46 membentuk Angakatan Perpaduan Ummah.

Ada juga yang membuat telahan penyertaan Akim dalam pilihan raya itu atas tajaan UBN. Manakala cikgu Musa dan beberapa pemimpin Akim yang lain dikatakan telah memperdagangkan Akim untuk mendapat wang panas dalam pilihan raya. Sejauh mana dakwaan ini sukar juga untuk dipastikan.

Cuma sewaktu bertembung dengan Allahyarham di lapangan terbang beberapa hari sebelum hari penamaan calon beliau membisik kepada saya yang dia baru lepas berjumpa dengan Ghafar Baba.

Akim menjadi celaru dan hilang ketua apabila Cikgu Musa meninggal dunia. Untuk beberapa ketika timbalannya Nik Ismail Nik Idris mengambil alih menjadi presiden sebelum diserahkan kepada seorang peniaga ubat-ubat kuat di Kelantan.

Mungkin gambaran ini berguna untuk Zaid memperbaiki parti itu seterusnya meletakkan Akim sebagai parti berwibawa melebihi Pas dan PKR atau DAP dalam pilihan raya akan datang. Tetapi saya yakin Zaid tidak mudah 'mabuk' untuk berbuat demikian.


mso