Pengikut

Jumaat, 24 Disember 2010

PERAK NEWS: UDAH-UDAH LE TU..DUDUK DIAM JE LAA

Pas digesa bersikap lebih tegas terhadap rakan pakatan mereka terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk meletakkan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Bekas Pemangku Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri, Faizal Effendi Hashim berkata, kepimpinan tertinggi Pas Negeri haruslah bersikap tegas untuk menuntut kembali kerusi DUN yang diberikan kepada PKR pada PRU lepas memandangkan sikap pemimpin PKR tidak setia serta sentiasa berubah.


Menurutnya, lebih baik Pas mengetuai kepimpinan PR negeri berbanding PKR mahupun DAP kerana sehingga ke hari ini Pas dilihat mempunyai kekuatan jentera bagi menerajui PRU akan datang.

“Dalam masa sama, saya menggesa DAP memberi kerusi kepada Pas dalam kawasan DUN majoriti Cina serta India, manakala Pas pula memberi laluan kepada DAP bagi kawasan majoriti Melayu untuk membuktikan jalinan setia kawan antara mereka.

“Saya yakin DAP dan Pas dapat memberi laluan kepada calon masing-masing berbanding PKR kerana hubungan DAP serta Pas dilihat lebih rapat daripada PKR,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Faizal Effendi berkata, punca kejatuhan Kerajaan PR di Perak adalah berpunca dari pemimpin PKR yang tidak yakin dengan hala tuju parti serta banyak berlaku unsur penyelewengan.

Sebab itu, katanya, Pas perlu sedar kelemahan ini dan perlu mengambil pendekatan terancang untuk mengkaji semula kedudukan kerusi bagi PKR, tambahan lagi dengan pelbagai kemelut melanda PKR.

“Besar kemungkinan juga, bangsa Melayu akan menolak PKR memandangkan isu Ketuanan Melayu yang dilontarkan oleh pemimpin tertinggi PKR.

“Hasil kajian rambang menunjukkan masyarakat Melayu sudah hilang kepercayaan dan naik muak dengan kepimpinan PKR yang suka menabur fitnah demi kepentingan politik peribadi mereka,” katanya.

Beliau berkata, pemimpin PKR perlu bermuhasabah diri terhadap apa yang telah berlaku bukannya masih mendongak ke langit serta mendabik dada, masih tidak mengakui kelemahan mereka.

4 ulasan:

  1. Gua setuju,,, PKR ni hanggit sehanggit ahli ahli nya yg menjadi katak hahahhahahahaha!~

    BalasPadam
  2. salam

    udah le tu faizal ..getik meno keme nengo nye

    BalasPadam
  3. kukuhkan kesatuan katak mu itu pezal woiii...

    angkat tempurung tu dulu sebelum berangan nak panggil hujan.....

    sejak bila pulak ko jadi ex-ofisio pkr ni...

    kah kah kah kah kah kah ...

    BalasPadam
  4. pas kerusi paling sedikit tapi ckp bnyk pooorah

    woo 30863 PMR 9A

    BalasPadam