Malah laman web yang selama ini pro pembangkang pun pakai berita tu sehari sahaja tanpa ‘follow up’. Mungkin sebab masing-masing arif dengan cara Anwar ‘menjerit’ pilihanraya umum sudah dekat.
Ini dikatakan menjadi senjata besar Ketua Umum PKR itu untuk ‘kawal dan kepung’ masalah dalaman PKR itu sendiri.
Ini dikatakan menjadi senjata besar Ketua Umum PKR itu untuk ‘kawal dan kepung’ masalah dalaman PKR itu sendiri.
PKR yang jadi parti retak seribu itu perlukan satu ‘harapan baru’ untuk elak pepecahan yang serius berikutan pemilihan yang diadakan baru-baru ini.
Semua sedia maklum pemilihan pucuk pimpinan PKR 2010 bakal dikenang dalam sejarah sebagai pemilihan parti politik terburuk di negara ini sejak merdeka.
“Anwar sibuk susun 'damage control' supaya imej yang tercalar sebab pemilihan pulih lebih cepat,”kata sumber pada Khamis.
Untuk elak perpecahan lebih serius, kata beliau, Anwar perlu gembar gembur kepada orang PKR dan Pakatan Rakyat bahawa pilihanraya dah dekat.
“Anwar hendak ahli PKR lupakan masalah dalaman apabila kata pilihanraya dah dekat, BN akan buat secara mengejut, kita semua tak boleh lalai, dan macam-macam lagi,” katanya.
Hujah beliau mudah, apabila Anwar umum begitu, maka puak-puak yang dok timbang hendak buat perangai atau keluar parti akan fikir dua tiga kali.
“Contohnya kalau kata ada Ketua Cabang cadang hendak buat perangai, bising sebab pemilihan tidak betul, cabangnya sokong orang lain tapi diumumkan orang lain menang, tentu fikir-dua tiga kali apabila dengar pilihanraya dah dekat.
“Silap-silap kalau dia buat perangai, komplen itu ini, nama dia tak ada dalam senarai calon,” katanya.
Menurut beliau, cara Anwar ini macam cara jeneral perang dulu-dulu, yang selalu ingatkan askarnya bahawa musuh dah dekat, belakang bukit saja.
“Jadi semua siap sedia, masalah kecil yang ada belakang kira , kerana cabaran yang lebih besar sudah di depan mata,”katanya.
Sementara itu, bekas orang kuat PKR, Abdul Ghani Haroon yang dihubungi tidak menolak kemungkinan tersebut.
Katanya, berdasarkan pengalaman beliau mengenali Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri itu bukan jenis yang fikir strategi jangka masa panjang.
“Strategi beliau selalunya strategi jangka masa pendek, untuk selesaikan masalah yang berlaku sekarang, bukannya membuat perancangan teliti untuk jangka masa panjang,”kata Ghani.
Sebab itu beliau tidak pelik apabila Anwar cepat ambil kesempatan dari penanguhan pemilihan UMNO selama 18 bulan yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, Selasa sebagai indikasi pilihanraya umum akan diadakan pada Mac atau April.
“Anwar sebut Mac atau April sebab selama ini ramai penyokong pembangkang kata pilihanraya umum akan dibuat sekali dengan pilihanraya negeri Sarawak yang tamat tempoh sekitar waktu itu,”kata bekas tahanan ISA itu.
Sementara itu, sumber dalaman PKR sendiri memberitahu Agendadaily, sejak berakhirnya Kongres Nasional PKR Ahad lalu, Anwar sibuk atur pertemuan dengan macam-macam orang.
Dari pemimpin parti sendiri sehinggalah kepada bekas kawan-kawan beliau dalam ABIM dan pegawai tinggi kerajaan yang dah pencen.
“Ada hari Anwar ‘meeting’ dari petang sampai ke tengah malam, dia hendak dapat input dari berbagai-bagai sumber sebelum umum lantikan barisan kepimpinan baru PKR,” kata beliau.
Sudah tentu pertemuan itu melibatkan kumpulan yang menang dan kalah, orang macam calon timbalan presiden PKR Mustapa Kamil Ayub, N Gobalakrisnan, yang kuat sokong Anwar tapi ‘kecil hati’ dengan proses pemilihan sudah tentu kena bagi tempat.
“Mereka semua aset parti, tempat ada untuk semua, kecil besar peranan sahaja yang jadi rundingan sekarang ini,” tambahnya lagi.
PKR dijangka mengumumkan pengisian jawatan lantikan dan ketua negeri-negeri minggu depan.
Selain empat Naib Presiden yang dipilih, Presiden parti itu boleh lantik tiga lagi bagi jawatan yang sama, selain Bendahari, Ketua Penerangan dan Setiausaha Agung.
sumber:ag
Tiada ulasan:
Catat Ulasan