Pengikut

Rabu, 22 Disember 2010

PERAK NEWS: UST ZULKIFLI JUMUD

Timbalan Pesuruhjaya Pas I Negeri, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin menyanggah kenyataan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang mengaitkan DAP meniru strategi PAP dan menyifatkan kenyataan itu sebagai jumud.

Menurutnya, kenyataan itu merupakan pandangan cetek serta memperlihatkan sentimen perkauman yang menebal dalam diri Zulkifli.


“Pandangan yang dilontarkan oleh Zulkifli menunjukkan bahawa beliau ketinggalan serta mempunyai pemikiran kurang matang.


“Dalam masa sama, seolah-olah beliau mempunyai agenda tertentu yang mungkin didalangi oleh sesetengah pihak untuk menimbulkan kemarahan kepada umat Islam,” katanya ketika dihubungi semalam.


Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP Negeri, V Sivakumar berkata, DAP merupakan satu parti yang bersemangat nasionalis memperjuangkan hak semua rakyat Malaysia.


Katanya, tidak ada sebab untuk DAP memaparkan sifat jelmaan kepada PAP kerana kami mempunyai pemimpin yang unggul dan tidak perlu dikaitkan dengan idea orang asing.


“Tambah pula, DAP menjunjung prinsip Rukun Negara, Kepercayaan kepada Tuhan dan tidak pernah anti Islam atau mana-mana agama lain.


“Ini merupakan muslihat Barisan Nasional (BN) untuk membuat orang Islam benci kepada DAP dan meneruskan dasar pecah dan perintah,” katanya.


Setiausaha DAP Negeri, Nga Kor Ming pula menyifatkan Zulkifli berpandangan cetek dan boleh dikatakan tidak waras.


“Bagaimana beliau boleh mengatakan sedemikian sedangkan DAP adalah parti berbilang kaum yang berjuang untuk semua rakyat.


“Pemimpin DAP pernah berkorban untuk umat Islam sehingga dipenjara termasuk Lim Guan Eng,” katanya.


Beliau berkata, Zulkifli hanya alat kepada UMNO untuk menabur fitnah dan terbukti relevan apabila menyerang Pakatan Rakyat (PR).


“Saya berdoa agar beliau bertaubat dan kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat,” katanya.


Kelmarin, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menggesa masyarakat Islam di Malaysia perlu menolak DAP walaupun parti itu menggunakan pendekatan Islamik kerana jelas ia serupa dengan strategi PAP ketika parti utama Singapura itu mendapatkan kuasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan