Pengikut

Isnin, 27 Disember 2010

PERAK NEWS: SAPA LA YANG UGUT MAMAT NI..?

Berikutan kelantangannya mendedahkan mengenai 100 ahli PKR Cabang Kuala Kangsar keluar parti, bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) cabang itu, Adam Haris Abdullah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur amaran.

Menurutnya, mesej itu diterimanya sebaik sahaja berita mengenai ahli PKR yang keluar parti itu disiarkan akhbar Sinar Harian kelmarin.


Beliau berkata, SMS amaran yang dihantar itu memintanya supaya tidak lagi membuat sebarang kenyataan berkaitan PKR setelah keluar dari parti itu.

“Saya tidak kenal siapa yang mengirimkan SMS itu memandang nombor telefon yang digunakan tiada dalam simpanan. Ini adalah cubaan mereka untuk cuba menutup mulut saya dan ia tidak akan berhasil,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Kata beliau, usaha mereka itu sia-sia kerana selepas ini lebih banyak pendedahan yang akan dibuat mengenai pemimpin PKR yang korup prinsip, tamak dan penipu.

“Saya akan gempur PKR Perak habis-habisan sehingga mereka insaf dan bertaubat. Dalam masa terdekat akan ada 150 lagi ahli PKR yang akan keluar parti,” katanya.

Menurut beliau, dalam sms yang dihantar itu juga turut mengatakan bahawa beliau akan menerima ganjaran daripada Barisan Nasional (BN) atas pendedahannya itu.

Beliau berkata, penghantar SMS itu juga turut memberi amaran supaya lebih berhati-hati dan akan menghadapi masalah tidak lama lagi.

Mengenai tindakannya selepas ini, Adam Haris tidak berhasrat untuk membuat laporan polis mengenai SMS yang diterimanya itu dan menganggapnya ia sebagai cubaan supaya berdiam diri daripada mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam PKR.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan