Pengikut

Rabu, 29 Disember 2010

MCA BAGI JPJ RM 1.5 JUTA

Nombor pendaftaran kenderaan "MCA 1" yang ditender pada harga RM300,100, harga tertinggi untuk nombor plat kenderaan di Malaysia setakat ini, dimiliki Asset Nusa Sdn Bhd, sebuah syarikat dari Johor Baharu.

Syarikat yang sama juga berjaya mendapatkan nombor pendaftaran "MCA 2" yang ditender pada harga RM101,000, kata jurucakap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)Melaka.

"Kita akan menghantar surat jawapan kepada semua pembida yang berjaya dalam masa dua minggu dan selepas itu surat jawapan bagi mereka yang tidak berjaya turut dihantar secara berperingkat," kata jurucakap itu kepada pemberita di ibu pejabat JPJ Melaka.
 Bidaan bagi nombor pendaftaran "MCA 1" itu mengatasi "TAY 1" yang sebelum ini ditender pada harga RM242,000 dan "TAN 1" sebanyak RM200,900.

Pengerusi MCA Melaka Datuk Gan Tian Loo pula memiliki "MCA 5" bernilai RM28,600 manakala "MCA 7" dimiliki Anggota Jawatankuasa Pusat MCA Datuk Koh Nai Kwong.

"MCA 3" bernilai RM50,000 pula menjadi milik Koh Chong Kok, "MCA 4" bernilai RM14,444 dimiliki Noraini Abdul Ghapor, "MCA 8" dimiliki Oh Swee Yen pada harga RM88,168 dan "MCA 2020" bernilai RM320 dimiliki Angeline Tai Yin Yen.

Parti MCA pusat turut membeli nombor pendaftaran "MCA 1949" untuk memperingati penubuhan parti itu dengan nilai RM2,200 dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menggunakan nombor pendaftaran "MCA 1010" bernilai RM550 manakala 1Malaysia Community Alliance Foundation menggunakan "MCA 1999" bernilai RM310.

"Nombor pendaftaran "MCA 888" pula mendapat tender terbanyak iaitu 15 bidaan dengan yang tertinggi pada harga RM15,400," kata jurucakap itu.

Individu yang berjaya mendapatkan nombor pendaftaran itu ialah Lee Mun Sang.

JPJ dianggarkan mengutip RM1.5 juta hasil tempahan nombor pendaftaran siri "MCA"

sini 

1 ulasan: