Pengikut

Sabtu, 25 Disember 2010

1 MALAYSIA BUKAN ALAT POLITIK TAPI.....?

Konsep 1 Malaysia bukan alat politik Barisan Nasional (BN) tetapi bertujuan menyemai perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum demi pembinaan negara, tegas Datuk Seri Najib Razak petang ini. 


Perdana Menteri menggunakan perjumpaan sempena Hari Natal hari ini untuk mempertahankan konsep yang beliau perkenalkan tahun lalu ekoran keputusan kerajaan negeri Selangor melarang penggunaan logo 1 Malaysia pada papan-papan iklan atas alasan ia alat politik dan bercanggah dengan peraturan pihak berkuasa tempatan.

“Perjumpaan-perjumpaan seperti ini adalah gambaran (konsep) 1 Malaysia di mana kita boleh berkumpul demi satu tujuan untuk memperlihatkan perpaduan dan (semangat) kekitaan,” kata beliau pada majlis jamuan teh sempena Hari Krismas anjuran Persekutuan Kristian Malaysia di sini hari ini.

“Walaupun ada yang beranggapan bahawa ia (konsep 1 Malaysia) adalah untuk tujuan politik tetapi sebenarnya ia bagi tujuan pembinaan negara.

“Ia untuk kita bersama dan merasakan bahawa kita milik sebuah negara, satu bangsa dengan satu visi dan bagi kita bergerak bersama untuk membangunkan negara abad ke-21 yang benar-benar makmur, harmoni dan berjaya, demi semua rakyat Malaysia,” kata pengerusi Barisan Nasional (BN) ini.

Najib berkata, agama mengajar setiap orang agar mengamalkan toleransi dan menghormati kepercayaan dan amalan-amalan penganut agama lain.

“Dalam masyarakat pelbagai kaum, kita mesti secara konsisten mengingatkan diri kita tentang nilai yang menyatukan kita.

“Kita terikat dengan warisan bersama. Kita terikat dengan keperluan untuk bekerjasama ke arah sebuah negara untuk menghadapi cabaran di depan kita,” kata presiden Umno ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa tindakan kerajaan Selangor mengharamkan penggunaan logo 1 Malaysia pada papan iklan di negeri itu menggambarkan kegentaran pembangkang terhadap populariti gagasan itu.

Timbalan Perdana Menteri berkata populariti 1 Malaysia yang dilhamkan oleh Najib telah menjadi semakin meluas dan diterima oleh rakyat Malaysia.baca terus

Tiada ulasan:

Catat Ulasan