Pengikut

Selasa, 28 Disember 2010

MCA RM300 RIBU,TAN RM 200 RIBU

Keputusan penuh tender nombor pendaftaran MCA akan dipamerkan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka dan boleh disemak melalui laman web JPJ mulai pagi esok.
 
Sebanyak 965 permohonan tender telah diterima oleh JPJ bagi pendaftaran kenderaan ‘MCA’, siri nombor 1 hingga 9999 bermula 24 Nov hingga 14 Dis lepas. 

“Antara nombor pendaftaran yang ditender pada harga tertinggi adalah nombor pendaftaran ‘MCA 1′ pada harga RM 300,100, ‘MCA 2′ pada harga RM101,000 dan ‘MCA 8′ pada harga RM88,168,” menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan.

Katanya, tender nombor pendaftaran terbanyak diterima oleh JPJ adalah ‘MCA 888′ dengan 15 bidaan tender yang ditawarkan pada harga RM15,400.

Nombor pendaftaran siri ‘MCA 1′ merupakan nombor pendaftaran yang mendapat bidaan tender harga tertinggi diikuti dengan siri ‘TAY 1′ yang ditender pada harga RM242,000 dan ‘TAN 1′ yang ditender pada harga RM200,900, katanya.

Katanya, menerusi bidaan-bidaan proses tender dan tempahan nombor pendaftaran siri ‘MCA’, JPJ dijangka mengutip sebanyak RM1.5 juta sebagai hasil kepada kerajaan.

Hasil berkenaan merupakan kutipan tertinggi dan peningkatan sebanyak tiga kali ganda bagi JPJ Melaka untuk urus niaga tender dan tempahan nombor pendaftaran berbanding siri sebelumnya di mana purata kutipan hasil adalah sebanyak RM500,000 untuk setiap siri, katanya. 

Katanya secara purata JPJ mengutip antara RM145 dan RM150 juta setahun melalui urus niaga tender dan tempahan nombor pendaftaran berbanding kutipan keseluruhan berjumlah RM2.5 bilion setahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan