Pengikut

Selasa, 28 Disember 2010

ISTANA SETUJU PELANTIKAN MOHD KHUSRIN

Pelantikan Pengarah Jais Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)Selangor yang baru muktamad, kata Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani.
 
Laporan itu dilihat menafikan pendirian kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat.

Munir berkata keputusan itu dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan telah pun mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Pada pandangan saya, keputusan itu ‘confirm’ kerana Tuanku telah memberi perkenan melantik beliau,” kata beliau dipetik Sinar Harian hari ini.

Munir berkata dalam Perlembagaan Negeri Selangor, kuasa pelantikan terletak pada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Dalam kenyataan dikeluarkan petang semalam kira-kira tiga jam selepas pengumuman oleh Putrajaya, kerajaan negeri Selangor dan pusat dilihat terlibat dalam ‘konflik awal’ ekoran pendirian pentadbiran Pakatan Rakyat itu yang menegaskan bahawa pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baru sebenarnya belum muktamad.

Kenyataan Pejabat Menteri Besar Selangor berkata, cadangan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru oleh kerajaan pusat tidak pernah dimaklumkan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Justeru, Menteri Besar telah menghantar surat kepada Sultan Selangor memaklumkan bahawa beliau tidak dihubungi tentang cadangan tersebut,” kata kenyataan itu lagi. sini

1 ulasan:

  1. salam,

    aduhai! Diorang tgk kes SUK Perak ini berkesan, jadi mereka na try pula di Selangor.

    BalasPadam