Pengikut

Khamis, 2 Disember 2010

PERAK NEWS: PERAK DAPAT KPN BARU

Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumum rombakan peringkat tinggi yang membabitkan pelantikan ketua polis baru di empat negeri yang berkuatkuasa serta-merta.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar selepas mesyuarat Suruhanjaya Pasukan Polis (SSP) yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein petang ini.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat polis Bukit Aman, Tan Sri Ismail berkata empat negeri yang mendapat ketua polis baru ialah Melaka, Perlis, Terengganu dan Perak.


Mereka ialah SAC Datuk Chuah Ghee Lye (Melaka), DCP Datuk Mohd Shukri Dahalan (Perak), SAC Datuk Tajudin Md Isa (Perlis) dan SAC Datuk Jamshah Mustapha (Terengganu).sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan