Pengikut

Ahad, 12 Disember 2010

SIAPA KATA FELDA BANKRAP DIA ADALAH PENGKHIANAT BANGSA..WAKAKAKAKA!!!!

Datuk Seri Najib Razak menyifatkan pihak yang mendakwa Felda bankrap, sebagai pengkhianat bangsa, kerana sanggup menghina institusi itu yang telah banyak berjasa kepada rakyat. 

Perdana Menteri menjelaskan Felda sebenarnya merupakan sebuah institusi yang berjaya dan telah mengubah lanskap sosio-ekonomi negara selain mempunyai simpanan tunai yang banyak.

“Dua tiga hari lepas, saya bermesyuarat dengan pengurusan Felda, saya tengok akaun Felda. Kalau semua saham milik Felda yang tersenarai dalam Bursa Malaysia hari ini, kita cairkan, keuntungan atau pendapatan yang boleh Felda peroleh adalah sebanyak RM4.3 bilion.

“Siapa kata Felda bankrap... mana ada? Pengurusan Felda kata, jangan sebut tetapi banyak wang tunai kita ada dalam simpanan... (dan) selamat,” katanya ketika merasmikan majlis penutup Karnival Ikatan Hati Warga Felda (Iktiraf) 2010 di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi Felda, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor.sumber

1 ulasan:

  1. Baiklah. Sekarang Yong percaya bukan hanya Felda tak bankrap, Yong juga percaya kerajaan Malaysia kaya-raya. Jadi mana bonus untuk kakitangan awam? Tanpa kaki dan tangan ini takde kerajaan yang mampu memerintah negara.

    BalasPadam