Gelombang tsunami politik Perak bakal menempa sejarah tersendiri apabila akan berlaku penghijrahan besar-besaran ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) ke Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) bersama Datuk Zaid Ibrahim.
Bekas Ketua Penerangan PKR, Fauzi Muda berkata, gelombang tsunami itu juga melibatkan ahli serta para penyokong Pakatan Rakyat (PR) terutama PKR dan DAP ke parti KITA.
Menurutnya, beliau bersama rakan-rakan dari bekas dan ahli PKR serta DAP telah bersedia untuk menyertai KITA sebagai wadah baru politik kami.
“Jika sebelum ini saya terpaksa wujudkan Team Pakatan Bebas bersama-sama rakan seperjuangan dalam PKR dulu untuk terus berjuang, tapi kini saya bersyukur kerana Datuk Zaid telah berjaya menjelmakan satu wadah baru, kuasa dan budaya politik baru untuk kita semua rakyat Malaysia.
“Saya yakin dan percaya perjuangan parti KITA yang dipimpin oleh Datuk Zaid ini akan mampu menjadi kuasa baru politik tanah air,” katanya kepada sini, di sini, semalam.
Fauzi berkata, jika sebelum ini, mereka dijadikan sebagai pencacai PKR, yang akhirnya merugikan diri, kini beliau dan rakan-rakan bersedia bekerja dan berbakti untuk parti KITA demi kesejahteraan rakyat tanah air.
Katanya, KITA yang dipimpin oleh Datuk Zaid mampu menjadi parti pilihan rakyat berdasarkan budaya dan perjuangan parti yang benar-benar ikhlas, jujur, berani, bebas serta lantang serta berwawasan untuk masa depan rakyat serta negara.
“Tambahan lagi, Datuk Zaid adalah seorang pemimpin yang cukup berpengalaman dalam politik tanah air.
“Dengan cara dan sikap beliau yang tidak berpura-pura, tiada kepentingan diri, tegas, berani, lantang bersuara, jujur dan ikhlas, adalah layak untuk membawa politik KITA untuk rakyat,” katanya.
Beliau berkata, jika diterima dan diberi peluang oleh Datuk Zaid untuk berjuang dalam KITA ini, segala ilmu serta pengalaman semasa menubuhkan serta menggerakkan PKR dulu, akan dicurahkan sepenuhnya kepada parti KITA ini bersama dengan rakan-rakan pejuang lain.
“Oleh yang demikian, saya yakin Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan menyaksikan pertembungan sengit antara dua kuasa BN, PKR dan KITA,” katanya.
Hijrah jgn tak Hijrah,,, lagi pun masih bulam Muharam ni hahahahhaahhaha !!
BalasPadamLepaih hijrah,kalau tak dapat aper2,tubuhkan pulak parti baghu,PARTI KUMER pulak.Selamat berjuang.
BalasPadamkakakaa... kalau tak menajdi tubuh la parti baru "PRS-Parti Reject Shop"
BalasPadamMuakakakak
sipozi ni dulu berjalan mana pun suka pakai kasut golf..ha..ha..ha..
BalasPadamsyabas dan tahniah kepada KANG FUJI, bolehlah jadi TIM.PRESIDEN KITA. kah kah kah.
BalasPadam