Pengikut

Rabu, 18 Julai 2012

SUNGGUH BERBEZA

Jauh beza antara 2 pemimpin negara ini...

DULU SAYA DIGELAR MAHAZALIM, FIRAUN-APA SALAH SAYA?

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang masih dilihat sebagai pemimpin politik yang berpengaruh, kelihatan terkilan dengan label pihak tertentu mendakwa beliau seorang diktator.

  Dr Mahathir meminta pengunjung-pengunjung blognya agar memberikan pandangan apa yang telah beliau lakukan sehingga ada pihak melabelnya seorang diktator.

 Dalam entri terbaru blognya, Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun sejak 1981 berkata, "Benito Mussolini, Ferdinand Marcos, Presiden Rumania Nicolae Ceauşescu yang dibunuh, dan ramai lagi yang dicap sebagai diktator. Demikian juga (Muammar) Gadaffi dan Saddam Hussein."

"Ada lagi diktator yang dikenali umum. Hitler mendirikan pemerintahan kuku besi Nazi di Jerman. Enam juta Yahudi dibunuh dalam kamar gas. Yang tidak dibunuh, disiksa sehingga ramai yang mati," kata beliau ketika menghuraikan kepimpinan beliau selama lebih dua dekad.


Beliau yang juga bekas Presiden Umno berkata, buatlah apa pun, musuh pihak yang bergelar tidak akan henti mengguna gelaran.


"Sebagai Perdana Menteri dahulu saya diberi banyak gelaran. Mahazalim, Firaun, diktator adalah antara gelaran yang dicipta oleh musuh politik saya. 
BACA SINI: APA SALAH SAYA

ULAMA UMNO TELAH BERSABDU

Ulama UMNO bersabdu : Haram jatuhkan kerajaan Islam...Kerajaan Islam yang dimaksudkan Kerajaan BN..hahaha!


Umno sekarang sedang berusaha keras untuk menumbangkan Kerajaan PAS di Kelantan dan di Kedah....apa fakwa ulama UMNO sekarang ?

40 PENGAWAL KESELAMATAN BUAT REPORT POLIS

KERIAN - Lebih 40 pengawal keselamatan sekolah menengah di daerah ini membuat laporan polis setelah kecewa dengan sikap majikan yang masih gagal melunaskan tunggakan elaun mereka sehingga kini.

Jurucakap kumpulan itu, Mohd Noor Ismail berkata, seramai 62 pengawal keselamatan yang sebelum ini mengalami tunggakan elaun selama dua bulan dijamin akan diselesaikan oleh wakil syarikat dalam tempoh seminggu lalu.


Bagaimanapun, setelah tempoh seminggu berakhir, kesemua pengawal keselamatan terlibat hanya dibayar gaji pendahuluan sebanyak RM500 sahaja, manakala lebihan tunggakan elaun dan gaji yang dianggarkan berjumlah RM1,400 setiap orang masih gagal diberikan.


“Saya dimaklumkan wakil syarikat bahawa Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kerian sudah menyelesaikan pembayaran tuntutan invois syarikat Rabu lalu dan majikan berjanji akan menyelesaikan tunggakan elaun serta gajiselewat-lewatnya Jumaat lalu.  
BERITA SELANJUTNTA



ZULKULIM KENAPA BIORKAN HASAAN ALI SORANG DIRI ?


Kita harus bersimpati dengan nasib Hassan Ali...main kerum sorang-sorang...dimana ZulKulim..kenapa beliau tidak menemani Hassan Ali...tekanan hidup seorang yang digelar Yang Berhormat


KERANA JANJI MALAYSIA KAYA RAYA


 Kerana janji BN malaysia jadi kaya raya kata Najib...apa yang dijanjikan...tayar 1malaysia..kedai kain 1malaysia..kedai runcit 1malaysia..


Najib Razak menegaskan, kemajuan yang dinikmati  Malaysia hari ini adalah kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah sejak 55 tahun lalu telah menunaikan segala janji mereka kepada kepada rakyat.  BERITA LANJUT

SENARAI NAMA BAKAL CALON PKR PERAK-KENAPA DEDAH AWAL?

Agak terkejut juga bila terbaca satu posting daripada AntaraPos pagi ni...jadi tanda tanya bagaimana senarai nama calon daripada PKR Perak boleh didedahkan sedangkan tiada pengumuman daripada mana-mana pimpinan PKR Perak...
Beberapa hari lepas, difahamkan akhbar berbahasa cina juga telah mengeluarkan senarai nama bakal calon dari PKR Perak...


PUTRAJAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan bertanding di sekurang-kurangnya 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)  pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan senarai nama calon yang telah dimuktamadkan akan diserahkan pucuk pimpinan tertinggi parti.

Sumber dalaman yang menghubungi AntaraPos berkata 20 nama itu terdiri daripada muka lama dan baru yang akan dikemukakan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lama lagi.


"Ada muka-muka lama... dan ada muka-muka baru... buat masa ini, 20 orang telah disenaraikan pendekkan...


"Semua mereka dilihat berkaliber dan memainkan peranan penting untuk memastikan kemenangan PKR di peringkat DUN Perak," katanya.


Nama yang dibekalkan itu adalah seperti berikut:

Changkat Jering (Dr Muhd Nor Manuty), Pengkalan Hulu (Abdullah Masnan),  Temenggor (Suppian), Kenering (Termizi), Kota Tampan(Shaharuddin), Batu Kurau (Fadhil Alias), Kuala Kurau (Abdul Yunus Jamhari), Alor Pongsu (Zulkifly Ibrahim), Kuala Sapetang (Sandra Ng) Hulu Kinta(Tinagaran).
 

KATA TAK PERNAH DIJAJAH TPI SAMBUT TIAP TAHUN ?

 Upacara mengibarkan jalur gemilang dah bermula, kibar bagi menandakan hari kebangsaan hampir tiba, seperti menanti hari raya puasa, segala persediaan dibuat. Ada menteri minta rakyat mengibarkan bendera di permis masing-masing.
Dibawah ni kenyataan Tun M 

 "Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan pada hakikatnya Malaysia tidak pernah dijajah oleh British tetapi penasihat mereka telah bertindak seperti seolah – olah pemerintah yang sebenar berbanding Raja – Raja Melayu.

“Sultan-sultan telah memutuskan untuk mengundang British datang dan menasihati mereka bagaimana untuk mentadbir negara ini. Dari segi itu, kita tidak ditawan. Tetapi hakikatnya, apabila British berada di sini, mereka bertindak seolah-olah kita dijajah,” katanya. SINI

Kita tidak pernah dijajah....tapi sambut hari sempena merdeka setiap tahun

Selasa, 17 Julai 2012

PANAS ! YB NIZAR TEWAS DI TANGAN RAFIZI RAMLI

Tempat pertama jatuh kepada Anwar Ibrahim. Tempat kedua jatuh kepada Rafizi. Manakala tempat ketiga jatuh kepada Baru Bian.
Macam mana tempat keempat jatuh kepada Fuziah Salleh? Aku ingatkan…Nurul Izzah lagi seksi. 

Selena Tay dari FMT telah menyenaraikan 10 ahli politik dari Pakatan Rakyat yang paling seksi.


***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/


3 PENJURU DI PARLIMEN SG SIPUT ?

PSM dikatakan akan bertanding di Parlimen Sg Siput menggunakan lambang sendiri. Pada PRU 12 Dr Jayakumar bertanding atas lambang PKR


Jika ini berlaku, berkemungkinan PKR akan meletakan calon di Parlimen Sg Siput pada PRU 13. 

Apa yang diharap sekarang ini, rundingan harus dijalankan segera, jangan biarkan BN menang atas keegoaan kita sendiri

BELANJA RM1.66JUTA

Menteri Pelancongan, Datuk Ng Yen Yen didakwa mengelirukan kabinet berhubung perbelanjaan lebih RM1.66 juta dalam penganjuran persidangan Persatuan Pelancongan Asia Pasifik (Pata) pada April lalu.

Anggota parlimen Rasah daripada DAP Anthony Loke mendakwa, kabinet meluluskan RM1,738,300 kepada Pelancongan Malaysia, agensi bawah kementerian itu, untuk menyediakan persidangan pada 21 dan 22 April, tetapi kosnya meningkat kepada RM3,402,460.  SINI

ASAL BARANG JADI DUIT

Kes jenayah semakin menjadi-jadi di Kuala Lumpur. Kali ini ia melibatkan seorang lelaki tua ditumbuk dan dirompak di tempat letak kereta pusat membeli-belah semalam. gambar disini

LAPORAN LIWAT MUNGKIN LEWAT

Polis  SINI  mengesahkan masih belum ada sebarang laporan liwat dari seorang mahasiswa, mendakwa dia telah diliwat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim

Petang semalam kata dah buat report ?

ADAT ATAU IBADAT ?

Hari Khamis tengok anak bulan, InsyaAllah menjadi kebiasaan di malaysia nampak atau tak nampak maka sabtu kita akan mula berpuasa. Secara biasa selepas solat Isyak pada malam hari Jumaat kita semua akan berduyun-duyun ke masjid atau surau untuk menunaikan solat sunat terawaih.


Jika dalam keadaan biasa saf di masjid atau surau hanya 2 atau 3 saf, tpi bulan Ramadhan ni biasanya bilangan jamaah akan bertambah..ini suasana biasa, dan akan berkurangan selepas masuk hari ke 20 puasa..ini pun suasana biasa


Solat sunat Terawih bukan adat tapi ibadat....tepuk dada kita, kita pikir sendiri
 


SAYA DI LIWAT





Cukup sekadar berkata...."saya di liwat" , maka akan heboh la satu negara "saya diliwat" kah!kah!kah!...akhirnya bla...bla...bla habuk pun tarak

SAPA FITNAH SAPA NI ?

Jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) digesa supaya lebih agresif menolak fitnah dan persepsi negatif yang cuba dilakukan pembangkang di saat-saat akhir menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, jentera parti itu perlu lebih berhati-hati terutamanya ketika berhadapan dengan pelbagai isu yang dibawa pembangkang bagi merosakkan imej kerajaan.

"Jangan mudah terpedaya dengan fitnah pembangkang yang cuba memburuk-burukkan parti dan pemimpin-pemimpin kita.

"Ingatlah pilihan raya kali ini adalah pertembungan antara kebenaran dan fitnah, kita perlu berhati-hati dengan strategi pembangkang," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran jentera pilihan raya Pemuda BN Parlimen Tanjong Karang di sini, Isnin malam.

Katanya jentera parti itu perlu memgambil iktibar daripada kekalahan BN pada PRU 2008 apabila pembangkang berjaya menafikan majoriti dua pertiga di Parlimen.

Tegas beliau yang juga Ketua Pemuda Umno, pilihan raya umum yang lalu menyaksikan pembangkang menabur pelbagai fitnah hingga berjaya meyakinkan rakyat demi meraih sokongan politik.
"Kita mesti ingat apa yang berlaku pada 2008. Pilihan raya tahun itu menyaksikan persepsi dan fitnah ditaburkan secara bermaharajalela oleh pembangkang.

"Kali ini kita mesti bekerja keras untuk memastikan perkara seumpama itu tidak berlaku lagi," katanya.
Selain itu Ahli Parlimen Rembau itu berkata, tempoh empat tahun yang diberikan kepada pembangkang pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mentadbir Selangor sudah cukup untuk rakyat membuat penilaian tentang kemampuan mereka.

Jelas beliau kerajaan negeri Selangor pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terbukti gagal mentadbir negeri berkenaan apabila banyak manifesto pilihan raya umum yang lalu tidak ditunaikan sepenuhnya.

"Sebelum 2008 mungkin kemampuan mereka tidak teruji, tapi dalam tempoh empat tahun ini akhirnya kita telahpun membuat penilaian dan ujian terhadap mereka. Menteri Besar tak mampu tunaikan janji. Janji nak beri air percuma kepada rakyat Selangor tidak dipenuhi.

"Sekarang buat pula janji baru nak berikan pendidikan percuma kalau mereka menang di peringkat Persekutuan. Ini semua bohong...kalau mampu, kerajaan negeri sepatutnya mulakan dengan Unisel (Universiti Selangor).
"Tapi mereka tak buat, malah pendidikan peringkat pra-sekolah pun mereka tak boleh bagi percuma," katanya.

Tambahnya lagi kerajaan Selangor juga berhadapan dengan pelbagai masalah termasuk yang terbaru membabitkan penstrukturan semula hutang Talam Corporation.

Katanya Menteri Besar gagal menjawab isu yang didedahkan MCA malah masih berdolak-dalik mengenai Kertas Putih berhubung hutang tersebut.

Baru-baru ini Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong membuat kenyataan mendakwa penstrukturan hutang Talam Corporation dan kerajaan Selangor membabitkan transaksi berjumlah RM1 bilion, sekalipun jumlah hutang hanya RM392 juta.

PERAK BANYAK PUSAT URUT

Berapa banyak Pihak Berkuasa Tempatan di Perak yang telah meluluskan lesen pusat-pusat judi ?
Berapa banyak Pihak Berkuasa Tempatan di Perak yang telah meluluskan lesen pusat-pusat urut ?
Adakah Kerajaan Islam Umno pimpinan Zambry Kader sedar akan hal ini ?

RAIS YATIM MERAYU






Jom gantung bendera sempena menyambut hari kebangsaan, rais yatim merayu kepada seluruh malaysia..bla...bla...bla

MUAK NAK MUNTAH KELUOR TAIK HIJAU

Orang ramai khususnya pembaca laporan atas talian melihat perkembangan terbaru susulan laporan blog pro-Umno, menyentuh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, dari perspektif yang berbeza dengan pengikut Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) masing-masing memperlihatkan pendirian sendiri – ada yang menerima dan ada yang mengecam teruk.

Ada yang menganggap perkembangan terbaru, yang didedahkan lewat malam tadi sebagai satu lagi konspirasi BN khususnya Umno dalam mengekang pergerakan politik Anwar.


Sebaliknya, pengikut BN melahirkan pendirian sebaliknya.


K-run Ariffin, antara pembaca yang awal memberi reaksi sebaik sahaja Sinar Harian Online membawa laporan ini awal pagi tadi berkata, "buh laa liwat berapa kali punn...orang tidak percaya kat Umno/BN dahhh."


Aman Hakim pula menasihatkan pihak yang hendak menghasilkan konspirasi agar menggunakan cara atau pendekatan lain atau yang inovatif, bukannya mengulangi taktik yang sama.


Dia dilihat merujuk kepada kes liwat pertama dan kedua melibatkan Anwar. Anwar telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur awal tahun ini.


"Cubalah buat filem lain pulak... DSAI ada 'imune spiderman' ke, DSAI boleh jadi 'vampire' macam Edward Cullen ke, DSAI the movie versi 3D ke... ini skrip yag sama je.. naik bosan dah. Makin merepek… mana la nak box office gini."


Bagaimanapun pembaca bernama Muhammad Zulhairi Fetani berkata, "walau apa pun yang terjadi, si bebal dan si lembab akan tetap beriman dengan kesucian Anwar Ibrahim."


Pembaca bernama Bob mengambil sikap berkecuali sambil berkata, "ketawakan saja dengan negara Malaysia ini."


Dengan nada sindir, pembaca bernama Fzymeli Md Isa menulis, "kalau buat skrip DSAI jadi Ultraman kan bagus, tak pun kalau meluat sangat kat dia buat skrip jadi hantu mak limah."


Mungkar Nakir pula berkata, "menyampah politik tak sihat dah hilang akal mampus."


Suhaimi Idris menganggap "apa saja datang daripada papabongok adalah "bongok" sebagaimana keadaannya."


Seorang lagi pembaca, Othman Mohd tidak dapat menerima laporan terbaru ini.


Dia berkata, "tak ada orang nak caya (percaya) dohhh puak Umno niiii.. p aih cherohh duk bohonh gitu laa... ingat Tuhan tu maha kaya... Umno pasti berkuburrrr...insya-ALLAH."


Muhd Nurikhwan Abdullah menulis, "abaikan saja berita macam ini. Tidak tau lagi kebenarannya... benar atau bohong kita tidak layak nak jadi hakim... sila abaikan sahaja khabar angin ini. Bulan Ramadan nak tiba."


Rafka Danial berpendapat bahawa "buat la apa-apa pun kat individu bernama Anwar..., yang pasti rejim BN mesti dihapuskan di muka bumi Malaysia."


Seterik Farick mengambil pendirian berkecuali dengan berkata, "betul atau tidak mahkamah akan tentukan. Yang untungnya BN sebab ketua pembangkang itu akan terus terikat di pintu mahkamah. Kuranglah masanya nak berkempen."

UMNO bla...bla...bla

umno parah terpaksa berpolitik lucah menjatuhkan seseorang apabila gagal berdiri atas kebenaran hujah (mdnajmi)

Isnin, 16 Julai 2012

BANYAK WEH RM100JUTA


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan beberapa inisiatif khusus untuk golongan belia bagi membuktikan sokongan dan pengiktirafan berterusan kerajaan kepada generasi muda Malaysia.

Satu dana yang dikenali sebagai Dana Sukarelawan 1Malaysia (DRe1M) diwujudkan dengan jumlah sebanyak RM100 juta akan disalurkan dalam bentuk geran kepada pertubuhan belia, NGO serta kumpulan belia yang tidak menjadi anggota mana-mana pertubuhan untuk menjalankan program sukarelawan.  

RM 100Juta

Sabtu, 14 Julai 2012

RAJA KUALA LUMPUR BERTITAH

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin hari ini mendakwa portal Malaysiakini memutarbelit satu kenyataan MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar sehingga menunjukkan BN seolah-olah mempengaruhi pilihan raya  .INI TITAH BETA

OREN

Oren di Kuala Lumpur