Pengikut

Rabu, 18 Julai 2012

SENARAI NAMA BAKAL CALON PKR PERAK-KENAPA DEDAH AWAL?

Agak terkejut juga bila terbaca satu posting daripada AntaraPos pagi ni...jadi tanda tanya bagaimana senarai nama calon daripada PKR Perak boleh didedahkan sedangkan tiada pengumuman daripada mana-mana pimpinan PKR Perak...
Beberapa hari lepas, difahamkan akhbar berbahasa cina juga telah mengeluarkan senarai nama bakal calon dari PKR Perak...


PUTRAJAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan bertanding di sekurang-kurangnya 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)  pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan senarai nama calon yang telah dimuktamadkan akan diserahkan pucuk pimpinan tertinggi parti.

Sumber dalaman yang menghubungi AntaraPos berkata 20 nama itu terdiri daripada muka lama dan baru yang akan dikemukakan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lama lagi.


"Ada muka-muka lama... dan ada muka-muka baru... buat masa ini, 20 orang telah disenaraikan pendekkan...


"Semua mereka dilihat berkaliber dan memainkan peranan penting untuk memastikan kemenangan PKR di peringkat DUN Perak," katanya.


Nama yang dibekalkan itu adalah seperti berikut:

Changkat Jering (Dr Muhd Nor Manuty), Pengkalan Hulu (Abdullah Masnan),  Temenggor (Suppian), Kenering (Termizi), Kota Tampan(Shaharuddin), Batu Kurau (Fadhil Alias), Kuala Kurau (Abdul Yunus Jamhari), Alor Pongsu (Zulkifly Ibrahim), Kuala Sapetang (Sandra Ng) Hulu Kinta(Tinagaran).
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan