Pengikut

Jumaat, 30 Julai 2010

BERITA PERAK: BERITA TERKEJUT





Pakatan Rakyat Perak hari ini mahu Kerajaan Zambry Haram menjelaskan kepada rakyat berhubung tujuan membawa usul untuk meluluskan bajet tambahan RM80 juta pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) 3 Ogos ini.

BIASANYA BEGINILAH DI MALAYSIA





Kementerian Pengangkutan diminta menggubal satu polisi yang mewajibkan setiap bas dan van sekolah mempunyai pemandu kedua atau konduktor bagi menjamin keselamatan kanak-kanak khususnya daripada jenayah seksual.

Ini adalah amalan biasa di Malaysia..bila terjadi je satu-satu kes atau musibah, bencana mulalah sibuk nak buat itu dan buat ini...ada peraturan tapi tak mau nak kuatkuasakan...ada Menteri kepala otak kosong...tak tau nak buat apa...lepas tu mula la sibuk...

KES TUN LING..PR DIPERSALAHKAN PULAK





Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, pendakwaan terhadap bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik membuktikan sistem perundangan dan kehakiman negara tidak berat sebelah sebagaimana yang sering didakwa pihak pembangkang.

Sebaliknya beliau berkata, ia membuktikan sistem perundangan di negara ini adalah saksama dan telus kerana tindakan tetap diambil walaupun terhadap seorang bekas anggota Kabinet BN.

"Ini soal undang-undang dan penyiasatan pihak berkuasa...bila sampai satu peringkat pihak berkenaan berpendapat ada tindakan yang perlu diambil, maka mereka bertindak.


"Biasalah pembangkang akan buat apa sahaja kenyataan apabila keputusan tidak menyokong mereka, mereka katalah tidak adil," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai pendakwaan Dr Ling di Mahkamah Sesyen semalam.

Betoi sangat le Pak Din woi !..Mahkamah di Malaysia memang "telalu" adil..sampai bekas Menteri pun kena dakwa...betoi sangat dah tu...tapi yang masih tak kena dakwa ramai lagi..termasuklah lu sendiri..lu pun banyak juga kes..pecah amanah semasa jadi MB Johor..cakap tak pakai akai TPM Malaysia ni..apa ada kena mengena dengan pembangkang..betoi la lu ni...

MCA TAK TERKEJUT - UMNO YANG WAJIB TERKEJUT





Perjuangan MCA bagi memastikan lebih ramai pelajar Cina dapat memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tercapai apabila 92% pelajar Cina yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) berjaya melanjutkan pelajaran mereka.

Setiap tahun UMNO mengadakan Perhimpunan AGUNGnya di PWTC dan setiap tahun jugalah membahaskan USUL PENDIDIKANnya...apa macam..? tak rasa apa-apa ke..?


Khamis, 29 Julai 2010

TENGOK LE SI HISHAM TU..MENYAMPAH i !





gembiranya si hishammuddin ni..
tersegeh-sengeh...



Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin melaungkan slogan Satu Malaysia bersama rakyat Siam yang baru mendapat taraf kerakyatan Malaysia pada Majlis Penganugerahan Taraf Kewargenegaraan Malaysia di Wat Pikhun Thong, Kampung Terbok di Tumpat, Khamis. Turut sama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tok Pa.

TERKINI: TUN LING TAK MENGAKU DIA BERSALAH






Bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik, didakwa atas dua tuduhan pecah amanah berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di Mahkamah Sesyen Putrajaya sebentar tadi.

Mahkamah tetapkan sebutan kes pada 3 September depan dan bekas Presiden MCA itu dibebaskan dengan ikat jamin RM1 juta.

PANAS MEMBARA ! TUN LING LIONG SIK DI DAKWA







PEGUAM Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail bersama pegawai Pejabat Peguam Negara tiba di pekarangan Mahkamah Sesyen Kajang di Putrajaya , dipercayai bagi mengendalikan kes pendakwaan Tun Ling Liong Sik.

Bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik hari ini akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kajang di Putrajaya berhubung pembabitannya dengan skandal Zon Pelabuhan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Ling adalah bekas Presiden MCA juga adalah antara ahli politik terkemuka pernah didakwa atas tuduhan rasuah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.


Agak-agaknya boleh ke Mahkamah di Malaysia ni mendakwa Tun Ling..tak mungkin, mustahil..Kasitah Gadam pun lepas, ni kan pulak Tun Ling...
"kepala ikan kalau sudah busuk, semua akan busuk"..ada betoi ka Tun Ling..?

BERITA PERAK: BIRO DAKWAH 4B BERI AMARAN





Biro Dakwah Gerakan Belia 4B (M) Perak merasa terkilan dengan sesetengah pihak yang menghina mufti Perak Harusssani Zakaria kerana tidak sewajarnya institusi agama yang tidak berpihak kepada mana-mana ideologi politik dikata sedemikian rupa.



Biro Dakwah Gerakan Belia 4B (M) Perak Banyamin Rabiee berkata, dakwaan sesetengah pihak bahawa mufti Perak berpihak kepada satu-satu ideologi politik adalah tidak berasas.


Menurutnya, semua sedia maklum mufti dilantik sendiri oleh Sultan Perak dan bertanggungjawab memberi nasihat dan menegur dalam bidang agama apabila ada isu yang mampu membawa perkara negatif kepada negara.


“Isu perpaduan ummah adalah isu nasional yang sepatutnya menjadi agenda semua pihak dan belia 4B tidak nampak perpaduan boleh dikaitkan dengan politik.


“Kita sedia maklum perpaduan adalah asas pembentukan ummah dan kenapa apabila mufti Perak cuba menegur perkara itu, beliau dihina sedangkan beliau mempunyai kapasiti untuk melakukan demikian,” katanya yang juga Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Parit.


Banyamin mewakili golongan belia Negeri Perak menyeru pihak terlibat yang menghina mufti berkenaan agar tampil memohon maaf secara terbuka dengan mufti itu.


“Kami bersimpati dengan mufti Perak kerana dihina sedemikian rupa sedangkan beliau hanya menjalankan tugas tanpa melibatkan mana-mana politik.


“Kami juga merasa terkilan dengan pihak berkenaan kerana menolak cadangan untuk untuk perpaduan malah menghina mufti Perak yang sudi menawarkan diri untuk menjadi orang tengah dalam menyatukan parti terbesar berkenaan,” katanya.


p/s: kah! kah! kah !

TAKUT JUGA PERKASA PADA KDN








PERKASA sedang mengumpul maklumat jualannya akbarnya Suara Perkasa ekoran terdapat aduan bahawa pihak vendor tidak berani mengedarkannya.

Ketua Editornya berkata, perkara itu mungkin disebabkan pihaknya pernah mendapat amaran keras daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana menggesa Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong ditahan bawah akta ISA.

CERITA JHO LOW MENDEDAHKAN SESUATU..?






Jejaka Malaysia yang selama ini dikaitkan keluar bersama selebriti seperti Paris Hilton dan ramai lagi artis Hollywood kini buat pertama kalinya muncul secara rasmi untuk bercerita tentang diri dan juga kerjayanya.

Dalam satu temuramah eksklusif bersama The Star, jejaka misteri tersebut, Jho Low, 28, dan berasal dari Pulau Pinang antara lain mendedahkan untuk pertama kalinya:


> Bahawa rakan-rakan Arabnya yang sebenarnya suka berbelanja besar dan bukan dirinya;

> Bagaimana dia berjaya memperolehi keuntungan satu jutanya yang pertama ketika masih berusia 20 tahun dan juga urusan-urusan perniagaan bernilai berbilion ringgit yang telah beliau lakukan setakat ini;

> Tentang betapa pentingnya untuk memasuki sekolah yang betul;

> Tentang mewujudkan potfolio bernilai berbilion ringgit yang akan diumumkan menjelang Oktober;

> Bahawa memang benar beliau berparti bersama selebriti terkenal seperti Paris Hilton, Megan Fox, Jamie Foxx, Lindsay Lohan dan Usher tetapi mendakwa laporan akhbar mengenai parti berkenaan sengaja diperbesar-besarkan;

> Bahawa dia membesar di Pulau Pinang tetapi kini mempunyai urusan dan mengembara dari Los Angeles ke New York, London, St Tropez, Abu Dhabi dan Kuala Lumpur.

SAPA MENTERI TU ?





seorang Menteri akan di dakwa di Mahkamah Jalan Duta petang ni...atas kesalahan RASUAH..
siapa...????

ADUN PANTAI KUNDOR IS A CHAIRMAN





Datuk Ab. Rahaman b Ab. Karim, ADUN Pantai Kudor di Negeri Melaka akan dilantik sebagai Pengerusi Sekolah Murid Mengandung...menurut KM Melaka, sekolah berkenaan akan menjadi "paltform terbaik" membantu gadis sepanjang tempoh mereka mengandung..ia juga bagi mengelak timbul prasangka negatif masyarakat terhadap gadis-gadis yang mengandung luar nikah ni....


Rabu, 28 Julai 2010

YB BERAHIM TIADA KENA MENGENA..?

Huruf condong



YB Berahim tidak ada kena mengena dengan cerita di bawah....harap maklum..hehehe


Farah Azlina Latif dikatakan akan berkahwin saksi utama pihak pendakwaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam masa terdekat.

Selasa, 27 Julai 2010

HASIL PASIR SELANGOR : BN vs PR





Hasil pasir selangor
tahun 2005 (BN) RM 3.54 Juta

tahun 2006 (BN) RM 4.37 Juta

tahun 2007 (BN) RM 4.39 Juta

tahun 2008 ( PR) RM 8.17 Juta

tahun 2009 ( PR) RM 13.76 Juta

tahun 2010-sehingga JUN ( PR ) RM 15.3 Juta


patut la khir toyo dengan noh omar bergaduh !!!!!


JANGAN MARAH DR HASAN ALI





Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man meminta semua pihak supaya berhenti daripada terus menuding jari ke arah Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Hasan Mohamed Ali yang didakwa mengadakan perbincangan secara sulit dengan Mufti Perak, Harussani Zakaria berhubung kerjasama Umno-PAS.

Tuan Ibrahim berkata, persepsi negatif dan sebarang bentuk gesaan termasuk supaya Hasan melepaskan jawatan perlu dihentikan serta-merta kerana pertemuan itu hanya berkisar mengenai kemajuan dan kesejahteraan umat Islam di Negeri Selangor dan bukannya berkaitan kerjasama politik Umno-PAS.


Malah beliau berkata, tiada tindakan disiplin akan diambil keatas Hasan kerana tindakannya menemui Harussani berhubung isu kepentingan umat Islam dan perpaduan Melayu tidak melanggar prinsip dan perjuangan PAS.

"Datuk Hasan tak melakukan kesalahan, malah pertemuan itu tidak mewakili PAS secara dasarnya dan yang penting ia bukan bagi membincangkan mengenai perpaduan Umno-PAS.

Isnin, 26 Julai 2010

BODYGUARD PM SOMBONG- ADUN DAMAK




"Dia hanya pengawal (bodyguard) Perdana Menteri, saya ADUN empat penggal!" Demikianlah kemarahan yang diluahkan oleh ADUN Damak, Lau Lee yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Negeri Pahang, ketika menceritakan pengalamannya menyerah memorandum kepada PM Najib Razak.

"Seorang pengawal PM menghalang saya ketika saya ingin menyerah memorandum kepada PM. Dia mencadangkan supaya saya menyerah kepadanya (pengawal PM), tetapi saya bertegas mahu menyerah dengan sendiri," kata Lau Lee (gambar kiri).

"Dia pula berkata, 'kalau nak, serah kepada saya sekarang, kerana jika pun diserah kepada PM, PM akan bagi kepada saya. Kalau kamu enggan serah kepada saya sekarang, saya akan buang memorandum kamu selepas PM serah kepada saya'," Lau Lee menceritakan bagaimana beliau dilayan oleh pengawal PM, dalam Mesyuarat Agung Tahunan MCA Ngeri Pahang, semalam.

Menurut laporan Sin Chew Daily, Lau Lee menggesa agar Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Negeri Pahang, juga Menteri Kesihatan, Liow Tiong Lai membawa mesejnya ke dalam kabinet untuk disampaikan kepada PM. "Kalau boleh, pecat pengawal ini segera!"

Lau Lee selaku Pengerusi MCA bahagian Jerantut, Pahang, mengetuai satu rombongan untuk menyerah satu memorandum berhubung masalah tanah kepada PM, semasa lawatan Najib Razak ke situ pada 3 Julai 2010. Tanpa diduga, Lau Lee menerima layanan yang buruk daripada pengawal PM, yang mendakwa dirinya bernama Sulaiman.

Malah, menurut laporan China Press, Lau Lee dipetik berkata, "Saya menyerah memorandum kepada PM sebagai seorang ADUN, tetapi perlu mengharungi pelbagai rintangan, daripada polis, setiausaha, pengawal..." Beliau juga berkata, "Walaupun PM melaung-laungkan slogan 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan', tetapi setiausahanya, pembantunya, pengawalnya tidak ikut (menyahut seruan PM)..."

BERITA PERAK: SAYA KESAL , SESAL






Zambry Abd Kadir kesal dan sedih tindakan keterlaluan pihak tertentu yang sanggup menggunakan kata-kata kesat terhadap Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

“Salahkah seorang mufti mengajak umat bersatu, tidakkah itu satu tindakan yang wajar sebagai ahli agama membawa saudara sesama Islam ke jalan yang diredai sebagaimana dianjurkan.

“Penghinaan dengan menggunakan kata-kata kesat seperti ‘haramsani’ dan haram jadah’ tidak seharusnya dilontarkan terhadap beliau. "Sebagai umat Islam ia tidak dianjurkan oleh agama kita,”


Beliau yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri berkata, hasil tindakan yang keterlalu:an beliau yakin rakyat dapat membezakan sama ada pihak terbabit daripada kalangan benar memahami Islam ataupun tidak.

Menurutnya, apabila ada cadangan untuk mengadakan kerjasama dua parti, seharusnya ia dipertimbangkan demi masa depan orang Melayu dan umat Islam.


“Saya tidak menuduh ses:iapa dan tidak ingin mengeruhkan keadaan, cuma apa yang saya ingin lihat adalah suasana lebih keinsafan.
“Suara perpaduan yang lahir dari ahli agama (mufti) perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas bukannya ruang lingkup politik semata-mata,” katanya.

Semalam, Harussani mengakui tidak kisah walaupun dihina dengan pelbagai gelaran mengaibkan seperti yang disiarkan dalam lama sosial demi menunaikan amanahnya mengajak umat Islam bersatu.

PERHATIAN !!!





Signboard "amaran" yang terdapat dalam kawasan sebuah Masjid di
Daerah Kinta...



Jumaat, 23 Julai 2010

APA KATA DEME..?





ada adegan sex dengan salah seorang team pendakwaraya...??
manusia paling hebat...??

apa kata Najib...?
apa kata Ghani Patail..?
apa kata Musa Hassan..?
apa kata Zulkifli Nordin..?

Khamis, 22 Julai 2010

MEMANG ELOK KENA HENTAM





Hentam pegawai Persekutuan: Ketua Setiausaha Negara kata Guan Eng melampau



si mamat ni lagi teruk..masa Nizar jadi MB..dia le DALANG BESAR subahat jatuhkan Kerajaan PR Perak...dengan minit mesyuarat EXCO bocor, beri arahan kepada semua Pegawai Daerah supaya jangan kerjasama dengan Pakatan Rakyat..

TIADA TINDAKAN TERHADAP NIK ALI





Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, tiada sebarang tindakan akan diambil terhadap Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang Nik Ali Mat Yunus yang memberi kenyataan balas terhadap tuduhan Ketua Menteri Lim Guan Eng terhadapnya.

Beliau berkata, Nik Ali perlu memberi penjelasan terhadap segala tuduhan berkenaan bagi mempertahankan dirinya.

"Kalau dia (Nik Ali) dituduh dengan perkara tidak benar dan dihentam berkali-kali, dia pun ada nilai diri, kalau dia tak jawab nanti orang kata dia bersalah, jadi wajarlah penjelasan diberikan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan forum Garis Panduan Pemerolehan Nasional di sini hari ini.

Laporan berita sebelum ini menyebut, ketegangan antara Guan Eng dan Nik Ali timbul apabila Ketua Menteri tersebut didakwa beberapa kali mengeluarkan kenyataan menyerang pegawai terbabit.

Antaranya Guan Eng dikatakan mendakwa pegawai berkenaan sebagai “tidak profesional, tidak kompeten, pengecut dan patut dipecat” berhubung isu curi pasir di Balik Pulau.

Dakwaan Guan Eng itu menyebabkan Nik Ali tampil membuat kenyataan dalam media untuk mengkritik Ketua Menteri berkenaan dengan menyifatkannya sebagai biadab manakala tindakannya menyerang Pegawai Pembangunan Negeri itu telah merendahkan statusnya sebagai Ketua Menteri.

Mohd Sidek berkata Jemaah Menteri yang bermesyuarat semalam berpendapat perbuatan menghentam penjawat awam di khalayak ramai tentang perkara yang tidak benar adalah satu perkara yang patut dihentikan.

BERITA PERAK:ZAMBRY CARI SIMPATI





Kerajaan Negeri meluluskan tanah seluas 2,000 hektar bagi mewujudkan tabung khas Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Perak.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, tanah yang dikenal pasti lokasinya di Besout itu akan diusahakan dengan tanaman kelapa sawit.

“Mengikut cadangan, kita akan bangunkan sebuah ladang kelapa sawit dan hasil daripada ladang ini akan diisi ke dalam tabung khas itu.


“Kita tidak dapat menjangkakan pulangannya secara tepat menerusi angka, namun saya jangkakan nilai berjuta ringgit akan terkumpul,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Mingguan di Bilik Mesyuarat Menteri Besar di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, semalam.


Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam, Datuk Dr Mah Hang Soon dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi, Sains dan Teknologi, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid.

Dr Zambry diminta mengulas sama ada Kerajaan Negeri ada memperuntukkan tanah bagi kegunaan SAR selepas kelulusan peruntukan tanah seluas 1,000 hektar kepada sembilan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (Suwa) diumumkan kelmarin.

Difahamkan peruntukan tanah kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (Suwa) itu diluluskan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin ketika pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) di Perak.


Menurutnya, keputusan untuk meluluskan tanah seluas 2,000 hektar itu sudah lama dibuat, namun baru kini ia dimaklumkan.
Dr Zambry berkata, peruntukan tanah itu juga akan digunakan bagi menaikkan taraf dan memperbaiki kedudukan bangunan SAR yang mana sebahagiannya berada dalam keadaan agak tidak memuaskan.

“Kita berharap dengan dana yang diperoleh daripada projek kelapa sawit ini akan memberikan pulangan yang baik bagi membantu pengurusan SAR,” katanya.


Katanya, pengurusan tanah itu bakal dikendalikan oleh Perbadanan Ekonomi Islam Perak yang telah bersetuju untuk membangunkan tanah tersebut.
“Tabung itu akan diuruskan Kerajaan Negeri menerusi Yayasan Perak,” katanya.

SULTAN MURKA- TENGKU TEMENGGONG





Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra menzahirkan rasa dukacita dan kecewa dengan sikap Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, barisan Exco serta pegawai tertinggi kerajaan negeri kerana tidak menyambut keberangkatan pulang baginda daripada menjalani rawatan susulan di Singapura hari ini.

Rasa dukacita Tuanku Ismail itu dinyatakan oleh anakanda baginda, Tengku Temenggong, Tengku Muhammad Fakhry Petra dalam satu kenyataan yang difakskan kepada media lewat petang ini.

Tengku Muhammad Fakhry berkata, ia merupakan satu tindakan biadab yang ditunjukkan oleh pembesar negeri ini ketika baginda berangkat pulang.

Beliau bagaimanapun berkata, Tuanku Ismail menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakyat Kelantan yang sentiasa mendoakan kesihatan baginda supaya segera sembuh dan selamat kembali daripada menjalani rawatan tersebut.

LAGI AHLI DI PECAT





Jawatankuasa Kerja Pusat MIC menolak rayuan dan secara rasmi memecat Pengerusi MIC Petaling Jaya Selatan, V Subramaniam, dan bekas ahli jawatankuasa itu, KP Samy.

Kedudukan dua lagi iaitu bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V Mugilan, dan bekas ahli Jawatankuasa Kerja Pusat, G Kumar Aaman, akan diputuskan pada mesyuarat bulan depan.

SAYA SERTAI MIC





Akhirnya Murugiah masuk MIC..bekerjasama dengan Samy Vellu..

BERITA PERAK: 7 KETUA AMK KELUAR PKR?





Ada berita panas pagi ni teman terima melalui sms...mengikut sms yang dihantar pada teman...7 (TUJUH) Ketua AMK Cabang daripada Perak telah dibawa berjumpa dengan PM Najib Razak pada 21 JULAI 2010.

Pertemuan itu dikatakan telah diatur oleh BEKAS ADUN PKR dan dibantu oleh 2 (DUA) Ketua AMK Cabang...tujuannya tiada lain hanya isytihar keluar PKR...mereka dijanjikan RM 1.5 Juta...kongsi 10 orang...

Betoi ke pertemuan itu telah diadakan...? dan bagi teman kalau betoi pun..ketujuh-tujuh mereka itu hendak dan memang berniat keluar PKR, ianya tidak mendatangkan kesan yang besar pada PKR Perak khususnya AMK Perak...kerana kesemua mereka dah tak ada velue kepada parti..

Dan sebelum ini, memang sudah berlaku pertemuan beberapa Ketua AMK Cabang dengan bekas ADUN PKR itu...kita tunggu dan lihat saja drama terbaru...


Rabu, 21 Julai 2010

BERITA PERAK: SOALAN SIDANG DUN YB NIZAR






YAB DATO’ SERI IR. MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN
ADUN PASIR PANJANG


SOALAN-SOALAN LISAN


1. Soalan kepada EXCO Pembangunan Ekonomi Dan Industri.“Apakah manfaat jangka panjang yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri dengan langkah menjual pegangan saham dlam anak-anak syarikat Kerajaan Negeri kepad syarikat-syarikat korperat bukan bumiputra seperti Kilang Simen Perak Hanjung kepada YTL Berhad dan Ladang Perbadanan Fina kepada KLK Berhad”?

2. Apakah masalah utama yang menyebabkan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri tidak menunjukkan kemajuan dalam menjana pendapatan Negeri khusus Perbadanan Kemajuan Negeri Perak? Sedangkan pihak Kerajaan Negeri menyediakan seperti tanah untuk dimajukan.

3. Apakah kewajaran dan rasionalnya pihak Kerajaan Negeri untuk menyerahkan pengurusan 2 buah sekolah agama terkenal iaitu Sek.Men.Izzudin Shah dan Sek.Men.Raja Perempuan Taayah kepada Kerajaan Pusat sedangkan pada masa yang sama bajet tahun 2010 untuk Kementerian Pendidikan telah dikurangkan…..


SOALAN-SOALAN BERTULIS

1. Melalui berita akhbar bahawa Kerajaan Negeri telah memperoleh sejumlah RM11.6 billion nilai pelaburan asing sepanjang tahun 2009. Nyatakan secara terperinci jumlah mengikut syarikat dan bidang pelaburan serta tahap perkembangannya setakat Februari 2010.

2. Apakah langkah Kerajaan dalam memastikan kawasan perindustrian Kemunting kembali aktif dan berpotensi tinggi dalam menjana ekonomi Negeri? Hari ini banyak kilang yang telah ditutup.

3. Sejauh manakah perkembangan pelaksanaan projek di Wilayah Utara Perak di bawah rancangan NCER?

4. Berapakah nilai kos promosi sepanjang 2009 hingga Februari 2010 untuk meyakinkan rakyat dan pelabur kepada YAB Menteri Besar yang disahkan oleh mahkamah?

5. Sehingga kini bagaimanakah tahap kemajuan projek air bawah tanah di daerah Batang Padang yang diusahakan oleh pihak Sime Darby Berhad?

BERITA PERAK: SOALAN SIDANG DUN PERAK





SOALAN-SOALAN LISAN DARIPADA YB HAJI MOHD ZAINUDIN BIN
MOHD YUSOF ADUN LUBUK MERBAU N20 DI DALAM MESYUARAT
KEDUA, PENGGAL KETIGA, DEWAN NEGERI YANG KEDUA BELAS
PERAK DARUL RIDZUAN MULAI 03 OGOS 2010.


1. Projek “Electrified Double Track” utara selatan membuka lembaran baru di- dalam sejarah pembangunan sistem pengangkutan darat di negara kita. Pemba- ngunan projek tersebut adalah dialu-alukan. Namun di kawasan Dun Lubuk Merbau terdapat 64 lot tanah telah diambilalih, oleh pihak kerajaan di bawah Akta Pengam- bilan Balik Tanah 1960, sehingga menyebabkan penghuni tanah tersebut terpaksa berpindah ke tempat lain secara menumpang dengan keluarga terdekat.

1.1: Apakah langkah-langkah kerajaan untuk membantu dan meringankan
kesukaran dan beban yang di tanggung oleh penghuni lot - lot tanah
terbabit ?.

1.2: Adakah kerajaan merancang untuk mengujudkan penempatan baru
untuk penghuni lot-lot tanah tersebut ?.

2. Berapakah keluasan tanah kerajaan yang diusahakan tanpa izin melebihi 25 tahun oleh pemastautin Dun Lubuk Merbau dan:

2.1: Berapakah lot-lot tanah yang telah dikeluarkan suratan hakmilik ?.

2.2: Berapakah lot-lot tanah yang telah diluluskan tetapi belum dikeluarkan
suratan hakmilik ?.

2.3: Berapakah lot-lot tanah yang sedang di proses untuk diluluskan ?.

3. Berapa ramaikah KIR (Ketua Isi Rumah) yang berada di bawah paras kemis- kinan tegar di negeri Perak pada 31.12.09 ?.

3.1: Apakah langkah-langkah kerajaan negeri untuk meringankan kesem-
pitan hidup mereka ?.

3.2: Apakah langkah-langkah jangkapanjang untuk mengeluarkan mereka
dari kelompok kemiskinan itu ?.

SOALAN BERTULIS.

4. Adakah kerajaan Perak mempunyai tabung khas untuk membantu Ibu - ibu
Tunggal untuk memulakan hidup baru melalui inisiatif untuk berdikari ?.

5. Apakah komponen-komponen penting dan berapakah peruntukan yang telah diluluskan kepada kerajaan Perak di bawah RMK Ke-10 ?.

6. Sila nyatakan pencapaian dasar setinggan sifar sebagaimana yang ditetap- kan di dalam KPI dasar tersebut ?.

7. Apakah usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan daya tarikan pelancong ke Negeri Perak ?.

8. Apakah status projek naik taraf Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah bernilai 60 juta ringgit yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan ?.

GHANI PATAIL PUAS HATI





Malaysia berpuas hati dengan kerjasama Britain dalam siasatan berhubung penulis blog Raja Petra Kamaruddin yang melarikan diri ke London, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Katanya perkara itu perlu ditangani berdasarkan saluran perundangan, dan dalam soal ini, Malaysia perlu menghormati undang-undang Britain.

"Saya tak ada komplen. Ia harus dijalankan mengikut undang-undang. Kita tidak boleh melanggar undang-undang negara lain," katanya selepas upacara menandatangani Perjanjian Bersama Bantuan Undang-undang Dalam Perkara Jenayah antara Malaysia dan Britain di sini, Rabu.

Raja Petra dipercayai melarikan diri ke Britain selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah tahun lepas berhubung artikelnya yang didakwa berunsur hasutan dan fitnah.

Ketika ditanya sama ada perjanjian hari ini akan membantu usaha membawa balik Raja Petra ke Malaysia, Abdul Gani berkata : "Ia akan membantu dalam semua kes bukan saja yang melibatkan Raja Petra. Tetapi kita harus ingat bahawa kita perlu patuhi undang-undang pihak lain. Ini bukannya soal mudah."

Abdul Gani juga menjelaskan bahawa apa yang dimeterai hari ini bukannya perjanjian ekstradisi kerana itu adalah satu proses lain.

Bagaimanapun, katanya, Malaysia boleh membuat permohonan kepada mana-mana negara atas arahan Menteri Dalam Negeri dan tertakluk kepada undang-undang negara berkenaan.

"Memang ada persefahaman mengenai ekstradisi ini tetapi setakat ini kita tidak membuat sebarang permohonan kepada United Kingdom bagi perjanjian ekstradisi yang sebenarnya.

"Perjanjian ekstradisi adalah sesuatu yang kita perlu fikirkan kemudian, tetapi kita berpuas hati dengan perjanjian bantuan bersama yang dimeterai hari ni," katanya.

Ketika ditanya sama ada jawapan bertulis daripada bekas penyiasat persendirian S.Balasubramaniam kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh diterima di mahkamah di negara ini, Abdul Gani berkata : "Apa saja yang dilakukan oleh SPRM, mereka harus patuh kepada undang-undang kita. Keterangan tak semestinya yang dicatat oleh polis. Semua dokumen boleh diterima di mahkamah asalkan kita patuh kepada undang-undang. Bagi saya, tak ada masalah."

Balasubramaniam dikehendaki menjelaskan dua akuan berkanun yang bercanggah yang dibuatnya berhubung pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

SPRM membatalkan hasrat untuk pergi ke London bagi mendapatkan keterangan daripada penyiasat persendirian itu dan sebaliknya mengemukakan soalan menerusi peguam beliau.

BERITA PERAK: 9 SEKOLAH SUWA DAPAT TANAH





Sembilan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (Suwa) di sekitar negeri menerima khabar gembira apabila Kerajaan Negeri meluluskan permohonan peruntukan tanah seluas 1,000 hektar bertujuan membiayai sumber kewangan sekolah-sekolah berkenaan.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, tanah itu bakal digunakan untuk penanaman kelapa sawit dan ianya mendapat perhatian daripada beberapa syarikat untuk mengusahakan tanah berkenaan.

Bagaimanapun katanya, pihak sekolah berkenaan telah menubuhkan syarikat sendiri bagi membantu menguruskan tanah tersebut.

“Secara keseluruhannya, hak milik pajakan bagi tanah berkenaan adalah selama 99 tahun bagi kegunaan penanaman kelapa sawit.

“Selain itu, premium bernilai RM2,000 dengan nilai cukai tanah adalah sebanyak RM65 setahun juga diperuntukkan bagi pegangan 20 hektar atau lebih.

“Sehingga ke hari ini, difahamkan ada syarikat berminat dengan tanah berkenaan dan menawarkan sejumlah RM3.6 juta setahun kepada sekolah-sekolah berkenaan sebagai ganjaran kepada mereka mengusahakan tanah berkenaan,” katanya kepada pemberita.

Hang Soon berkata demikian pada sidang media sempena majlis penyerahan surat kelulusan berkenaan kepada wakil pihak syarikat yang mengendalikan tanah berkenaan, di pejabatnya, semalam.

Hadir sama, beberapa pengerusi serta ahli-ahli lembaga sekolah-sekolah Suwa dari sekitar negeri.

Sementara itu, Hang Soon berkata, kelulusan tanah berkenaan bukanlah bermakna ianya boleh selesaikan masalah sumber pendapatan dan kewangan di sekolah-sekolah Suwa.

Katanya, orang ramai juga perlu terus menghulurkan bantuan kepada sekolah-sekolah Suwa, bagi memastikan operasi sekolah-sekolah Suwa ini berterusan pada masa hadapan.


nota kaki busuk: ari tu marah sangat ke YB Nizar, kerana bagi tanah pada Sekolah-Sekolah SUWA...hari ni BN buat benda yang sama...

YB "BEBAS" BAGAN SERAI INGIN SERTAI PAS ?





Saya ingin bersama PAS.....

APA CITE ADUN MACHANG BUBOK NI..?





Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubok, Tan Hock Leong dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan dakwaan beliau tidak pernah meninjau kawasan dalam Ranting Jalan Permatang Tinggi sejak lebih dua tahun menjadi ADUN di sana, seperti yang dikatakan bekas Naib Ketua Ranting, Ismail Md Ali, kelmarin.

Isu itu dijadikan alasan sehingga Ismail dan pengikutnya dalam ranting bertindak keluar parti dan menyertai UMNO, Ahad lalu.

Tan Hock Leong berkata, beliau sentiasa berusaha menunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat sebaik mungkin dan berlaku adil di semua kawasan selepas dipilih dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

Beliau sedikit terkilan apabila pihak berkenaan dikatakan melemparkan dakwaan tidak berasas yang sedikit sebanyak mencalarkan imejnya sebagai ADUN.

“Siapa kata saya tidak pernah melawat Ranting Jalan Permatang Tinggi. Saya punya bukti untuk menangkis semua tuduhan tidak berasas itu. Pelbagai aktiviti dan juga bantuan telah pun disalurkan kepada penduduk.

“Pada 2 Julai lalu juga saya ada turun ke Kampung Kijang ketika mereka mengadakan gotong-royong besar-besaran. Di sana, saya memberikan peruntukan membaiki jalan selain melawat ke rumah orang sakit dan susah, “ katanya.

Hock Leong berkata, selain itu longkang sepanjang 180 meter juga dibina di kampung itu bagi mengurangkan masalah banjir dan sangkar batu bagi mengelak hakisan sungai.

“Itu masih dikatakan tidak ambil tahu hal orang kampung, saya hairan bagaimana mereka boleh berkata demikian. Mungkin mereka maksudkan saya tidak ‘turun ke padang’. Ya, kerana Kampung Kijang memang tiada padang,” katanya.

Belum terima surat letak jawatan

Hock Leong mendakwa, tidak lebih dari 10 ahli sahaja yang keluar parti pada majlis pembubaran ranting Ahad lalu, bukan 56 seperti yang didakwa mereka.

Menurutnya, surat peletakan jawatan juga masih belum diterima daripada mereka setakat ini. Namun, perpindahan mereka ke parti lawan dialu-alukan dan sedikit pun tidak memberi kesan ke atas parti dan ranting.

“Tindakan mereka membubarkan ranting juga tidak sah kerana tidak berhak untuk membuat pembubaran dan bukan semua ahli ranting mengikut jejak langkah mereka, “ katanya.

Sehubungan itu, beliau akan membuat pemilihan semula jawatankuasa ranting dalam tempoh seminggu.

Mengenai bekas Ketua Ranting, Shafie Ali, Hock Leong berkata, Shafie bukan sahaja seorang ketua ranting, tetapi juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Cabang Bukit Mertajam.

Sepanjang tempoh menjadi ketua, Shafie dikatakan tidak pernah menunjukkan komitmen yang baik dalam ranting.

Selain itu, Shafie juga didakwa tidak menghadiri mesyuarat cabang dan aktiviti kampung setiap kali ia diadakan.

“Jika penduduk meminta bantuan, seharusnya sebagai ketua beliau (Shafie) perlu mengambil segala butiran dan berjumpa dengan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

“Mengapa dia tidak berbuat demikian dan menyalahkan orang lain pula yang tidak melaksanakan tanggungjawab. JKKK Alma-Bukit Minyak sememangnya salah satu JKKK yang aktif dalam kawasan Machang Bubok. Jadi, di sini siapa yang tidak buat kerja,” katanya ketika ditemui di pusat khidmatnya, di sini.

Beliau mendakwa, ia secara jelas menunjukkan perpindahan mereka bermotif politik dan ada pihak yang mengambil kesempatan di atas kekecewaan mereka itu.

Namun, Hock Leong enggan membuat sebarang tuduhan kerana tidak mempunyai bukti dan membiarkan penduduk membuat keputusan.

Ketika ini, beliau juga sedang berbincang bersama peguam bagi mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang terlibat dalam membuat dakwaan palsu ke atasnya.

Terdahulu Sinar Harian siaran 20 Julai melaporkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ranting Jalan Permatang Tinggi, bubar setelah 56 ahlinya mengambil keputusan menyertai UMNO.

Majlis penyerahan borang keahlian UMNO diserahkan bekas Ketua PKR Ranting Jalan Permatang Tinggi, Shafie Ali kepada Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Tuduhan tidak berasas

AJK Ranting, Mustafa Osman berkata, semua tuduhan yang dilemparkan ke atas Hock Leong adalah tidak berasas.

Menurutnya, pelantikan Shafie sebagai ketua ketika ranting ditubuhkan pada 15 November 2009 diatur sendiri beliau dan pengikutnya tanpa mesyuarat serta pemilihan mengikut cara yang betul.

“Selama ini mereka berada dalam ranting hanya untuk kuasa, bukan niat ingin berkhidmat secara ikhlas. Saya rasa marah dengan tindakan yang dibuat, rasa terkejut kerana mereka tiba-tiba keluar tanpa memaklumkan kepada sesiapa.

“Saya masih ahli dalam ranting, dan ramai lagi yang masih setia, mengapa mereka kata semua 56 ahli sudah keluar. Selama jadi ketua pun dia (Shafie) tidak pernah menyumbangkan apa-apa dan perpindahan dia serta pengikutnya juga tidak memberikan kesan,” katanya.

Seorang lagi ahli ranting, Zulkifli Omar berkata, sejak ranting ditubuhkan, hanya sekali mesyuarat diadakan. Jika ada mesyuarat lain, ahli lain termasuk dirinya tidak pernah dipanggil.

Justeru, dia kecewa apabila mereka tiba-tiba membuat kenyataan bahawa Hock Leong tidak pernah turun padang.

“Sebagai ahli dalam ranting, saya akan tetap setia menyokong ADUN dalam membantu penduduk. Mereka yang keluar ini hanyalah berkepentingan peribadi,” katanya.

Pengerusi JKKK Alma-Bukit Minyak, Mustafa Arifin berkata, tindakan mereka keluar parti adalah bermotifkan politik untuk menjatuhkan imej PKR seterusnya mengambil alih kuasa di Bukit Mertajam.

Menurutnya, ia juga merupakan propaganda dari segi psikologi yang dibuat untuk memberitahu rakyat PKR sudah lemah.

“Ini semua hanya mainan politik. PKR masih kukuh, dan perbuatan mereka ini langsung tidak melemahkan ahli. Sebaliknya, kesetiaan ahli kepada parti akan lebih kuat dan kami semua akan setia menyokong dan berada di belakang Yang Berhormat (Hock Leong), ” katanya.