Pengikut

Selasa, 20 Julai 2010

SAYA BUKAN PEMBOHONG-HARUSSANI





Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini menafikan dakwaan dua Naib Presiden Pas bahawa kononnya beliau membuat fitnah serta melakukan satu pembohongan berhubung adanya pemimpin Pas dan UMNO yang menemuinya untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan kedua-dua parti itu.

"Saya seorang mufti takkanlah saya nak membohong, cuma saya tak nak sebut nama orang yang bertemu dengan saya itu....jadi saya tidak membohong. Dia nak tuduh saya membohong itu dia punya pasal.

"Yang penting dia seorang Islam atau tidak...berjuang atas nama Islam atau tidak, kenapa nak bersekongkol dengan yang lainnya," katanya selepas pertemuan dengan Najib Razak dan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam di sini sebentar tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan