Pengikut
Selasa, 20 Julai 2010
PETISYEN HULU SELANGOR: PERTARUNGAN SEBENAR BERMULA ESOK
Mahkamah Pilihan Raya Kuala Lumpur hari ini menolak bantahan awal yang dikemukakan oleh Datuk Zaid Ibrahim terhadap permohonan MP BN yang memenangi PRK Hulu Selangor, Kamalanathan untuk membatalkan petisyen plihan raya yang dikemukakannya.
Keputusan itu di buat oleh Hakim Datuk Azhar Mohamed petang ini.
"Jadi esok, saya akan mendengar permohonan awal bagi membatalkan petisyen Zaid dan merit berhubung petisyen itu,” katanya. Hakim Azahar juga memetik tugas kes undang-undang yang menyebut hakim pilihan raya mesti mempunyai kuasa membatalkan permohonan pilihan raya.
Peguam Kamalanathan - Firoz Hussein berkata "pertarungan sebenar" akan bermula esok apabila mereka cuba menyakinkan hakim supaya menolak petisyen yang dikemukakan oleh Zaid.
Pada 24 Mei lalu, Zaid memfailkan petisyen agar keputusan pilihan raya kecil April lalu itu diisytihar tidak sah dan dibatalkan dengan mendakwa berlakunya rasuah dalam bentuk sogokan kepada penduduk.
Selain itu, katanya, Zaid gagal mengenal pasti orang yang didakwanya ditawarkan sogokan. Kamalanathan diwakili peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan Cheng Mai manakala Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan dan Mohd Azhar Mohd Yusof mewakili pegawai pengurus pilihan raya dan SPR. Peguam Ang Hean Leng, Leong Sher How dan Azahar Azizan Harun mewakili Zaid.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan