Pengikut

Isnin, 19 Julai 2010

BIRU WARNA POLIS





Kerajaan akan mempertimbangkan permintaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memberikan hak eksklusif warna biru hanya kepada uniform pasukan itu sahaja.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkara itu perlu dikaji kerana ia melibatkan banyak pihak.

“Kita tidak boleh membuat keputusan sekarang kerana ia tentu ada pro dan kontranya. Tetapi saya faham sangat dengan kehendak polis ini, jadi kita perlu periksa dan lihat terperinci.

“Ini termasuk melihat uniform pasukan lain yang ada persamaan dengan polis dan berapa agensi menggunakannya,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan