Pengikut
Isnin, 19 Julai 2010
JANGAN TUNDUK DENGAN UMNO SELANGOR
Badan bertindak pengusaha dan pembeli pasir Selangor hari ini mendesak kerajaan negeri itu supaya tidak tunduk kepada desakan pembangkang supaya Kumpulan Semesta Sdn Bhd dibubarkan.
Pengerusinya, Raja Kamarudin Raja Ab Wahid berkata, tindakan tersebut akan menyebabkan lesen mereka yang dilesenkan KSSB akan terbatal.
"Maknanya kami akan tanggung kerugian besar. Adakah Umno akan bayar kerugian ini," katanya ketika menyerahkan satu memorandum kepada exco sumber alam Yaakob Sapari. Raja Kamaruddin bersama hampir 50 orang penyokong menyerahkan memorandum tersebut kepada Yaakob di lobi bangunan SUK, Shah Alam hari ini.
"Apa yang menakutkan lagi, pembangkang mendesak permit pasir Selangor tidak dikeluarkan lagi untuk tanah kerajaan," katanya lagi. Beliau berkata, desakan itu dibuat bagi mendapatkan permit melombong pasir di tanah persendirian.
"Kebanyakan tanah persendirian di Selangor telah disapu bersih oleh kroni pemimpin kerajaan BN Umno. "Yang tinggal kepada kerajaan Pakatan adalah lubang-lubang yang telah dikorek zaman BN Umno memerintah," katanya lagi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan