Pengikut
Selasa, 20 Julai 2010
LIM GUAN ENG HINA SAYA
“Saya sudah banyak bersabar dengan kenyataan melampau Lim Guan Eng yang menghina peribadi dan kerjaya saya,” kata Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, Nik Ali Mat Yunus.
Menurutnya, kenyataan Ketua Menteri itu kelmarin adalah serangan ketiga terhadapnya selepas mendakwa beliau tidak menyediakan tempat duduk kepadanya pada majlis pelancaran keretapi Bukit Bendera tahun lalu selain isu pintu gerbang di Taman Botani.
“Dia menghina saya dan kerjaya saya selain Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) selaku institusi yang bertanggungjawab memelihara kepentingan Kerajaan Persekutuan untuk membawa kesejahteraan kepada rakyat Pulau Pinang.
“Sebelum ini dia gelar saya ‘pegawai tidak kompeten’, ‘Little Napoleon’, ‘pengecut’ dan sebagainya namun saya masih boleh bersabar, tetapi apabila saya berdiam diri, saya seolah-olah menjadi kambing hitam Guan Eng.
Oleh itu, kata Nik Ali, sudah sampai masa untuk beliau mengingatkan Guan Eng, berhati-hati mengeluarkan kenyataan berkaitan dirinya.
“Beliau sepatutnya siasat dahulu semua fakta mengenai struktur, peranan, kuasa dan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan. Kenyataannya sangat biadab dan tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang Ketua Menteri,” katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan