Pengikut

Jumaat, 2 Julai 2010

YB KESAVAN MASIH ADA LAGI...






Seramai 230 penyokong dari empat cawangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam kawasan parlimen Bagan Datoh telah keluar daripada parti itu untuk menyertai parti Makkal Sakhti.

Empat cawangan PKR itu ialah cawangan Sungai Timah, Batu 25, Taman Desa Baru dan Hutan Melintang.

Bekas Ketua PKR Cawangan Batu 25 M.Subaramaniam menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Pemuda Makkal Sakhti Pusat, N.Ramu di sini malam tadi.

Kebanyakan mereka yang menyertai Makkal Sakhti berusia sekitar 35 tahun.

Subramaniam berkata mereka sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan PKR yang sejak akhir ini tidak konsisten dalam memperjuangkan nasib masyarakat India selain gagal menunaikan pelbagai janji yang ditabur.

1 ulasan:

  1. gua bab ni no komen,,, !! tak nak sakit kan hati org lain but aruah mak gua pesan jika jumpa ular dan mangkok ni, maka katuk dulu mangkok ni hehhehehe

    BalasPadam