Pengikut

Selasa, 20 Julai 2010

BERITA PERAK: GMP OH GMP





Gabungan Melayu Perak (GMP) Kuala Kangsar menyokong penuh usaha untuk menyatukan UMNO dan Pas demi perpaduan Melayu, sekali gus mendatangkan manfaat kepada pembangunan negara.

Pengerusi GMP Daerah Kuala Kangsar, Toh Kamar Lela Mohd Shukri berkata, penyatuan UMNO dan Pas adalah matlamat GMP kerana hanya melalui cara itu dapat mengukuhkan perpaduan bangsa serta agama.

Menurutnya, GMP juga yakin sekiranya kerjasama itu direalisasikan keputusan pada pilihan raya umum akan datang boleh mencatat keputusan yang lebih baik.

“GMP yakin hanya orang Melayu melalui UMNO dan Pas dapat menyelamatkan orang Melayu dan kepentingan umat Islam di negara ini.

“Ini adalah salah satu impian umat Islam untuk melihat Melayu bersama memainkan peranan mengembalikan perpaduan dalam kalangan politik Melayu.

“Kedua-dua parti sama ada UMNO atau Pas harus bertanggungjawab sekiranya kuasa Melayu hilang di tanah air sendiri,” katanya kepada pemberita, di sini, Jumaat lalu.

Beliau berkata, UMNO dan Pas perlu melupakan fahaman politik yang berbeza demi penyatuan Melayu dan Islam.

“Perkara paling penting harus dielakkan ialah membuang keegoan dan kepentingan peribadi masing-masing kerana ia boleh membawa kepada pecah-belah.

“Bagaimanapun, kita ingatkan bahawa di dalam usaha untuk mewujudkan penyatuan ini ada segelintir pemimpin yang tidak senang kerana ia akan melengkapkan agenda-agenda peribadi mereka.

“Wujud juga golongan seperti duri dalam daging dan segala perancangan harus dilakukan dengan berhati-hati.


nota ibu kaki: UMNO rampas Perak daripada PR...masihkah kau ingat!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan