Bekas ahli UMNO yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) digesa kembali semula ke parti itu berikutan pendedahan terbaru penulis blog luar negara bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan alat kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA), Amerika Syarikat.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, dengan kemasukan semula golongan tersebut ke dalam UMNO akan dapat menguatkan lagi perjuangan orang Melayu di negara ini.
Beliau berkata, mereka perlu memahami tindak tanduk Penasihat PKR itu ibarat 'sesumpah' yang mempunyai pendirian yang tidak tetap dan sering berubah mengikut kepentingan diri.
"Diharapkan penulis blog berkenaan mempunyai lunas-lunas yang menyokong dakwaan tersebut. Tetapi saya percaya apa yang diterbitkan itu tentulah sudah disiasat oleh penulisnya, bukan tulisan kosong.
"Saya juga percaya rakyat sudah tahu apa yang perlu dilakukan dan menilai siapa sebenarnya penasihat PKR itu. Malah sudah tiba masanya kita perlu bijak meneliti sejarah dan belajar daripadanya," katanya.
Cerita tepi parit mana yang dikutip oleh utusan ni...tiba-tiba keluar cerita mengarut ni..
BalasPadamMenteri umno sekor ni lagi haprak...duk kutip cerita tepi parit...
Eloklah blogger, utusan dan pemimpin umno semuanya "mangkuk ayun".
Wahai Melayu semua , cukup-cukuplah mengundi pemimpin yang bangang ni.