Pengikut

Rabu, 18 Julai 2012

DULU SAYA DIGELAR MAHAZALIM, FIRAUN-APA SALAH SAYA?

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang masih dilihat sebagai pemimpin politik yang berpengaruh, kelihatan terkilan dengan label pihak tertentu mendakwa beliau seorang diktator.

  Dr Mahathir meminta pengunjung-pengunjung blognya agar memberikan pandangan apa yang telah beliau lakukan sehingga ada pihak melabelnya seorang diktator.

 Dalam entri terbaru blognya, Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun sejak 1981 berkata, "Benito Mussolini, Ferdinand Marcos, Presiden Rumania Nicolae Ceau┼čescu yang dibunuh, dan ramai lagi yang dicap sebagai diktator. Demikian juga (Muammar) Gadaffi dan Saddam Hussein."

"Ada lagi diktator yang dikenali umum. Hitler mendirikan pemerintahan kuku besi Nazi di Jerman. Enam juta Yahudi dibunuh dalam kamar gas. Yang tidak dibunuh, disiksa sehingga ramai yang mati," kata beliau ketika menghuraikan kepimpinan beliau selama lebih dua dekad.


Beliau yang juga bekas Presiden Umno berkata, buatlah apa pun, musuh pihak yang bergelar tidak akan henti mengguna gelaran.


"Sebagai Perdana Menteri dahulu saya diberi banyak gelaran. Mahazalim, Firaun, diktator adalah antara gelaran yang dicipta oleh musuh politik saya. 
BACA SINI: APA SALAH SAYA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan