Sebanyak 17 Cabang PKR Perak menyokong penuh Mustafa Kamil Ayub kekal sebagai Pengerusi PKR di negeri ini.
Setiausaha PKR Perak, Anuar Zakaria berkata, satu memorandum sudah disampaikan supaya Mustafa menyambung jawatan yang disandangnya sebelum ini.
Menurutnya, mereka menyokong Mustafa kerana rekod pencapaian yang ditunjukkan sepanjang menerajui Perak amat baik.
“Mustafa banyak membina keyakinan dan pemulihan imej dalam kalangan ahli sewaktu kejatuhan Pakatan Rakyat pada Februari tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam. sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan