Pengikut

Isnin, 18 Oktober 2010

TERKINI: PRU 13 BULAN APRIL- BN SUKAR DAPAT 2/3-TUN M

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi memperoleh semula majoriti dua pertiga bakal melalui laluan sulit dalam pilihan raya umum akan datang ekoran prestasi suram pendahulunya, kata Tun Dr Mahathir

"Najib warisi kerajaan yang buruk. Beliau lebih hebat daripada Perdana Menteri nombor lima Tun Abdullah yang tidak cekap," katanya perdana menteri keempat itu kepada pemberita hari ini.

Ditemui di sebuah forum antarabangsa di Kuala Lumpur, Dr Mahathir terus mengkritik Abdullah, penggantinya yang didakwanya mensia-siakan mandat besar yang diperoleh dalam pilihan raya umum 2004 lalu.

"Bila kamu mendapat dua pertiga majoriti, ia patut digunakan untuk perkara yang betul. Dalam empat tahun, daripada 2004 hingga 2008 Abdulllah lakukan banyak perkara salah yang menyebabkan beliau kalah pada 2008," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan