Pengikut

Isnin, 4 Oktober 2010

PERAK NEWS: DIA YANG KECEWA..?

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham kecewa dan kesal dengan tindakan Timbalan Pengerusi DAP Perak, M.Kulasegaran kerana menghebahkan tentang isu dalam dan pergolakan dalaman parti berkenaan kepada pihak media.

Koo Ham yang baru sahaja dimaklumkan berhubung desas-desus perletakan Kulasegaran itu ternyata terkejut dengan hasrat Kulasegaran yang didakwa tidak mematuhi disiplin Parti agar mendapatkan kebenaran yang sah daripada Jawatankuasa Negeri sebelum bertindak memaklumkan kepada pihak akhbar.


“Saya kesal kerana M.Kulasegaran menyatakan hasrat beliau meletak jawatan menerusi Twitter tanpa sebarang notis sah daripada Jawatankuasa Negeri.


“Keadaan ini memberikan pandangan yang buruk terhadap DAP. Saya berharap agar semua ahli mematuhi disiplin Parti dengan mengunakan saluran yang betul dalam menyampaikan segala isu dan pendapat.”


Terdahulu, Kulasegaran dilaporkan ‘merajuk’ dengan kewujudan dua kumpulan dalam DAP Perak iaitu di antara Koo Ham dan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming (Ngeh – Nga) serta beliau sendiri dan Thomas Su (Kula- Thomas).


Memetik sumber sebagai berkata, Ngeh-Nga telah menubuhkan 90 cawangan sebagai persiapan pada Konvensyen DAP Negeri, 21 November ini bagi memilih pimpinan tertinggi negeri dalam usaha menewaskan Kulasegaran.


Pergolakan itu dilihat berlarutan sejak tahun 2008 iaitu selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 meskipun beberapa mesyuarat dan rundingan diadakan di peringkat Jawatankuasa Tertinggi Pusat, namun gagal mencapai kata sepakat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan