Pengikut

Rabu, 6 Oktober 2010

SHAIFUUDIN TERIMA CABARAN MUHYIDDIN

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau menjawab cabaran Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini dengan mendedahkan satu nama didakwa mendalangi kekecohan ketika pemilihan cabang parti itu dua minggu lalu.
 
Selain itu menurut Saifuddin , beliau sedang meneliti satu lagi nama yang dipercayai ahli sebuah “parti terbesar” dalam Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun beliau enggan menamakan parti itu, tetapi memberitahu akan “checkmate” Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno, sebagai sahaja memperoleh maklumat lengkap.

“Ya, boleh sifatkan begitu,” kata beliau ketika ditanya sama ada respons beliau hari ini boleh dianggap sebagai menerima cabaran Muhyiddin minggu lalu.sumber

1 ulasan:

  1. Lawan YB Saifuddin,Buktikan PR tidak pernah menipu dan membelit fakta.Buktikan bahawa umnolah yang selama ini membelit fakta dan meniu rakyat!

    BalasPadam