Ianya berikutan tindakan Mustafa yang mahu mencari populariti menjelang pertandingan pemilihan PKR pada tahun ini..
Mustaffa Kamil Ayub semalam yang menimbulkan persoalan siapakah yang membawa Rahimi masuk ke ibu pejabat PKR?.. Jawap ringkas Rahimi... Tanyalah Anwar [klik sini]...
"Ada juga yang tanya siapa bawa masuk saya dalam pejabat Anwar? Jawapan saya, tanyalah Anwar sendiri"..Rasanya ramai yang terkedu dengan jawapan Rahimi ini... namun kita melihat akhir-akhir ini tidak ramai pemimpin PKR yang mula membisu mengenai tindakan Rahimi yang kemungkinan ada arahan Anwar supaya isu ini disenyapkan begitu sahaja dan jangan panaskan isu ini.
Rahimi juga membidas Mustafa yang ingin bertanding jawatan tertinggi PKR tapi cakap tak guna otak tetapi menggunakan kepala lutut.. memang ini kenyataan yang sesuai kepada semua pemimpin PKR...
Ianya berikutan Mustafa sekali lagi mempertikaikan kenapa Rahimi "beriya-iya" mahu memadamkan nama Perdana Menteri Datuk Najib Razak dan isterinya Datuk Seri Rosmah Mansor sekarang, sedangkan kedua-dua mereka begitu berdiam diri.
Rahimi menepis dakwaan tersebut "Saya bukannya beriya-iya untuk mempertahankan perdana menteri dan isteri. Lagipun sebagai PM, kenapa pula dia perlu buang masa untuk melayan perkara-perkara sebegini sedangkan ia dalam siasatan polis.
Sekali lagi si Mangkuk Ayun Mustaffa ini terkena dengan rahimi, apabila Mustafa dilabel cakap guna kepala lutut.. ianya mengenai pertikaian tindakan yang terus mempersoalkan kenapa beliau mengambil tindakan itu sekarang, walaupun mendakwa dipaksa menandatangani akuan bersumpah itu pada 2008 lagi.
Rahimi dakwa persoalan itu telah pun dijawab dengan penuh terperinci dan disiarkan dalam akhbar.
"Cita-citanya ingin bertanding jawatan tinggi dalam PKR, tetapi nampak sangat dia sendiri tak baca berita. Macam mana nak jadi pemimpin?
"Nasihat saya, lain kali kalau nak cakap gunalah akal dahulu, jangan terlalu terdesak mencari populariti untuk meraih undi ahli serta mendapatkan pujian dan sokongan pemimpin atasan yang sebenarnya memandang rendah pada mereka," kata Rahimi. SUMBER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan