Pengikut

Jumaat, 1 Oktober 2010

PERAK NEWS: MAP LAWAN AZMIN, LAWAN ZAID.

Pengerusi PKR Perak Hj Mustafa Kamil Ayub tetap 'berkeras' bertanding jawatan nombor dua dalam parti itu walaupun agak ketinggalan menerima pencalonan daripada cabang berbanding pesaingnya Azmin Ali dan Datuk Zaid Ibrahim.

Mustafa mengambil keputusan itu, antaranya supaya dapat terus menyumbang ke peringkat yang lebih tinggi dalam PKR.

Pengumuman rasminya berhubung perkara itu dibuat dalam satu sidang media di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Sebelum ini, beliau mengatakan ada serangan hebat yang membawa kepada kekalahan di peringkat cabang minggu lalu tapi ia tidak menjejaskan pertimbangan dalam menentukan sama ada menerima pencalonan bertanding jawatan timbalan presiden, kata beliau.Beliau juga dicalonkan untuk mengekalkan kerusi Naib Presiden.

Mustaffa, antara tujuh pemimpin yang dicalonkan bertanding jawatan timbalan presiden parti itu kali ini, gagal dalam persaingan jawatan ketua cabang Pasir Salak, Perak pada 25 September lalu.

Pengerusi PKR Perak itu ditewaskan oleh bekas Ketua Cabang  dengan perbezaan 17 undi.
Dalam saingan satu lawan satu Mustafa mendapat 94 undi manakala Osman pula menerima 111 undi.

Mustaffa memangku jawatan ketua cabang itu selepas Osman berundur sementara atas sebab peribadi tiga tahun lalu.

Mengulas lanjut, Mustaffa berkata, beliau sebenarnya telah berhadapan dengan “serangan yang cukup hebat” daripada luar parti sehingga membawa kepada kekalahan.

“Penyokong-penyokong saya mengatakan bahawa mereka hendak membuat bantahan... itu adalah proses biasa, dan saya izinkan.

“Namun, saya dapat melihat adanya serangan yang cukup hebat daripada musuh politik Keadilan,” kata beliau sambil menerangkan, musuh politik itu datang dari luar parti.

Katanya, selaku pengerusi PKR Perak ada usaha tersusun mahu menjatuhkannya di peringkat negeri itu sebelum pemilihan pusat kelak.

Mustaffa berkata, mengambil kira senario yang berbeza di Perak, Umno-BN yang didakwanya berada dalam ketakutan dan menyusun strategi untuk melakukan serangan bagi memastikan kekalahan di peringkat cabang.

Pakatan Rakyat yang memenangi Perak dalam pilihan raya umum Mac 2008 kehilangan negeri itu di tangan BN selepas dua wakil rakyat PKR dan seorang dari DAP melompat parti awal 2009.

Mustaffa dilantik ketuai PKR Perak kemudian.

“Saya melihat ini satu cabaran,” kata beliau sambil tidak menolak ada juga serangan dari dalam parti.

“Tetapi saya melihat serangan adalah lebih besar dari luar parti,” kata beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan