Pengikut

Selasa, 12 Oktober 2010

SAM DAN GEKGU BARD MEMUJUK RAFIZI SUPAYA JANGAN BERTANDING KETUA AMK PUSAT

Usaha memujuk Rafizi Ramli supaya menarik diri daripada bertanding Ketua AMK Pusat sedang hebat dilancarkan. Terbaru kumpulan Shamsul Iskandar telah memujuk Rafizi Ramli supaya bertanding jawatan Timbalan Ketua AMK Pusat. 

Sebelum ini kumpulan Cekgu Bard juga telah pun awal-awal meminta Rafizi supaya bertanding Timbalan Ketua AMK berganding dengan beliau. Apa yang difahamkan, Rafizi Ramli hanya mendapat 1 percalonan untuk jawatan Timbalan Ketua AMK Pusat, dan secara ramsinya beliau memang tidak layak  bertanding Timbalan Ketua AMK Pusat.Dan sekiranya beliau bersetuju untuk bertanding Timbalan Ketua, maka kedua-dua kumpulan ini boleh melakukannya sehingga Rafizi layak bertanding. Maknanya main ikut belakang.

Shamsul Iskandar berganding dengan Jonah@Khairul Anuar sebagai Timbalan Ketua, manakala Cekgu Bard berganding dengan YB Chang Lih Kang. Jadi kedua-dua calon sanggup "sepak ketepi" Timbalan masing-masing kerana ingin memberi laluan kepada Rafizi. Cukup bijak straregi kedua-dua calon Ketua AMK Pusat ini. "kawan makan kawan"...

Rafizi bukan calon popular, nama yang memang tidak kenali sebelum ini..tiba-tiba muncul daripada Pejabat Dato Seri Anwar menawarkan diri sebagai Ketua AMK Pusat.Beliau hanya mendapat 18-20 pencalonan jauh ditinggalkan Cekgu Bard dan Shamsul. 

Kesanggupan Shamsul Iskandar untuk kekal bertanding Ketua AMK adalah kerana tidak mahu melihat Cekgu Bard menang mudah,mudah kerana Rafizi pasti kalah. Siapa tak kenal Cekgu Bard..tua dan muda..berpidatonya hebat..boleh menghimpunkan ratusan anak muda dengan sekelip mata.Tapi itu bukan KPI bagi seorang calon Ketua AMK.Dan baru-baru ni "orang-orang" Cekgu Bard membawa cerita yang Rafizi menerima RM 5 Juta daripada Kerajaan......?

Shamsul Iskandar yang mendapat 42 pencalonan Naib Presiden masih tidak yakin sama ada ingin meneruskan hasratnya itu atau tidak. Masih berteka-teki, walaupun dengar "kabar angin" daripada Jakarta mengatakan Sam akan bertanding Naib Presiden. Apa pun tunggu pengumuman beliau pada hari Jumaat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan