Pengikut

Jumaat, 8 Oktober 2010

SAYA TIADA NIAT MENGGANGGU- RAHIMI

Sambil mempertahankan tindakannya mempertikaikan status dua akuan bersumpah yang menurutnya telah dipaksa menandatanganinya dua tahun lalu, Rahimi Osman menegaskan, dia tidak berniat mahu mengganggu kes liwat kedua dilalui Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang. 

Bekas pembantu Anwar itu yang dihubungi The Malaysian Insider hari ini berkata, dia hanya mahu membetulkan “kesilapan” yang dia telah lakukan sebelum ini.

“Saya tiada niat untuk mengganggu perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya juga tiada hak untuk menuduh Anwar atau Saiful bersalah ataupun membuat tuduhan-tuduhan palsu,” kata Rahimi.

“Saya hanya membuat laporan ini kerana saya mahu membetulkan kesilapan-kesilapan masa lalu, kata Rahimi dalam respons melalui emel yang dikirim kepada : sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan