Pengikut

Khamis, 21 Oktober 2010

PAU JADI TEMPAT MENGHENTAM TG NIK AZIZ-TGNA UBAT LUPUT TARIKH

Setiausaha Veteran UMNO Malaysia, Kapten (B) Haji Mohamad Yeop Mohd. Saleh mengibaratkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat seperti ubat yang luput tarikh tetapi tetap disimpan biarpun sudah tidak boleh digunakan dan sudah tidak mujarab sebaliknya jika dimakan mungkin akan menjadi racun.
 
Beliau berkata demikian ekoran daripada pendedahan berkaitan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan tidak bangga berbangsa Melayu pada ketika terdapat usaha cuba menghapuskan keistimewaan hak orang Melayu.

“Kalau betul Nik Aziz tidak bangga dengan bangsanya sendiri bermakna dia memburuk-burukkan institusi Melayu. Maka sepatutnya beliau tidak menjadi Menteri Besar di Kelantan bilamana penduduknya bermajoriti Melayu dan tentunya beliau layak menjawat jawatan tersebut kerana beliau Melayu,” katanya kepada:sini

Bidas beliau lagi, Nik Aziz ini telah melakukan penghinaan terhadap bangsanya sendiri apabila tidak berbangga dengan Melayu malah lebih teruk beliau juga boleh dianggap sebagai mengkhianati perjuangan partinya iaitu Pas, pakatan pembangkang dan keseluruhan orang Melayu.

“Kita tahu bahawa Pas dianggotai oleh orang Islam dan tentunya Melayu tetapi pemimpin mereka sendiri menolak jati dirinya, begitu juga dengan parti-parti lain yang dianggotai oleh Melayu telah diperkecilkan oleh Nik Aziz,” tambahnya.

Tegas beliau lagi, anggota Veteran berasa dukacita dengan apa yang diperkatakan oleh Nik Aziz sedangkan realitinya masyarakat Melayu hari ini telah berubah jika dibandingkan dengan zaman tradisi dan sebelum merdeka.

1 ulasan:

  1. Insyaallah... tempoh kemusnahan umgok dah dekat... lagi kuat dia hina alim-ulama lagi cepat Qadha dari Allah S.W.T. akan sampai.

    BalasPadam