Pengikut

Jumaat, 19 Februari 2010

BIAR MAHKAMAH TENTUKAN ANWAR

perakkume


Proses perundangan yang sedang dilalui Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar berhubung kes pertuduhan liwat yang dihadapinya akan diteruskan kerana Malaysia mengamalkan sistem menghormati undang-undang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.


"Dalam soal sebegini, kita tidak boleh menghukum mengatakan Anwar bersalah atau tidak, kerana mahkamah yang akan memutuskannya," kata beliau.




Beliau berkata, kes itu telah berada di peringkat mahkamah dan ia bidang kuasa yang berbeza daripada legislatif.




"Bagaimana Lim Kit Siang (penasihat DAP) mahu mencadangkan agar legislatif mempengaruhi kedudukan kehakiman. Ini sudah jadi kacau," katanya.




Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau melihat pakatan pembangkang sudah agak bercelaru dan rasa kedudukan mereka agak tergugat tetapi perkara seperti itu tidak boleh dipolitikkan.



"Perkara itu sudah sampai di peringkat mahkamah, dan biarlah mahkamah menjalankan tanggungjawabnya dan kita perlu menghormatinya.



"Kita juga jangan menjatuhkan hukuman awal-awal, seolah-olah orang itu sudah bersalah atau tidak bersalah. Saya fikir ahli Parlimen tahu di mana peranan ahli Parlimen dan di mana peranan hakim dan mahkamah.



"Kenapa perlu dicampur adukkan kerana ia akan membawa kekeliruan kepada negara," katanya.



Mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Luar Senat Amerika Syarikat, John Kerry yang mahukan kes pertuduhan terhadap Anwar itu dilakukan secara adil, Muhyiddin berkata, walaupun pihak luar berhak memberi pandangan tetapi rakyat Malaysia lebih berhak untuk menjunjung institusi keadilan dalam negara sendiri.



Beliau berkata, jika Malaysia tunduk kepada perkara seperti itu, bermakna bukan sahaja ia menunjukkan negara ini lemah tetapi telah lari daripada dasar dan amalan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

1 ulasan:

  1. .....Sudah lama Mahkamah dibiarkan,

    sudah banyak yang telah kita lihat,

    juga banyak yang telah kita tahu,.....tentang mahkamah.

    dulu kini dan selamanya.........



    mungkinkah

    BalasPadam