Pengikut

Khamis, 18 Februari 2010

MP TERIMA SURAT DAH...






Ahli Parlimen Nibong Tebal daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Tee Beng yang sebelum ini lantang melabelkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebagai pemimpin pendendam hari ini diberi surat tunjuk sebab oleh partinya.


Beliau memberitahu, surat yang diterimanya pada pukul 5.10 petang semalam dengan dakwaan telah melanggar arahan, merosakkan imej parti selain mengkritik pimpinan komponen Pakatan Rakyat dan parti secara terbuka.



Beliau diberi tempoh selama lima hari untuk mengemukakan penjelasan kepada parti sebelum dihadapkan kepada Lembaga Disiplin pada

23 Februari ini atau 6 Mac.



"Saya sentiasa ingat yang pemimpin pakatan terbuka menerima kritikan. Mereka sepatutnya sedia mendengar pendapat yang berbeza.



"Tetapi hari ini nampaknya mereka tidak boleh disentuh apatah lagi dipersoalkan. Jika bercakap benar boleh merosakkan parti, maka parti itu sendiri patut dipersoalkan, bukan saya.



"Tiada apa yag perlu saya takutkan dan saya akan beri penjelasaan dlaam tempoh dua hari. Saya bertegas dengan apa yang telah saya katakan sebelum ini," katanya ketika dihubungi di sini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan