Pengikut

Isnin, 15 Februari 2010

INIKAH YANG DIKATAKAN KOMUNIS...?







Rumah terbuka Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sempena Tahun Baru Cina yang diadakan di laluan pejalan kaki Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) pagi tadi meriah dengan kehadiran rakyat pelbagai kaum, berlangsung penuh harmoni , aman dan cukup damai.




Tetamu terhormat Yang Dipertua negeri, Tun Datuk Seri Utama Dr Haji Abdul Rahman Abbas dan isterinya tiba sekitar jam 11.00 pagi disambut mesra oleh kepimpinan kerajaan negeri yang diketuai Timbalan Ketua Menteri 1 dan 2, Dr Mansor Othman dan P Ramasamy .


Ahli Parlimen Bayan Baru , Datuk Zahrin tidak kelihatan langsung...agaknya masih marah-marah lagi kot...?

Siapa yang rugi sekarang ni...ko ke atau LGE ?

Marahkan kutu babi sampai nak bakar kelambu...
kan dah menyesal.....? apa nak buat...feri dah terlajak jauh...bye bye !!


Tahun Harimau yang membawa maksud ketangkasan, licik, waja dan berketerampilan.




Selain Yang Dipertua negeri, turut kelihatan ialah Pesuruhjaya PAS Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Ustaz Saleh Man, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Yang Dipertua PAS Bukit Bendera, Saiful Lizan Mohd Yusuf, Speaker Dun, Datuk Abdul Halim Husain dan Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan.





edit/copy : harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan